web stats

Thursday 17 April 2014

Di Manakah Rahsia Ketenangan






Kenapa hati tidak pernah tenang walaupun sudah kaya?
Kenapa hati tidak pernah tenang walaupun sudah banyak harta?
Kenapa hati tidak pernah tenang walaupun berjawatan besar, punyai gaji beribu-ribu rm sebulan?
Kenapa hati tidak tenang walaupun sudah miliki segala-galanya di dunia ini?.

Kenapa? Mengapa?

Apakah erti ketenangan yang sebenarnya?
Ketenangan hati di dunia ini bukan hak kita dan bukan milik kita, akan tetapi ia adalah milik Allah. 

Allah akan anugerahkan kepada hamba-hambaNya yang diberi rahmat olehNya.

Kekayaan, jawatan tinggi , rumah besar, kereta menjalar, PHD , diploma ,sarjana muda,graduan lepasan Universiti dalam atau luar negara, glamour, pujian serta sanjungan manusia dan ramai peminat bukanlah satu jaminan hati akan tenang.

Kadang-kadang pelawak yang tampil dikaca-kaca tv, di pentas-pentas sandiwara yang membuatkan orang lain gelak ketawa bahkan sampai terbahak-bahak, sampai keluar air mata seronok, terpukau ,terpaku, terpegun dan ter macam-macam ter... lagi disebabkan lawakan raja lawak namun belum pasti raja lawak atau pelawak bahagia, tenang, dan aman damai hidupnya.

Hatinya gundah gulana, bergelora, berombak, bergelumbang bahkan angin ribut taufan dalam hatinya siapa yang tahu?
Ini membuktikan Ketenangan jiwa hanya Allah sahaja yang mampu menganugerahkannya kepada hamba-hambanya yang sentiasa mengingatinya, sentiasa berzikir padanya. 

Hamba yang sentiasa memuja memuji Tuhannya siang dan malam.
Ketenangan hati, kebahagiaan hidup bukan ukurannya pada harta dunia , pada wang ringgit, pada gelaran nama dan glamour , juga bukan pada pangkat darjat ,akan tetapi ianya satu pemberian Allah yang dikatakan Al Jannatul A'jilah (syurga yang disegerakan). 

Kebahagiaan yang abadi pula bukan di dunia kerana hidup di dunia ini penuh dengan pancaroba. Penuh dengan liku-liku kehidupan yang mencabar sebagai ujian dari Allah.

Tempat yang paling tenang dan aman damai adalah di dalam Syurga Firdaus dan pelbagai nama syurga lagi di akhirat kelak .

Orang-orang yang bertaqwa sahaja akan dianugerahkan ketenangan hati, kebahagiaan jiwa walaupun hidup mereka penuh dengan kemiskinan,kesusahan hidup , dicaci maki dihina orang, namun semuanya itu sebagai baja untuk menyuburkan iman si hamba tersebut.

Orang yang muttaqin dan mukminin akan semakin dekat dengan Allah dan dengan nabinya apabila ia diuji ditimpa kesusahan hidup. Semakin kuat ujian semakin kuat pergantungan hatinya pada Tuhan.

Semakin kasih dan rindu dendam pada nabinya . Semakin banyak wirid zikirnya, semakin hidup bangun malamnya, semakin rindukan kematian dan rindukan akhirat .

Dunia hari ini anggap sijil, (degree) yang memberi kebahagiaan hidup dan ketenangan jiwa pada seseorang individu. Itu satu tanggapan yang meleset dan salah sama sekali. 

Berapa ramai manusia yang ada degree hidupnya melarat, merana, sakit jiwa, hilang ketenangan hidup bahkan ada yang sanggup bunuh diri, telan pil khayal kerana inginkan ketenangan.

Ada yang habiskan masa dengan arak, disco, perempuan, judi, tikam loteri (nombor ekor),ke bar-bar dan tempat-tempat peranginan tercanggih di dunia semata-mata inginkan ketenangan.Namun semuanya hampa dan kecewa belaka.

Bukan boleh beli ketenangan jiwa dengan harta dunia, dengan jawatan dan lain-lain, kerana ketenangan hati atau jiwa adalah hak Mutlaq Allah.Ianya adalah milik Allah. 

Allah boleh anugerahkan kepada sesiapa sahaja hamba-hambanya yang Dia kehendaki.

Ahli-ahli suffah walaupun mereka miskin, bahkan ada yang fakir, tiada harta dunia namun jiwa mereka tenang. 

Wajah mereka bersih berseri bagaikan bulan purnama penuh, sentiasa senyum dengan ujian hidup, tidak pernah keluh-kesah, Tidak pernah mengeluh walaupun sedikit, bahkan masih mampu membantu fakir miskin lain yang memerlukan bantuan mereka.

Ahli suffah cukup dengan Allah dan Rasulnya. Hidupnya hanya untuk Allah dan nabinya. Tiada kepentingan duniawi yang menyelubungi hati mereka. Mati adalah idaman mereka kerana mereka tahu ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi hanyalah di akhirat sana.

Salah sekali jika ibu ayah mengatakan jika anak merek tidak sekolah tinggi nanti hidup susah. Susah senang hidup bukan pada kepandaian, bukan pada kelulusan, bukan pada kekayaan dan lain-lain yang sudah disebut di atas tadi ,akan tetapi ketenangan yang sebenar ialah bahagia bersama Ilahi dan nabi.

Dapatkan Tuhan di hati, dapatkan nabi di sisi, Insya Allah ketenangan akan diperolehi setiap peribadi. Hati yang tenang akan membuatkan org juga akan tenang bersamanya. 

Terpancar diwajahnya ketenangan . Hati yang serabut kusut masai , walaupun banyak wang ringgit bukanlah ketenangan namanya,tetapi itu istidraj dari Allah.

Untuk dapat ketenangan bagi sikaya, infaqkan harta ke jalan Allah , bantu fakir miskin yang perlu dibantu. 

Bagi yang berjawatan tinggi, manfaatkan jawatan untuk membantu orang yang perlu bantuan kerja dan tugas diposisi masing-masing, mengikut kelayakan.

Bagi yang duduk di atas jangan sombong pada yang bawah, bukankah segala nikmat itu datangnya dari Allah? Bukankah itu hanya pinjaman semata-mata dari Allah?.Apa yang hendak dibanggakan, semua Allah punyai, bukan milik kita. 

Allah boleh sahaja ambik semula jika kita sombong, bongkak dengan keistemewaan, kekayaan, kebesaran pangkat darjat dan lain-lain lagi , yang diberi kepada kita selama ini.

Bila-bila masa sahaja Allah boleh bakar rumah besar kita, Allah boleh mufliskan bisnes kita, Allah boleh hancurkan kereta besar menjalar kita bahkan Allah boleh cacatkan anggota tubuh badan kita dalam sekelip mata .

Mungkin dengan kemalangan, mungkin dengan bala bencana alam yang menimpa, mungkin secara tiba-tiba sahaja kita dijatuhkan sakit yang kronik dan misteri dan macam-macam Allah boleh lakukan kepada kita.Tiada mustahil bagi Allah.

Takutlah dengan kemurkaan Allah . Marilah kita bertaubat atas taubat semuga kita sentiasa disucikan dari dosa oleh Allah. 

Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan keampunan Allah setiap detik dan ketika. Semuga hidup dan matinya kita dalam keredhaan Allah, dunia dan akhirat.

Amin Ya Allah!!!

No comments:

Post a Comment