web stats

Friday 18 April 2014

Sayyidina Uthman bin Affan RA.





Namamu penuh mulia lagi terpuji di sisi Tuhan dan Baginda Rasulullah SAW , kerana dermawan dan pemurah mu yang amat ketara.

Pemalunya dirimu hingga Nabi bersabda "Bagaimana aku tidak merasa malu dari seorang yang para malaikat pun merasa malu kepadanya".

Dirimu dari keturunan Bani Umaiyah yakni satu keturunan yang sangat disegani dan dihurmati ketika itu.

Dikau memiliki 16 orang cahayahati (9 lelaki 7 perempuan) dari 8 orang para isteri yang silih berganti.

Lahir mu pada tanggal 576 M,iaitu 6 tahun selepas tahun Gajah.Dilahirkan dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Mekah.

Engkau dilahirkan di bumi Taif Mekah pada tahun 47 sebelum Hijrah. 6 tahun lebih muda dari Baginda Rasul SAW. Diri mu adalah seorang hartawan dan ahli perniagaan yang sangat berjaya.

Akhlak mu amat lembut, murah hati dan sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik ketika bercakap walaupun dengan musuh. Engkau mendapat gelaran Barur Rahim (yang lemah lembut). 

Engkau merupakan salah seorang sahabat nabi yang sangat dikasihi Nabi. Engkau merupakan salah seorang yang pertama sekali memeluk agama Islam.

Diri mu sering membaca al- Quran di malam-malam hari.Hebat taqwa mu dan sangat warak peribadi mu. Banyak melakukan amalan-amalan sunat dan berzikir .

Dikau adalah Khulafa Ur Rasyidin yang ke 3 yakni selepas Sayyidina Umarul Khattab RA.Memerintah selama 12 tahun (644-656).Engkau di lantik sewaktu umur mu 70 tahun. 

Semasa pemerintahan mu, banyak jajahan-jajahan jatuh ke tangan Islam antaranya keseluruhan Iran,sebahagian daripada AfrikaUtara ,Afghanistan,Samarqand,Libya,Algeria,Tunisia,Morocco dan Cyprus, kini semuanya menjadi sebahagian daripada Empayar Islam.

Wilayah Islam bertambah luas hingga ke Kabul, di bahagian Timur Asia dan Maghribi.Kekuatan tentera muslimin terserlah kuat di zaman pentadbiran dan pemerintahan mu, sehingga dapat menundukkan pasukan Byzentine yang menguasai laut ketika itu.

Dengan penaklukan sepanjang persisiran Afrika Utara maka pengawalan laluan laut Mediterranean terletak di bawah penguasaan Islam.

Engkau juga berjaya menyatukan Mushaf Al Quran yang berbeza-beza kepada satu Mushaf mengikut susunan Mushaf yang dikumpulkan oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA.

Ini semua adalah bagi mengelakkan Al- Quran tercemar dari sudut tulisan dan bacaannya maka diri mu telah menetapkan Mushaf yang terdapat di Madinah sahaja yang diakui kesahihannya. Dengan meminjam suhuf (kumpulan penulisan Al- Quran dari Sayyidatina Hafsah).

Selepas itu dikau telah memerintahkan 4 orang sahabat untuk menyalin semula Al- Quran dalam bentuk yang sempurna dan dikenali Mushaf Uthmani. 

Engkau telah mengadakan satu naskhah Al- Quran yang baru untuk digunakan secara rasmi oleh seluruh umat Islam. Supaya tidak bercanggah lagi dalam pembacaan Al- Quran.

Engkau telah menggunakan lahjah bahasa Quraish dan seluruh Al- Quran yang berbeza telah dibakar dan dihapuskan. Langkah-langkah ini bertujuan utk menjamin kesucian Al- Quran sebagai sumber perundangan Islam.

Engkau juga memusnahkan salinan-salinan Mushaf yang terdapat di Syria,Basrah, Mesir dan lain-lain bagi menjaga kesucian Al- Quran Hingga ke hari ini umat Islam selamat dengan menggunakan Mushaf Uthmani dalam pembacaan Al-Quranul Karim.

Dermawannya diri mu sehinggakan engkau sanggup membeli telaga air(Bir Raumah) dengan harga 35,000 dirham dari Yahudi dan mewakafkannya kepada masyarakat Islam yang memerlukannya,kerana di waktu itu kaum muslimin diuji dengan kekurangan bekalan air,sedangkan kolam (Raumah )itu kepunyaan Yahudi di Madinah.

Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Barangsiapa di antara kamu yang mampu membeli sumur (kolam)Rooma lalu dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum muslimin... Maka org yang berbuat demikian itu Allah akan menyediakan tempat minuman baginya didalam syurga". Alangkah bertuahnya diri mu wahai Sayyidina Uthman Barur Rahim kerana dermawannya diri mu, Tuhan telah anugerahkan Syurga buatmu.

Tidak cukup setakat itu sahaja bahkan engkau telah membeli sebidang tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah.

Kebaikan mu lagi seringkali membebaskan hamba pada setiap hari Jumaat (setiap minggu).

Diri mu juga menjadi utusan Rasul dalam perjanjian Hudaibiyah.
Melihatkan dermawannya diri mu wahai Sayyidina Uthman bin Affan terlalu hebat maka Baginda Rasulullah SAW telah bersabda:- "Dari hari ini , tidak akan ada apa yang akan membahayakan Uthman bin Affan walaupun apa yang dilakukannya"
Engkau juga di gelar (Zunurain)yakni (memiliki dua cahaya)kerana mengahwini 2 orang puteri Rasulullah dalam masa yang berbeza.
Isteri pertama (Sayyidatina Ruqayyah binti Rasulullah SAW -telah wafat waktu peperangan Badar).

Manakala isteri keduanya iaitu (Sayyidatina Ummu Kalsum binti Rasulullah SAW juga wafat.

Tatkala Ummu Kalsum kembali kepangkuan Allah, Baginda Rasul berkata kepada mu "Jika ada anak perempuanku lagi hai Uthman,tentu engkau ku ambil sebagai menantu lagi". Betapa sayangnya Baginda Rasul kepada mu wahai Sayyidina Uthman RA.
Kehebatan mu lagi,dirimu sanggup mati kerana Allah. 

Waktu peperangan Tabuk, Engkau telah menanggung sepertiga pembiayaan dan dana perang seperti perbelanjaan 10,000 tentera, 1000 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1000 dinar (kepingan wang emas). Dengan maksud memperhebatkan lagi kelengkapan pertempuran.

Engkau akhirnya mati di bunuh pada 18 zulhijjah 35 Hijrah bersamaan 17 Julai 656 Masihi ketika berusia 85 tahun. Wafatnya dirimu kerana dibunuh oleh para pemberontak ketika dirimu sedang membaca Al-Quran.

Ketaqwaanmu yang amat mendalam.Apabila disebut tentang azab kubur , engkau akan menangis teresak-esak yang amat memilukan hati siapa yang melihatnya.

Engkau berkata "Kubur adalah tempat pertama sebelum menuju akhirat. Sekiranya seseorang itu dapat mengatasi azab kubur maka ia akan perolehi kejayaan pada hari perhitungan kelak"
Begitulah serba sedikit sejarah hidupmu yang dapat ku paparkan dalam ruangan "Bicarahati ku untuk mu" Buat kali ini. 

Semoga dilain lembaran akan ku papar lagi untuk kesekian kalinya. Semuga dengan memaparkan sejarah gemilangmu juga kebesaran dan kemuliaanmu wahai kekasih Allah, semuga diriku dan sekalian pembaca yang dirahmati Allah semuanya mendapat rahmat dan keberkatan yang melimpah ruah dunia dan akhirat.
Amin Ya Allah.

No comments:

Post a Comment