web stats

Tuesday 1 April 2014

Perkuburan Baqi' Madinah Al Munawwarah






Wahai perkuburan Baqi.' Sayu hati ku menatapi mu

Wahai Baqi'. Di dalam perut mu penuh menyimpan para syuhada,' Para sahabat dan ahlil bait Bukan sedikit tetapi 10,000 kekasih Allah di dalamnya.

Aku sedih dan teramat sayu kerana maqam para sahabat dan ahlil bait tidak dipedulikan dan terbiar. Seolah-olah perkuburan baqi' bagaikan penjara dan tempat burung Merpati berkeliaran mencari makan.

Menjadi tempat ziarah biasa-biasa sahaja. Seolah-olah tiada keistemewaan apa-apa.
Bukan tempat bersejarah pahlawan Islam dan panglima Islam di masa silam yang wajib di banggakan.

Sedangkan di dalamnya penuh dengan sekalian banyaknya roh-roh para syahada',para Ahlillah yang mati kerana berkorban cintakan Allah dan Rasulullah SAW.Mereka Sanggup mati demi memperjuangkan Islam yang suci .

Musuh-musuh Allah seolah-olah ingin menutup sejarah Islam yang gemilang itu. Tiada maqam indah yang di bina di tapak perkuburan Baqi' .Gersang, hambar saja keadaannya. Sayu, pilu dan menangis darah hatiku melihatnya.

Tiada juga nama-nama yang diukir sebagai lambang kenangan silam . Hanya yang ada ketulan-ketulan batu biasa yang tiada nama dan tiada tanda apa-apa. Batu-batu biasa tergolek-golek di pijak orang yang datang dan pergi.

Tidak tahu di mana letaknya maqam para isteri Nabi. Di mana pula maqam anak cucu Nabi. Semuanya sama rata di atas tanah yang rata. Tiada petanda apa-apa Walau sedikit jua.
Waduh... kejamnya engkau wahai musuh-musuh Allah Begini sekali engkau lakukan kepada kesayangan Nabi.

 Apa pun wahai Baqi' engkau masih sangat-sangat bertuah,kerana dalam perut mu penuh dengan kesayangan Allah dan Rasulullah.

Selamat tinggal wahai Baqi' Aku pergi dahulu dengan menghadiahkan Al FATIHAH kepada semua para syuhada' dan para Ahlil bait yang bersemadi di dalam perutmu. Semuga Allah sentiasa mencucuri rahmatNya kepada sekalian para roh di dalamnya .

Amin Ya Rabbal A'lamin
Kenangan bersama bumi Madinah al Munawwarah



No comments:

Post a Comment