web stats

Friday 4 April 2014

Akibat MH 370



Akibat Misteri MH 370- Serik, fobia-hendak naik kapal terbang...
Lucu juga bila dengar khabar berita dan celoteh dari kawan-kawan, 
kata mereka eeeiii.... takutlah nak naik kapalterbang sekarang ni... akibat dari Tragedi Misteri Hilangnya MH 370 baru-baru ni...

Lawak juga mendengar keletah kawan-kawan ni. Takkanlah setiap kali naik kapalterbang MAS, pesawatnya boleh hilang seperti yang terjadi pada MH 370.

Pesawatnya dikatakan meletup? Terhempas? Disembunyikan???.
Kalau hendak hilang, meletup, terhempas juga... itu sudah ketentuan Al lah. Di manakah tawakkal kita kepada Allah? Fobia , seriau, seram tidak tentu pasal !!

Di mana sekali pun kita berada kalau hendak hilang, hendak kemalangan, hendak mati, berlakunya kebakaran, terhempas, terbabas, terlanggar boleh juga berlaku di mana-mana dan bila-bila.

Duduk di rumah diam-diam pun kalau Allah kata mati lah hambaKu si fulan bin fulan, si fulanah bin fulan, maka mati juga akhirnya.

Terbaring di atas katil sedang rehat-rehat pun boleh juga mati dalam tidur .
Naik apa kenderaan pun boleh juga berlaku macam-macam. Naik basikal, naik motosikal atau berjalan kaki pun kalau Allah kata terbabas,terpelanting jatuh masuk gaung,masuk longkang, masuk bawah lori akhirnya mati katak.. boleh sahaja berlaku. 

Wal'yazubillah!!!

Di darat, di lautan , di rumah, di pejabat, di kilang, di sekolah, di asrama atau di mana-mana sahaja kita berada, jika sudah Allah kata "Kun Fayakun" Jadi..maka..Terjadilah ,berlakulah musibah atau bencana ke atas setiap diri-diri kita jika itu keputusan Allah, tidak boleh elak lagi walaupun kita berusaha sedaya upaya menggelaknya.

Pernah berlaku suatu ketika seorang pemuda, dia hendak lari dari Malaikat Maut yang mahu mencabut nyawanya, dia merayu kepada Nabi Allah Sulaiman AS, supaya perintahkan angin meniup dirinya hantar ke negeri India. 

Sampai saja ke negeri India, terus Malaikat Maut mencabut nyawanya. Rupa-rupanya dia sudah ditentukan Allah mati di negeri India...

Sesaat tidak boleh elak, sesaat jua tidak bolih ditangguhkan.
Begitulah juga dengan kita semua. Jangan fobia tidak tentu pasal kerana peristiwa MH 370, kita pun boikot diri kita tidak mahu naik kapalterbang lagi. 

Ini pemikiran yang kolot. Takut, gerun , serik yang tidak bertempat. Bukankah ajal, maut, jodoh dan rezeki kita, Allah sudah tetapkan sejak azali lagi?.

Di mana kita berada pun boleh hilang jika Allah kata hilang. Di mana kita berada pun boleh terhempas, terbakar, tersasar dari landasan jalan atau landasan rail KTM jika Allah mahu.Tidak mestinya dengan menaiki kapal terbang.

Apa yang patut kita lakukan setelah mendengar khabar peristiwa ngeri perihal Misteri MH 370 ini?

Kita hendaklah banyak berdoa mohon pada Allah selamatkan kita dunia akhirat. Mohon pada Allah matikan kita dalam husnul khatimah. Biarlah matinya kita ada pusaranya, boleh juga kaum keluarga, anak isteri suami dan sahabat handai hendak ziarah dan hadiahkan doa selamat pada roh kita.

Adalah pusara untuk orang yang kita tinggalkan sebagai tempat mereka melepaskan rindu. Ada kenangan pada yang hidup. Kita mohonlah pada Allah supaya matinya kita dalam keadaan baik bukan mati yang ngeri dan mati yang menyayat hati .

Kita mohonlah kasihan belas dari Allah agar jasad kita ada kain kafannya, dapat di mandi jenazahnya, dapat disembahyangkan jenazahnya dan dapat dikebumikan dengan sesempurnanya.

Semuga Allah dengar rintihan kita agar matinya kita mati seorang yang sempurna lahir dan batinnya..Mati yang jasadnya wangi, segar, cantik serta tenang wajahnya. Dengan ertikata mati dalam iman dan Islam. Mati dalam Husnul Khaatimah.
Amin Ya Allah.

No comments:

Post a Comment