web stats

Friday 4 April 2014

WAHAI CAHAYA HATIKU YA RASULALLAH SAW






Wahai cahaya hatiku... 
Cahaya sinarmu (Nur Muhammad) namanya.
Hebatnya cahayamu Ya Nural Anwar.
Hinggakan terciptalah alam semesta ini.

MasyaAllah ... Hebatnya... Agungnya...Indahnya....
Cahaya atas cahaya (Nuril Anwar).
Cahaya yang menerangi alam ini dengan cahaya Ilahi,
cahaya kebenaran, cahaya iman dan taqwa.

Wahai cahaya hatiku...
Dengan memilikimu hatiku mendapat ketenangan.
Dengan menyebut-yebut namamu, melalui Selawat hati.
Terasa bahawa aku ada Nabi yang sangat patut aku cintai dan rindui.

Wahai cahaya hatiku... 
Engkaulah rahsia bagi segala rahsia.
Rahsia sebagai anak kunci orang mukmin.
Rahsia untuk meletakkan Tuhan di dalam hati. 

Engkau adalah penghubung antara hamba dengan Khaliqnya. Inilah rahsia yang dikhabarkan kepada umatmu.
Untuk dapatkan Allah, rahsianya mesti dapatkan Nabinya dahulu.

Wahai cahaya hatiku... 
Engkau juga ubat bagi segala penyakit.
Rupanya dengan merindui dan mencintaimu,
adalah rahsia penawar bagi penyakit hati (mazmumah). 

Penawar untuk menghancurkan sifat-sifat terkeji dalam hati,
dan suburkan sifat-sifat terpuji dalam diri.Juga penawar dari penyakit cinta dunia kepada cinta akhirat.Penawar dari takut mati akan bertukar menjadi rindukan kematian yang berjaya.
Rindu untuk kembali ke alam roh, untuk bertemu dengan Tuhan yang Maha Pencipta. 

Wahai cahaya hatiku..... 
Engkau rupanya anak kunci bagi segala kejayaan, dengan merinduimu....umatmu akan dianugerahkan anak kunci kejayaan dalam hidup. Berjaya melonjakkan roh, dari roh yang jahat dan kotor kepada roh yang putih bersih dan suci murni.

Roh yang sudah bebas dari sangkar nafsu Ammarahnya.
Roh yang bebas terbang ke mana saja yang ia mahu,
bagaikan burung yang telah bebas dari sangkarnya.
Indahnya menjadi hamba yang bebas dan merdeka dari kejahatan nafsu syaitan.

Wahai cahaya hatiku...
Teringinnya aku mendapatkan Nuril Anwar,
kerana dengan mendapatkannya,
diriku akan sentiasa berada dalam kasih sayangmu.

Wahai cahaya hati ku...
Masukkanlah cahaya Nur Muhammad yang mulia itu ke dalam hati sanubariku.Agar hatiku juga bercahaya dengan cahaya iman dan taqwa. 

Anugerahkanlah Ya Allah......Amin

No comments:

Post a Comment