web stats

Friday 18 April 2014

WAHAI AIR MATA....MENITISLAH KERANA ALLAH...







Wahai air mata...
Engkau diciptakan Allah untuk mengalirkan air mata taubat. Bukan air mata palsu yang menangis kerana dunia yang penipu. 

Wahai air mata... 
Janganlah engkau mengalir dan menitis dikelopak mata,kiranya tangisanmu bukan kerana takutkan Allah dan cintakan Nabi.

Wahai air mata...
Jika benar tangisanmu kerana Allah, maka Air mata ini bolehlah memadamkan api neraka Jahim.

Wahai air mata lahiriah...tolonglah...
Alirkanlah engkau ke dalam hati ... 
Dengan aliran air mata taubat nasuha.

Berlinanglah engkau wahai airmata...
Kerana menangisi dosa-dosa yang masih belum terampun.

Wahai air mata...
Janganlah engkau membazir bercucuran jatuh ke bumi, kiranya bukan kerana sebuah kerinduan pada Nabi.

Wahai air mata...
Jatuhlah engkau ke pipi...sekiranya airmata ini boleh menghancurkan mazmumah dalam sanubari.

Wahai air mata... 
Berlinanglah ke dalam hati , kiranya airmata ini boleh menyucikan roh dan hati.

Wahai air mata...
Keluarlah engkau dari kelopak mata, kiranya ini adalah tangisan seorang hamba yang berdosa kepada penciptanya.

Wahai air mata..
Berguguranlah engkau bagaikan hujan membasahi bumi kiranya tangisan ini membawa diri ini kepada Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Wahai air mata...
Gugurlah engkau sebagai bukti kerinduan seorang hamba pada (Nur Muhammad), yang sangat berkorban untuk umatnya... Ummati, ummati, ummati... Muga air mata ini tidak sia-sia membasahi hati.

Semuga ia bagaikan siraman air menyuburkan hati nurani. 
Semoga Islamlah nafsu ini dengan siraman air mata maknawi ke dalam hati.

Amin Ya Allah.

No comments:

Post a Comment