web stats

Thursday 24 April 2014

CINTA DUNIA- IBARAT RACUN





Cinta dunia ibarat racun. Boleh membunuh siapa sahaja. Membunuh roh manusia yang mencintainya, dari mencintai Allah dan Rasul. 

Cinta dunia adalah penghalang bagi insan untuk mendapatkan cinta yang hakiki dari Tuhan Rabbul Izzati.

Cinta dunia boleh merosakkan hati manusia daripada memiliki sifat-sifat mahmudah (terpuji). Cinta dunia sangat mampu membunuh kasih sayang sesama insan.

Berpecah belah antara satu sama lain sudah menjadi budaya. Cinta dunia adalah musuh manusia ciptaan Tuhan. 

Akan tetapi ramai manusia yang tidak sedar akan keburukannya. Betapa kejamnya cinta dunia. 

Demi cinta dunia, manusia sanggup khianat mengkhianati sesama sendiri, bahkan memiliki watak syaitan yang terkutuk yakni dendam kesumat antara satu sama lain. 

Krisis peperangan di sana sini, tidak menghiraukan kebahagiaan dan ketenangan orang lain lagi.

Penyakit hasad dengki, fitnah memfitnah jadi sikap harian, jatuh menjatuhkan satu kepuasan dan macam-macam lagi perangai syaitan iblis menyelubungi hati pencinta dunia.

Oh cinta dunia,,,, Pergilah dikau dari hatiku pergilah dikau dari menguasai diriku Semoga hati-hati manusia dapat dikembalikan kepada fitrahnya dan diisi dengan Cinta Tuhan cinta yang Abadi.

Semuga penyakit cinta dunia terkubur bersama mazmumah yang meniti di atasnya dengan berkat mukjizat seorang Nabi akhir Zaman iaitu Baginda Rasulullah SAW. 

Amin Ya Allah

No comments:

Post a Comment