web stats

Tuesday 1 April 2014

MH 370 Agenda Musuh????





 






Masih menjadi tanda tanya-di mana hilangnya MH 370? 
Bagaimana keadaannya MH 370?
Mengapa ini terjadi pada MH 370?
dan bilakah kesudahannya? 
Kenapa ianya terjadi begini ???
MH 370 lenyap dari pandangan mata dunia secara tiba-tiba!!!

Jika kita ajukan soalan-soalan di atas sesama kita , sudah pasti tiada jawapan yang mampu di jawab.Maka marilah kita tanya ALLAH!!!!yang sangat mampu untuk menjawabnya. Di mana MH 370 dan lain-lain jawapan.

Ya Allah!!!!!.tolonglah khabarkan kepada kami, apakah para penumpang dan kru anak-anak kapal masih hidup?. Bagaimana keadaan mereka semua?.Apa kah selamat?, atau sebaliknya?Apakah masih bernyawa atau sudah kembali kepangkuan Mu Ya Allah?, atau mereka semua sedang menjadi tahanan mana-mana pihak musuh yang berkepentingan?.

Apakah Misteri di sebalik kehilangan MH 370 ada kaitan dengan agenda musuh?????
Pelbagai andaian dan spekulasi. Hari demi hari semakin gawat dan sulit untuk diungkai Misteri kehilangan pesawat MH 370 ini nampaknya.

Mengapa ini semua terjadi ? Kenapa sesulit ini jalan penyelesaiannya Ya Allah? Bila penyelesaiannya???

Marilah kita tanya Allah akan semua persoalan yang patut diajukan .Allah sangat mampu merespon dan menjawabnya. Allah tahu semuanya apa yang hamba-hambaNya tidak tahu.

Bagaimanakah caranya untuk bertanya Allah? bagaimanakah pula untuk Allah merespon ?
Caranya hendaklah kita semua meletakkan Allah setinggi-tinggi tempat di dalam hati kita. Marilah kita meletakkan Allah sedalam-dalamnya di dalam sanubari kita.Yakinlah bahawa Allah sahaja lah yang wajib disembah, Allah sahajalah yang wajib di puja dan dipuji.

PadaNya ada jawapan di manakah,bagaimanakah Pesawat MH 370 berada. Jika benarlah ianya disembunyikan musuh dan misteri kehilangan ini adalah agenda musuh, mudah sahaja bagi Allah menumpaskannya kerana musuh itu juga adalah ciptaan Allah .

Musuh lahir mahu pun musuh batin seumpana Syaitan, Iblis juga hak kepunyaan Allah.Makhluk ciptaan Allah. Allah adalah BOSS kepada segala makhluk ciptaaanNya di alam fana ini.

Jika hati seluruh umat Islam sudah total takutkan Tuhan dan cintai Tuhan serta rindukan Nabi Muhammad SAW, maka Allah secara automatik akan campakkan rasa takut dan gerun di hati musuh terhadap umat Islam. Jika benarlah MH 370 dalam tahanan mereka pasti mereka akan serahkan kembali pada kita. Mudah-mudahan ianya berlaku keajaiban demi keajaiban.

Bagaimanakah caranya untuk Allah tumpaskan musuh-musuh lahir mahupun musuh-musuh batin ini? Hendaklah kita selaku hambaNya, mengagungkan Zat yang Maha Agung itu dengan seagung-agungnya, dengan membesarkan shalat, membesarkan syiar Allah dengan ertikata mendaulatkan kalimah Allah di muka bumi ini. 

Menyucikan roh dari sifat-sifat hati yang tercela seperti hentikanlah pergaduhan sesama sendiri (Umat Islam),hindarilah perasaan benci membenci sesama kita,jauhilah sikap syaitan iblis yakni suka fitnah memfitnah, jatuh menjatuhkan ,dendam kesumat sesama umat Islam.

Pecah belah , tipu menipu, saman menyaman di sana sini kerana berebut harta pusaka dan lain-lain kes yang semuanya kerana dunia semata-mata. Ini semua akan menjadi hijab antara hamba dengan Khalidnya.

Marilah kita besarkan ayat-ayat Allah ke seluruh pelusuk dunia dengan agenda membesarkan Allah dan Rasulnya, tidak lagi membesarkan dunia hiburan Yahudi, Syaitan Iblis Laknatullah yang melalaikan. Hiburan yang menyebabkan manusia lupa pada Allah yang menciptanya dari setitis air mani yang sungguh jijik, kotor, hanyir dan hina dina.

Marilah kita sedekah amal jariah. Membantu fakir miskin anak-anak yatim serta golongan Asnaf zakat, bagi yang berada dan jutawan. Korbankanlah... infaqkanlah... harta kekayaan yang Allah pinjamkan, yang Allah jadikan mereka sebagai laluan untuk membantu jemaah-jemah Islam yang berperanan membesarkan Allah dan Rasulullah di muka bumi ini.

Jadikan ianya budaya hidup orang kaya menjadi BANK kepada Umat Islam saudara se Islam kita. Selagi yang kaya terus dengan kekayaannya, yang susah miskin terus dengan kesusahan mereka, selagi itulah Allah tidak akan campur tangan dalam urusan kita.

Pada ibu bapa bersegeralah bertindak kembalikanlah anak-anak muda belia remaja mereka kepada Allah dan Rasul dengan menjadikan remaja model ikutan Ummah bukan menjadi anak-anak muda yang merosakkan bangsa dan agama, yang sibuk dengan rokok bikinan Yahudi musuh Allah, khayal dengan dadah ,heroin, shabu, ganja,ecstasy, hidu gam, arak, perempuan, bar , disko,judi, dan sebagainya. Masih terkinja-kinja dalam keadaan mabuk dan khayal dengan Pil Kuda dan lain-lain hisapan dan suntikan yang merosakkan diri juga hati nurani .

Pergaulan bebas lelaki perempuan, pendedahan aurat, sumbang muhram masih berleluasa, anak-anak zina masih bersepah di sana sini dibuang di dalam longkang, di dalam tandas, di dalam tong-tong sampah, di pondok-pondok buruk semuanya mesti dibenteras sesegeranya.

Semua amalan-amalan dan tindakan ini menyebabkan Allah MURKA pada kita., Allah tidak suka, Allah tidak redha maka Allah tidak mahu merespon akan doa-doa kita selaku hamba-hambaNya yang berdosa. 

Hijab tidak diangkat mana mungkin doa dan rintihan diterima.Amalan ditolak oleh Allah. Usaha-usaha rohani hanya beberapa persen sahaja sedangkan usaha lahiriah semaksimum dilakukan, operasi demi operasi .

Usaha rohaniah boleh di kira dan di hitung dengan jari terlalu sedikit tidak setimpal dengan apa yang Allah mahu. Begitulah Allah .Dia mahu kita benar-benar surrender kepadaNya. Barulah Allah akan bertindak dalam hati-hati musuh lahir atau musuh batin kita untuk turut surrender pula pada kita.

Jika benarlah Misteri Kehilangan MH 370 adalah agenda musuh,marilah kita panjatkan munajat semaksimum dan setinggi-tingginya pada Allah supaya Allah sahajalah yang wajar bertindak musnahkan segala perancangan jahat musuh-musuh dan tumpaskan agenda-agenda mereka dengan menghantar tentera-tentera Allah menumpaskan kubu-kubu mereka.

Tentera-tentera Allah seumpama sekalian para malaikat, tentera angin, laut, ribut taufan, tentera air, tentera api termasuk juga para rijalullah dan rijalul ghaib dan lain-lain tentera roh yang semuanya sangat taat pada perintah Allah.

Marilah kita merayu kepada Allah dengan setinggi-tinggi rayuan di malam-malam hari dengan linangan air mata TAUBATAN NASUHA, agar kaum keluarga penumpang dan Kru anak-anak Kapal MH 370 di selamatkan, di bebaskan dan dikembalikan.

Jika benarlah mereka di sembunyikan semuga Allah lakukanlah keajaiban di atas keajaiban dalam permasalahan ini.

Tidak mustahil bagi Allah melakukannya. Mudah sahaja bagi Allah memutuskannya jika Allah berkehendak.Segala kuasa hanya ada pada Allah .

Penentu, pemutus hanya ada pada Allah.
Marilah kita seluruh umat Islam seluruh dunia menyerahkan hati pada Allah yang wajib di sembah agar Allah merespon
 dan campurtangan mengungkai kekusutan ini dengan Qudrat dan IradahNya.
Amin.



 http://umusayyidah.blogspot.com/p/rawatan-alternatif-islam-nuril-anwar.html?m=1

No comments:

Post a Comment