Ada orang kata Imam Mahdi dan Nabi Isa AS, hendak datang tidak payah di tunggu, sebab mereka pasti datang.
Tidak tunggu pun memang mereka akan datang. Sudah janji Tuhan.Pasti berlaku juga walaupun kita tidak menunggu.
Menteri
hendak datang ke tempat kita pun, siap kita bentang karpet mewah,
permaidani merah, kuning,kadang-kadang siap main kompang lagi, ada bunga
mangga , ada kalongan bunga lagi dan macam-macam persiapan lagi, inikan
pula orang besar dunia akhirat hendak datang menyelamatkan dunia ini
dari kemungkaran,tentulah kita dengan penuh harapan menunggu-nunggu
kehadiran mereka berdua (Imam Mahdi Al-Muntazar dan Nabi Isa Al-Masih)
Tidak
rugi satu sen pun kalau kita menunggu datangnya mereka. Semuga dengan
berkat kita menunggu-nunggu kehadiran, kemunculan dan kezahiran mereka
ini , kita dapat berkat, dapat tempias karamah Imam Mahdi dan mukjizat
Nabi Isa AS yang sangat luar biasa itu.
Semuga kita dapat menjadi pengikut-pengikut mereka dan berkat menunggu
kedatangan kekasih Allah dan buah hati Rasulullah ini.
Imam Mahdi
dan Nabi Isa AS adalah khalifah Allah , wakil Tuhan, wakil baginda
Rasulullah SAW, wakil umat Islam sejagat yang Tuhan hantar ke bumi ini
dengan membawa MISI yang sangat besar untuk selamatkan dunia ini dari
kemungkaran kebatilan kepada kebenaran, kebaikan, kebajikan yang
melimpah ruah. Apakah tidak perlu kita tunggu?.
Orang besar Allah
hendak datang membawa yang ma'aruf mencegah kemungkaran , sepatutnya
kita menunggu setiap saat, detik, minit, jam , hari, bulan, tahun ,
tidak sabar rasanya ingin bertemu dengan orang besar Tuhan dan buah hati
, jantung hati baginda Rasul ini, kerana kedatangannya ke dunia ini
membawa kemakmuran, kemenangan untuk Islam kezahirannya mereka menjadi
penyelamat ummah kepada dunia dan seisinya.
Kemunculannya mereka
memusnahkan semua musuh-musuh Tuhan, para munafiq dan kafir harbi yang
wajib diperangi .
Berita busyra untuk kita sebenarnya bagi
seluruh umat Islam. Sepatutnya kita menunggu- nunggu.
Bila lagi!!! bila
lagi!!! bila lagi!!!
Pemimpin ummah ini hendak datang Ya Allah.
Dunia
ini sudah semakin rosak binasa, punah ranah segala-galanya sudah hancur
. Lagi lambat Imam Mahdi dan Nabi Isa datang lagi terbarai iman kita
sebagai umat Islam.
Musuh-musuh habis-habisan keronyok umat Islam di merata dunia.
Dibunuh,
disembelih hidup-hidup, didera, dipancung, dibakar, dibom sana
sini,ditembak,dianiayai, dizalimi tanpa belas kasihan lagi, dirosakkan
akal dan minda anak-anak muda belia (remaja) dengan pelbagai agenda yang
melalaikan, samada dari segi pakaian, penampilan diri, hiburan-hiburan
yang melupakan Tuhan, khayal dengan pelbagai jenis dadah dan suntikan
yang seumpamanya.
Pergaulan bebas yang luar batasan antara lelaki dan perempuan dan
macam-macam agenda lagi yang semuanya merosakkan akal dan hati umat
Islam.
Siapakah yang mampu menghalang budaya kuning ini menular ke tengah-tengah masyarakat umat Islam kini?.
Kita tidak mampu bahkan diri kita dan keluarga kita pun hampir-hampir tewas dengan agenda musuh-musuh Islam ini.
Betapalah kita hendak selamatkan iman orang lain.
Hanya pemimpin
ummah sahajalah yang mampu lakukan ini semua. Hanya Imam Mahdi dan Nabi
Isa sahaja yang diberi pengikhtirafan oleh Allah untuk menyelamatkan
dunia ini daripada kehancuran dan kezaliman.
Sebelum berlakunya
kiamat yang sebenar-benarnya kiamat, Islam mesti bangkit lagi sekali di
tangan Imamul ummah ini. Islam akan menjadi gergasi dunia buat kali ke2
ditangan pemimpin ummah ini.
Betapa besarnya peranan mereka
berdua(Imam Mahdi dan Nabi Isa) terhadap dunia Islam akhir zaman.
Pemimpin sebesar ini, sehebat ini dan membawa peranan yang sungguh besar
di akhir zaman untuk menyelamatkan iman di hati-hati manusia akhir
zaman tidak perlu kita tunggu?.
Secara jujur saya katakan pemimpin
sebesar ini pasti datang dan berbahagialah bagi umat Islam yang
menunggu-nunggu kedatangan mereka ini .
Semoga dengan berkat sebuah
penantian yang tiada penghujungnya, menunggu dan terus menunggu.
Semuga kita terselamat dari dipancung oleh Imam Mahadi Al- Muntazar dan
terselamat dari diperangi oleh Nabi Isa Al-Masih.
Rindunya ingin
melihat dunia ini aman makmur , damai, meriah, tiada persengketaan,
permusuhan masing-masing saling berkasih sayang antara satu sama lain
bagaikan seibu sebapa walaupun tiada pertalian darah daging, hanya yang
ada ikatan silaturrahim antara sesama Islam atas nama Tuhan , atas nama
Rasul dan Islam.
Bilakah agaknya saat-saat indah ini akan berlaku
wahai Tuhan. Sampai bilakah penantian demi penantian yang harus kami
tunggu, wahai Tuhan kami?. Datanglah segera wahai Tuhan kami!!..
Penyelamat Ummah kali ke2 untuk gemilangnya Islam dimuka bumi akhir
zaman ini.
Tidak tunggu ertinya tidak rindu.Kalau rindu pasti
tertunggu-tunggu akan kehadirannya.
Kalau kita tidak menunggu-nunggu kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa AS,
seolah-olah kita tidak hairan pun pada mereka yang hendak datang
membawa keadilan, seolah-olah kita tidak kisah pun pada orang besar
Tuhan ini, sedangkan kita hendak dapat anak atau cucu terutama anak atau
cucu sulung, kita beria benar menunggu-nunggu isteri atau menantu,
melahirkan anaknya, setelah 9 bulan 10 hari mengandungkan anak itu.
Itu bukti sayang, menanti-nanti bilalah isteri atau menantu hendak
bersalin , bilalah sibayi hendak lahir ke dunia ini. harap-harap
selamatlah si ibu dan si anak. Harap-harap lahirlah sesegeranya
cahayahati itu.
Itulah antara harapan dan munajat kita, dengan
riang ria kita menunggu-menunggu anak atau cucu buah hati pengarang
jantung, kita agar dilahirkan ke dunia ini.
Tapi pelik... kenapa
bila orang besar Tuhan, kecintaan baginda Rasulullah hendak datang ,
hendak zahir ke dunia ini kita kata tidak payah tunggu-tunggulah ,
mereka pasti datang bila tiba masanya.
Macam kita kata pada isteri
kita, " minah!... tak payahlah kita tunggu anak kita nak lahir ke dunia
ni, nanti sampai masa dia akan lahir juga".
Ada ke... seorang suami akan kata begini pada isterinya yang
menunggu-nunggu dengan penuh harap agar lahirnya cahayamata , cahayahati
kedunia ini?
Jika ada!!...suami atau ayah begini, maknanya suami atau ayah yang
tidak cukup cerdik namanya.
Lagilah soal Imam Mahdi dan Nabi Isa,
bukan bayi yang hendak dizahirkan ke dunia ini tetapi Khalifah Allah ,
orang besar dunia Islam buat kali ke 2 yang hendak zahir untuk menyapu
bersih bumi ini, hendak menyamak bumi ini dari kekotoran , kebatilan,
kajahatan, kemungkaran musuh-musuh Allah lebih-lebih lagi hendak menyapu
bersih Fitnah Dajjal Laknatullah dan kuncu-kuncunya.
Supaya bumi
ini aman makmur dari kegelapan iman dan Islam.
Jika kita tidak menunggu-nunggu kehadiran mereka ini, apa kata mereka
tiba-tiba muncul, tentu mereka tidak kenal kita dan tidak pedulikan kita
, sebab kita tidak tunggu-tunggu mereka ertinya kita tidak rindu, tidak
cinta, tidak kisahkan kedatangan mereka.
Kalau kita kisahkan , cintakan, rindukan mereka sudah tentu kita
menghitung hari , menunggu-nunggu ketibaan mereka dengan penuh kerinduan
dan persiapan lahir batin.
Itu tanda dan bukti sayang namanya.
Jika pemimpin ummah ini muncul
dan tidak mengaku kita para pengikut-pengikutnya (jika kita panjang
umur) apa nasib kita?
Sudah tentulah kita akan dipancung, akan diburu, akan diperangi bahkan
lebih dahsyat lagi wal'iyazubillah, kita akan tergolong ke dalam
golongan kuncu-kuncu Dajjal Laknatullah.
Secara automatik sebenarnya kita akan menjadi musuh Tuhan,musuh Nabi,
musuh Imam Mahdi , musuh Nabi Isa AS dan musuh Islam.
Cemaslah
dengan apa yang diperkatakan ini kerana penentu masa hadapan kita
apabila pemimpin ummah zahir, adalah sejauh mana kita menunggu-nunggu
ketibaan mereka sebagai bukti kita rindu , cinta dan akui kezahiran
mereka ke muka bumi ini.
Kita bolehlah tepuk dada tanya hati
masing-masing selepas ini. Apakah mahu tergolong ke dalam golongan orang
yang menunggu atau santai-santai sahaja, kita dengan hal kita, datang
ke... tidak datang ke... pemimpin ummah kita tidak kisah pun, yang
penting kita dengan dunia kita.
Alangkah ruginya kita dilahirkan
sebagai umat Islam tetapi tidak bangga dengan kemunculan pemimpin Islam
yang akan mendaulatkan kalimah Allah dan Islam buat kali kedua tidak
lama lagi.
Sia-sia sajalah kita menjadi umat Islam di akhir zaman ini, jika tidak
menanti kekasih Allah bagaikan umat dahulu menanti-nanti lahirnya Ahmad
bin Abdullah (Nabi Muhammad) dilahirkan oleh ibunya Siti Aminah.
Bukankah
kelahiran Nabi Muhammad amat ditunggu-tunggu termasuklah
pendeta-pendeta di waktu itu, yang tahu akan kedatangan Nabi Muhammad
akan membawa kebenaran cahaya pada umat manusia, yang di nyatakan dalam
kitab-kitab Injil, Taurat, Zabur di waktu itu?.
Bila lahir saja
Nabi ke dunia ini, bergembiralah sekalian alam," Muhammad sudah lahir!!!
Muhammad sudah lahir" justeru itu terpadamlah api sembahan Majusi waktu
itu. Bahawa pemimpin kebenaran bertaraf Nabi dan Rasul, penutup
sekalian Nabi dan Rasul sudah lahir ke dunia ini.
Tidakkah kita
juga di akhir zaman ini gembira dan menunggu-menunggu kemunculan
pemimpin ummah sebagai wakil baginda Rasulullah untuk daulatkan Islam
sekali lagi?.
Alangkah ruginya menjadi umat Islam jika tidak gembira dengan janji
Allah yang pasti berlaku ini nanti.
Alangkah ruginya menjadi umat
Islam jika akhirnya dipancung oleh Imam Mahdi dan pengikut-pengikutnya.
Ya Allah ... Bukalah hati-hati kami agar kami menjadi orang yang
merindui kedatangan pemimpin ummah di akhir zaman dan anegerahkanlah
kami hati yang mencintai wakil Mu ini.
Amin Ya Allah.
Ada orang...
kaya, senang, mewah, sehat, apa yang dihajati tertunai semuanya,rumah
besar,isteri cantik atau suami hemsem,anak-anak comel-molek , pangkat
tinggi, kereta menjalar, bisnes maju dan hidup sebagai seorang
hartawan, jutawan (millionaire,billionaire) dan segalanya ada.
Sedangkan
orang ini kafir tidak sembah Tuhan yang Maha Esa. Dia bukan muslim tapi
dapat semua yang diisebut di atas, atau dia muslim tetapi durhaka pada
Allah.
Mungkin ada orang kata "aku tak sembahyang, tak sembah
Tuhan pun, minum arak, main judi, kaki perempuan, dedah aurat,enjoy sana
sini dan macam-macam kejahatan aku lakukan, tapi aku tetap kaya raya,
tetap sehat, segar- bugar, tetap aman damai dan macam-macam lagi...".
Kenapa
dan mengapa ini terjadi??? kerana dunia ini syurga bagi orang-orang
kafir dan pendurhaka-pendurhaka kepada Tuhan.
Tuhan beri semua apa yang hamba-hambaNya mahu walaupun kafir atau
durhaka,kerana Allah itu Tuhan Maha Kaya, Maha Hebat, Maha Adil dan Maha
Segala Maha.
Tuhan boleh kayakan sesiapa sahaja yang Dia mahu walaupun orang itu
Kafir , tidak menyembahNya.
Lihat!!!apa yang berlaku pada Qarun (sejarah silam).
Untuk kita ambik pengajaran darinya. Walaupun dia kafir yang sangat bongkak,tetapi Allah izinkan dia kaya raya.
Akan
tetapi ketahuilah bahawa hujung-hujung hidupnya bukankah ditelan bumi
sekali dengan harta-hartanya ( Qarun ) dan anak-anak kunci gedung
kekayaannya?,di sinilah buktinya Allah boleh beri kekayaan , harta yang
melimpah ruah, tetapi bagaimana nasib kematiannya?.
Bagaimana keadaannya dalam kubur?.
Bagaimana ia di alam Barzakh?.
Bagaimana dirinya di Padang Mahsyar?.
Bagaimana Qarun dalam neraka?.
Aduh... ngerinya , azabnya.
Mohon ampun Ya Allah.
Dalam Al-Quran Allah berfirman yang membawa
maksud:-
"Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi .Maka
tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah,
dan dia (Qarun) tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.
Tuhan itu Maha Pemurah , walaupun pada hamba-hambaNya yang menyegutukanNya.
Dia tetap beri segala keperluan hamba-hambaNya itu kerana atas sifat Ar-Rahman dan Ar- RahimNya Dia (Allah).
Tidak sedikit pun kekayaan Allah itu berkurang walaupun seisi dunia Allah beri rezeki kepada hamba-hambaNya.
Maha Suci Allah dari segala kekurangan.
Allah tidak akan miskin, tidak akan susah sekalipun Allah beri semua harta-harta kepada makhluk ciptaanNya.
Allah tetaplah Maha Kaya Raya dan tidak terjejas walaupun sedikit.
Begitulah Maha Hebatnya Zat Allah yang Maha Agung lagi Maha Perkasa.
Walaupun
hamba-hambaNya itu tidak menyembahNya, tidak mengEsakanNya, namun Allah
tetap membuka pintu rezeki seseorang itu, tetap Allah beri nikmat
kekayaan dan kesihatan dan lain-lain lagi.
Ini buktinya Allah itu
Maha Kaya. Dia mampu memberi rezeki dan nikmat yang melimpah ruah
kepada semua makhluk ciptaanNya di dunia ini, walaupun ulat dalam batu
sekalipun boleh hidup dengan rezeki yang Allah sediakan.
Allah
beri kerana Allah itu sifatNya Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Maha
Kaya, Maha Berkuasa. Namun apa yang Allah beri pada hamba-hambaNya yang
durhaka dan syirik serta menyegutukanNya adalah secara (ISTIDRAJ)
namanya. Yakni Allah beri tetapi cara (MURKA).
Allah beri apa
sahaja yang dihajati oleh hamba-hambaNya walaupun hamba-hambaNya tidak
menyembahNya dan tidak beriman kepadaNya. Akan tetapi ingat!!... Dunia
ini syurga bagi orang kafir dan penjara bagi mukmin.
Di dunia apa
yang orang-orang kafir mahu, Allah beri pada mereka, tetapi di hari
pembalasan mereka akan menerima pembalasan setimpal dengan bongkak dan
sombongnya mereka kerana tidak mahu beriman kepada Allah dan RasulNya.
Juga tidak mahu bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan
kepada mereka.
Makin kaya makin sombong, makin kedekut, makin
berkira-kira, makin besar diri, makin rasa diri mampu, rasa berkuasa,
rasa hebat, rasa dunia dia yang punya, makin jauh dari cahaya kebenaran,
makin jauh dari Allah dan Rasulullah, makin rasa diri mulia dan
macam-macam rasa yang boleh merosakkan hati sebagai seorang hamba.
Inilah yang dikatakan dapat nikmat tetapi semuanya Istidraj dari Allah.
Allah
akan benamkan mereka ini ke dalam neraka jahanam yang paling ngeri,
paling dalam, paling dahsyat kepanasan api nerakanya, paling berbisa
kala jengking, ular, lipan dan lain-lain binatang lagi untuk menyeksa
hamba-hambaNya yang durhaka padaNya sewaktu di dunia samada kafir atau
Islam tapi Islam yang a'asy (durhaka) pada Allah.
Islam hanya
kerana baka (keturunan) sedangkan tidak mahu sembahyang, tidak mahu
tutup aurat, tidak mahu menjaga syariat, hukum hakam Allah
diperlecehkan, tidak mahu mengeluarkan zakat , tidak mahu membesarkan
Allah dan memuliakan Baginda Rasulullah SAW.
Semuanya Allah akan
adili dengan seadil-adilnya. Di waktu itu akhirat bagaikan penjara bagi
orang-orang kafir dan orang Islam yang durhaka pada Allah.
Sedangkan
di waktu inilah syurga yang kekal abadi bagi orang-orang mukmin,
muttaqin,muqarrabin yang sentiasa menyembah Allah, membesarkan Allah
melalui shalatnya, puasanya, zakatnya, haji umrahnya, sedekah amal
jariahnya dan lain-lain kebaikan serta kebajikan yang dilakukannya
sewaktu hidup di dunia dahulu.
Orang-orang yang bertaqwa, beriman
akan mendapat ganjaran sebesar-besar ganjaran nikmat syurga di sisi
Allah di hari kiamat walaupun di dunia mereka hidup susah, miskin.
Menderita, sakit dan lain-lain ujian.
Di dunia penjara bagi mereka
ini namun di akhirat syurga bagi mereka. Syurga yang kekal dan abadi
buat selama-lamanya.Inilah yang dikatakan keadilan Allah.
Allah
berfirman yang membawa maksud:-
"Negeri akhirat itu Kami jadikan bagi orang-orang yang tidak
menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di bumi.Dan kesudahan
yang baik itu bagi orang-orang yang bertaqwa.
Surah Al-Qasas :76-83
Di dunia orang Islam yang beriman kepada
Allah dan
Rasulnya dilarang keras (diharamkan)minum arak dan lain-lain lagi yang
melanggar hukum hakam Allah , semua yang halal bagi orang kafir , haram
bagi umat Islam yang mukmin, namun di akhirat dalam syurga nanti arak
pun halal bagi penghuni syurga bahkan lagi lazat, tidak memabukkan, lagi
enak berganda-ganda.
Lagi minum arak lagi lazat setiap teguk diminum setiap teguk rasa lazat
yang amat menghiburkan.
Tidak rugi kita hamba-hamba Allah
mengekang nafsu untuk melakukan kejahatan yang Allah haramkan di dunia
ini kerana di akhirat akan di beri ganjaran yang setimpal
berganda-ganda.
Alangkah ruginya kaum kafir, musyrikin dan
orang-orang Islam yang durhaka kepada Allah kerana mereka akan menerima
nasib yang amat buruk di alam sana bahkan akan dibakar, direbus, disiram
dengan logam panas melecur kulit diganti kulit baru dijirus lagi dengan
logam panas yang mengelegak mendidih berasap-asap terlalu panas, bahkan
di bakar dengan api neraka yang teramat panas sehingga api dari merah
jadi hitam, dari hitam jadi biru dari biru jadi putih, itulah
sepanas-panas api neraka jahanam.
Ya Allah, lindungilah kami yang
berdosa dan amat kerdil ini dari bakaran api nerakaMu dan hindarkanlah
kami dari dihumban terjun ke dalam neraka jahanamMu.
Tidak mampu kami menanggung azab yang pedih itu, Ya Allah!!!.
Ampunkanlah kami, taubatkanlah kami semuga kami kembali kepangkuanMu dalam membawa hati yang sejahtera (Qalbun Saliim).
Begitulah
kisahnya orang-orang yang diberi Istidraj di dunia, di akhirat mereka
akan MUFLIS semuflis-muflis manusia walaupun di dunia mereka kaya raya
dan mewah semewah-mewahnya. Namun harta kekayaan segala yang mereka
perolehi akan membakar mereka di dalam neraka jahanam yang kekal lagi
abadi.
Ampun Ya Allah.
Janganlah kami mendapat kesenangan, kemewahan,
kekayaan hasil dari ISTIDRAJ dariMu Ya Allah. Anugerahkanlah kami rezeki
yang halal, nikmat dunia yang Engkau redhai serta yang berkat walaupun
sedikit cuma .
Keberkatan hidup, keredhaanMu dan keredhaan NabiMu
itu lebih kami pohonkan Ya Allah. Semuga dengan keberkatan dan keredhaan
ini kami menjadi hamba-hambaMu yang bersyukur dan sentiasa bartaubat
kepadaMu Ya Allah.
Semuga hidup dan mati kami dalam kebenaran yang Engkau janjikan . Amin
Ya Rabbal A'alamin.
http://umusayyidah.blogspot.com/p/rawatan-alternatif-islam-nuril-anwar.html?m=1
Raudhah Oh Raudhah.
Sungguh setia engkau menemani maqam Nabi,
yang jasad Baginda sesungguhnya tidak hancur dan tidak reput ditelan zaman. Sesungguhnya roh Baginda itu hidup di sisi Tuhannya.
Wanginya
maqam Nabi bergabung dengan harumanmu Raudhah, oh wangi semerbak,wangi
haruman kasturi yang kekal hinggalah ke hari kiamat.Jasa pengorbananmu
wahai Raudhah Oh Raudhah, amat mencuit hati sesiapa sahaja yang berada
di dalamnya.
Raudhah Oh Raudhah.
Bertuahnya dikau, Allah pilih berada di sisi Nabi.
Keberadaanmu di sisi maqam Nabi ternyata ianya menjadi penyeri pada
maqam Nabi dan maqam 2 sahabat yang sangat dicintai Allah dan Rasulnya.
Kesetiaanmu menjadi peneman kepada maqam Nabi,sangat dibanggakan Allah
dan Rasulullah juga seluruh umat Islam sedunia.
Kemuliaanmu wahai Raudhatul Jannah (Taman atau kebun syurga)
Dikhabarkan Baginda Rasul,dari Abi Said Al-Khudri Sabda Nabi,
"Tempat di antara maqamku dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) di antara beberapa kebun syurga"
Raudhah
tempatnya bersebelahan dengan Masjid Nabawi.
Antara rumah Nabi dengan
mimbar.
Raudhah sangat istemewa kerana setiap doa yang dipanjatkan di sini akan
dimakbulkan Allah.Doa mustajab dan tidak ditolak oleh Allah Taala.
Berada
dalam kawasan Raudhah hati lapang, tenang,kerana secara automatik
suasananya sangat meleraikan segala kekusutan, kebuntuan, tekanan jiwa
serta suasananya amat nyaman menusuk ke jantung kalbu.
Oh indahnya berada di sisimu wahai Raudhah Oh Raudhah.
Haruman
bau-bauanmu bergabung dengan bau-bauan yang mewangi Baginda Rasulullah
dan maqam Nabi sangat memberi ketenangan yang sungguh mendalam pada hati
dan perasaan sesiapa sahaja yang berada di dalamnya.
Ibadah di
dalamnya sangat menghadirkan rasa khusyuk yang mencengkam di sanubari.
Hati bagaikan disiat-siat, dicarik-carik,
dirobek-robek,diremokredamkan, dihancurluluhkan, dipecah-pecahkan ,rasa
sayu,rasa pilu dan bermacam-macam rasa apabila mengenangkan baginda
Rasul yang sangat berkorban untuk agama Allah dan untuk umatnya.
Terbayang
di ruangan mata hati, betapa baiknya Allah mengutuskan seorang Nabi
yang sangat mencintai, menyayangi,mengasihi umatnya, juga terbayang di
ruangan hati betapa Rasulullah sanggup bermati-matian untuk membawa
kebenaran dari Allah, demi mengajak umatnya beriman kepada Allah dan
Rasulnya.
Tempat Raudhah tidak pernah sepi, tempat yang paling
afdhal memanjat doa dan memohon hajat di hati.
Apa sahaja hajat dimohon di Raudhah insyaAllah semuanya Allah yang Maha
Mendengar akan mendengariNya dan akan dikabulkan doa-doa munajat
tersebut.
Barangsiapa yang tidak tertunai hajatnya, kunjungilah
Raudhah dan berdoalah di dalamnya dengan sepenuh hati.InsyaAllah doa
akan dikabulkan Tuhan.
Raudhah adalah taman syurga, di mana ianya sebagai tempat Allah menurunkan rahmat dan kasih sayangNya .
Kawasan karpet hijau.(Kawasan raudhah).
Adalah kawasan yang Rasulullah amat cintai.
Raudhah merupakan tempat Rasulullah beribadah sepanjang malam dan sepanjang umur hidupnya.
Tempat Baginda memimpin shalat bersama para sahabat dan umat Islam, tempat Baginda menerima wahyu.
Juga menerima titah perintah dari Allah melalui Malaikat Jibril sebagai utusan Allah.
Sabda Rasulullah SAW,
"Antara mimbarku dan rumahku merupakan taman dari taman-taman syurga"
H.R Al Bukhari dan Muslim.
Ibnu Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi
mengatakan bahawa di situlah tempat seharusnya diperbanyakkan doa,
kerana doa sangat Mustajab.
Maqam Rasulullah disebuah kawasan kubah hijau dalam kawasan Raudhah.
Terdapat juga maqam Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Sayyidina Umar Al-Khattab.
Mereka berdua adalah orang yang sentiasa menemani Rasulullah sedari hidupnya hinggalah wafatnya Baginda Rasul.
Suka duka bersama, susah senang bersama, senyum tawa, menangis pun bersama.
Begitulah betapa setianya para sahabat kepada Baginda Rasul tercinta.
Nabi bersabda,
"Di antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah.(Taman) antara taman-taman syurga.dan mimbarku berada pada telagaku (di syurga)".
H.R bukhari.
Begitu istemewanya Raudhah yang sentiasa menemani Nabi dan 2 para sahabat yang Nabi cintai.
Berada di dalamnya (Raudhah) amat terasa akan betapa dekatnya hubungan hati dengan Baginda Rasul juga para sahabatnya.
Berpusu-pusu,
berbondong-bondong umat Islam mengambil keberkatan untuk memijakkan
kaki ke Raudhah, di kawasan karpet hijau di dalam Masjid Nabawi.
Shalat di dalamnya sangat memberi 1001 rasa yang sukar untuk dilafazkan
oleh bahasa mulut , kerana bahasa hati sahajalah yang mampu
mengungkapkan betapa terharunya, sebaknya, sayunya, pilunya, hibanya
hati ini ketika berada di Raudhah dan kawasan sekitarnya.
Umat
manusia setiap hari memenuhi ruangan berkat dan istimewanya ini. Tidak
pernah lengang dari dikunjungi oleh umat Islam seluruh dunia.
Semoga
berbahagialah sesiapa sahaja yang direzekikan dan diberi peluang oleh
Allah Taala untuk melepaskan rindu di hati kepada kekasih Allah dengan
memijakkan kaki di Raudhah dan maqam Nabi dalam Masjid Nabawi.
Semoga
Raudhah, maqam Nabi, Maqam 2 sahabat karib Baginda Rasul, Kubah Hijau,
masjid Nabawi menjadi saksi di akhirat kelak di hadapan Allah bahawa
kita semua pernah memuliakan tempat yang sungguh istemewa dan bersejarah
itu.
Semoga dengan berkat mengunjunginya kita juga akan memperolehi pandangan rahmat dan kasih sayang dari Allah seumur hidup kita.
Semoga kita juga direzekikan layak untuk mendapat syafaa'atul kubra dari Baginda Rasul di hari perhitungan nanti.
Jesteru itu terselamatkan kita dari terjun ke dalam neraka Allah yang amat dahsyat dan mengerikan itu.
Wahai
Raudhah Oh Raudhah.
Rindunya diriku untuk memijakkan kakiku ke Raudhahmu buat kesekian
kalinya. Semoga diizinkan Allah suatu masa nanti kita bertemu lagi.
Amin Ya Allah.
Dirimu
adalah puteri jelita Abu Quhafah(Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq) dan
ibumu Ummu Rumman yang Baginda Rasul pernah bersabda:-
"Barangsiapa yang hendak melihat bidadari yang cantik,pandanglah Ummu
Rumman"
Ibumu seorang penghuni syurga dan juga seorang wanita yang cerdik dan berjiwa besar serta dari keturunan bangsawan Quraisy.
Kecerdikan ibu dan ayahmu telah diwarisi oleh mu wahai Sayyidatina Sayyidatina Aisyah.
Watakmu
seorang yang berani , lincah, aktif,tegas tapi lunak , tangkas,zuhud,
kuat ibadah, fasih berbicara,sangat bijak dan bernas dalam mengeluarkan
pendapat dan pandangan.
Dirimu salah seorang yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Baginda Rasulullah SAW.
Seorang wanita yang sangat kuat ingatan dan sangat jujur orangnya.
Keistemewaanmu
wahai Sayyidatina Aisyah (Ummul mukminin) sangat diakui oleh Allah,
melalui perutusan wahyu yang dikhabarkan oleh Malaikat Jibril bahawa
dirimu wahai Sayyidatina Aisyah RA, adalah isteri Baginda Rasul dunia
akhirat.
Kecerdasan mu dan kekuatan akalmu dalam menghafal
Al-Quran dan hadis-hadis Nabi, serta kefahaman yang amat tinggi terhadap
selok belok hukum hakam Islam, atas dasar inilah Baginda Rasulullah
menyuruh para sahabat dan umat Islam lainnya mengambil pelajaran
daripada isterinya, Sayyidatina Aisyah RA , melalui sabda baginda yang
bermaksud:-
"Ambillah sebahagian agamamu dari Humaira' ini...".
Pesan Baginda
Rasulullah ini menunjukkan kepada kita bahawa tidak salah ingin menuntut
atau menimba ilmu dengan seorang wanita yang diakui akan ketajaman ilmu
dan mindanya.Bahkan Nabi pun membenarkannya dan bersetuju akan hal ini.
Engkau adalah penghuni syurga.
Allah sangat memuliakanmu dan penuh
penghormatan ke atasmu.
Engkau adalah isteri Nabi yang paling menghiburkan Baginda Rasul dan
isteri Nabi yang paling faham tugas dan peranan seorang Nabi.
Engkau adalah sumber inspirasi bagi seorang suami yang bergelar seorang
Nabi.
Dirimu dilahirkan 11 atau 12 tahun sebelum Hijrah. Atau ada
yang mengatakan kelahiranmu 1 atau 4 tahun sesudah Nabi diutus menjadi
Rasulullah SAW.Dikau menjadi isteri Nabi ketika usia 9 tahun lebih
(belum genap 10 tahun).
Kulitmu kemerah-merahan dan digelar oleh
Baginda Rasul (Humaira' yakni warna merah jambu).
Tubuhmu langsing, ramping dan tinggi.Dirimu memeluk Islam sewaktu kecil
lagi, ada ahli sejarah mengatakan dirimu masuk Islam sewaktu umat Islam
baru 18 orang ketika itu.
2 tahun selepas wafatnya Sayyidatina
siti Khadijah Al-Kubra, turunlah wahyu kepada Baginda Rasul untuk
menikahi dirimu.Begitu sekali Tuhan memilihmu sebagai pendamping kepada
kekasihNya .
Suatu hari sebelum Nabi menikahimu Nabi berkata
kepadamu dengan disaksikan oleh ibu ayahmu , "aku (Rasulullah) melihatmu
(Sayyidatina Aisyah RA) dalam tidurku 3 malam berturut2, Malaikat
mendatangiku dengan membawa gambarmu pada selembar sutra seraya berkata
"ini adalah isterimu".
Ketika aku membuka tabir itu maka nampaklah aku akan wajahmu.
Kemudian aku berkata kepadanya (Malaikat) "jika ini benar dari Allah,
nescaya akan terlaksana".
Mendengar akan khabar busyra ini
gembiralah hati S.Abu Bakar As-Siddiq, isterinya juga dirimu wahai
Aisyah RA, lalu berlakulah pertunangan antara Nabi dan dirimu wahai
ummul mukminin .
Setelah berlangsungnya pertunangan itu maka Nabi terus berhijrah ke
Madinah beserta para sahabat.
Setelah baginda menetap di Madinah,
baginda mengutuskan wakilnya menjemputmu untuk datang ke Madinah. Lalu
dinikahinya dirimu sebagaimana yang Allah mahu dengan mas kahwin 500
dirham.
Baginda Rasulullah sangat menyayangimu kerana terlalu
banyak keistemewaannya, sehinggakan dalam bilik Sayyidatina Aisyah yang
berdampingan dengan Masjid Nabawi banyak kali turunnya wahyu.
Keistemewaan ini tidak berlaku kepada mana-mana para isteri Nabi yang
lain.
Di dalam hadis dikatakan "cinta pertama yang terjadi di
dalam Islam adalah cintanya Baginda Nabi SAW kepada Sayyidatina Aisyah
RA".
HR Anas bin Malik.
Satu hari ada seseorang menghina Sayyidatina
Aisyah didepan Ammar bin Yasir sehingga Ammar beri teguran dan amaran
kepada orang itu "sesungguhnya celaka kamu!!...kamu telah menyakiti hati
isteri kecintaan Nabi SAW".
(H.R. At-Tirmidzi).
Ketika Sayyidatina Aisyah RA wafat , Ummu
Salamah berkata "Demi Allah SWT , dia (Sayyidatina Aisyah) adalah
manusia yang paling Rasulullah SAW, cintai selain ayahnya Sayyidina Abu
Bakar RA".
Saudah bin zuma'ah antara isteri Nabi yang paling faham
keutamaan-keutamaan Nabi dan Sayyidatina Aisyah,.beliau banyak
merelakan giliran malamnya bersama Nabi dihadiahkan kepada Sayyidatina
Aisyah RA,yang penting pada Sayyidatina Saudah biarlah dia terus menjadi
isteri Nabi hingga akhir hayatnya.
Baginda Rasulullah SAW, wafat di pangkuanmu wahai sayyidatina Aisyah.
Itulah antara kelebihan dan keistemewaanmu wahai Ummul Mukminin.
Sewaktu Nabi sakit , dirimulah yang merawat dan menjaga Nabi hingga Nabi menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas ribaanmu.
Dalam kamarmu Baginda sakit dan di kamarmu jugalah baginda wafat bahkan di kamarmulah Baginda Rasul dimaqam kan.
Suatu
hari Ummul Mukminin tertidur dalam tidurnya ia nampak tiga buah bulan
jatuh ke kamarnya.
Ketika ia mengkhabarkan hal ini kepada Sayyidina Abu Bakar, maka
Sayyidina Abu Bakar berkata " jika yang engkau lihat itu benar, maka di
rumahmu (di kamarmu) akan dikuburkan lagi 3 orang yang paling mulia di
muka bumi ini.
Ketika Rasulullah SAW, wafat , Sayyidina Abu Bakar
berkata" beliau(Rasulullah) adalah orang yang paling mulia antara 3
bulan itu".ternyata Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar Al-Faruq di
maqamkan dikamar Ummulmukminin ini, bersebelahan dengan maqam Baginda
Rasul.
Setelah wafatnya Baginda Rasul, ujian berat dilalui oleh
Ummul Mukminin ini kerana fitnah terlalu besar terhadapnya.
Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah sangat redha dengan ketentuan Allah
ini, beliau hadapi tohmahan dan ujian ini dengan hati yang sabar dan
tenang sekali.
Dirimu banyak berdiam diri di dalam rumah dan sangat taat kepada Allah.
Rumah atau kamar Sayyidatina Aisyah sentiasa dikunjungi para sahabat dan umat Islam dari segala penjuru.
Tujuannya ialah:-
1. Untuk menziarahi maqam. Nabi.
2. Untuk menimba ilmu .
Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah RA adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah SAW.
Wahyu pun banyak turun waktu ia sebilik dengan Rasulullah SAW.
Ia memperolehi ilmu langsung dari Baginda Rasulullah SAW..
Wanita
yang paling banyak menghafal hadis-hadis Nabi,sehinggakan para ahli
hadis menempatkannya(S.Aisyah) pada urutan ke5 dari para penghafal
hadis.
Setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas bin Malik, dan Ibnu Abbas.
Sayyidaitina Aisyah hidupnya penuh dengan jihad di jalan Allah.
Kuat ibadahmu dan sangat zuhud kehidupanmu.
Wafat pada usia 66 tahun, bertepatan bulan Ramadhan tahun ke 58 H.Dimaqamkan di tanah perkuburan Baqi.
Al-Fatehah
buatmu ibu kepada seluruh orang-orang yang beriman kepada Allah dan
Rasul yakni Sayyidatina Aisyah RA.
Semoga dengan berkat menyebut-yebut namamu dan membaca sejarahmu wahai
Sayyidatina Aisyah ,bertambahlah kasih, cinta kami kepadamu.Justeru itu
layaklah kami untuk memperolehi kasih sayang Baginda Rasul dengan
menyintai orang yang Nabi cintai.
Amin Ya Allah.
Sungguh bertuahnya dirimu wahai pahlawan segala pahlawan.Wajahmu Allah muliakan dengan panggilan (Karramallahu Wajhah).
Kerana dirimu tidak pernah menyembah berhala walaupun satu lahzah.
Dirimu tidak pernah dikotori oleh alam jahiliah walaupun sekelumit jua.
Dikau dari keturunan Bani Hasyim, dilahirkan pada 10 tahun sebelum Nabi menjadi Rasul 601 M.
lahir dalam Kaabah di Mekah.
Selama 4 tahun menjadi Khulafa Ur Rasyidin yang ke 4.
Dari tahun 35 H/655M.
Wafat pada 17 Ramadhan 41H/661M.
Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di bandar Kufah (Iraq).
Engkau adalah bayangan Baginda Rasulullah SAW kerana keperibadianmu sangat mencontohi idola umat yakni Baginda Rasulullah SAW.
Dirimu
wahai Sayyidina Ali KWJ, sangat dicintai Allah dan disayangi
Rasulullah.
Ketokohanmu sebagai pendekar terunggul di dunia terbukti dalam
peperangan Uhud terutamanya juga dalam semua peperangan yang dikau
sertai.
Dalam peperangan Uhud dirimu telah berjaya menewaskan 12
orang musuh dalam pertandingan satu lawan satu sebelum peperangan
bermula.
Sewaktu umat Islam terpukul hebat,dirimulah yang paling
gigih mempertahankan Baginda Rasul hingga terdengar suara Malaikat
Jibril berkata:-
"Tiada pedang zulfaqar dan tiada pahlawan selain Sayyidina Ali KWJ".
Begitu
sekali keistemewaan dan kelebihanmu sehinggakan Allah mengutuskan
Malaikat Jibril untuk memujimu dengan kata-kata tersebut.
Bertuahnya
lagi dirimu wahai Sayyidina Ali KWJ, kerana Pedang Zulfaqar kepunyaan
milik Baginda Rasul dianugerahkan kepadamu untuk digunakan dalam semua
peperangan kecuali peperangan Tabuk, digunakan untuk memerangi
musuh-musuh durjana .
Pedang Zulfaqar digelar sebagai Raja Segala
Besi.Menurut sejarah Pedang Zulfaqar ini selepas dirimu dibunuh secara
curi dalam gelap pula, maka Pedang ajaib ini terus lenyap dan hilang,
tanpa diketahui ke mana perginya,akan tetapi ada di kalangan ulamak yang
mengatakan Pedang Zulfaqar ini akan muncul di akhir zaman untuk
memancung para munafiq di zaman Imam Mahdi nanti.
Dirimu adalah
putera kepada Abi Talib bin Abdul Mutalib. Dikau adalah sepupu kepada
Baginda Rasul sebelah bapamu juga sebagai menantu kesayangan Nabi.
Dikau juga digelar sebagai Abu Turab oleh Baginda Rasul yang membawa
makna bapa pasir/tanah.Gelaran ini diberikan padamu kerana Baginda Rasul
pernah terserempak denganmu, berbaring di atas tanah /debu/pasir di
Masjid Nabawi lalu baginda panggil Ya Abu Turab... kemudian Rasulullah
SAW menyapu tanah yang melekat di punggungmu.
Begitulah akrab dan
manjanya hubungan hatimu dengan Baginda Rasul.
Fizikalmu sederhana (agak berisi) orangnya.Kedua bahumu
lebar.Tanganmu berurat.
Dadamu lebar.Jari jemarimu halus tetapi sangat kuat.Bentuk badanmu
bolehlah diistilahkan ahli angkat barang berat di zaman ini.
Dirimu
kuat dan lasak.Raut wajahmu menarik dan selalu tersenyum walaupun dalam
kesusahan dan kemiskinan. Dirimu sangat pemurah dan tenang.
Banyak membantu fakir miskin walaupun dirimu sangat miskin.
Berkulit
sawo matang. Ketika berjalan banyak condong ke depan (tawaduk)bagaikan
resmi padi.Tidak menegak dada ke hadapan.Pergerakanmu ligat, lincah,
tangkas dan bersemangat waja.
Kanak-kanak lelaki yang pertama
memeluk Islam sewaktu berumur 10 tahun.Menurut sejarah Baginda Rasul
diangkat menjadi Rasul pada hari Isnin , maka keesokan hari nya(Selasa),
dirimu telah pun Islam.
Dirimu dikatakan orang yang paling fasih
berbahasa Arab selepas Baginda Rasul. Ini semua adalah kesan asuhan
daripada Baginda Rasul padamu kerana sedari kecil hinggalah dewasa
senantiasa bersama Baginda Rasul.Bukankah Baginda Rasul itu orang Arab
yang paling fasih bahasa Arabnya?.
Dirimu sangat pintar dan laju
akalnya..Kesemua Imam Mazhab yang 4 sebenarnya mengambil ilmu
darimu.Sangat terkenal sebagai ilmuan (gedung ilmu).Bijak dan pakar
dalam ilmu sastera, ilmu hisab, ilmu pentadbiran dan lain-lain ilmu
lagi.
Pernah terjadi satu ketika
Sayyidina Umar dan para sahabat buntu fikiran, memikirkan permulaan
taqwim Islam, mereka minta pendapat darimu wahai Sayyidina Ali KWJ,maka
terus dijawabnya dengan lancar " Tetapkan saja mulai hari hijrahnya
Baginda Rasul SAW".
Itulah taqwim yang kita guna hingga ke hari ini.
Keberanianmu amat
ketara dan pernah terbukti dalam kata-katamu " Seandainya semua
orang-orang Arab maju hendak menyerang aku, aku tidak akan lari".juga
katanya " tidak ada orang yang selamat jika berdua dengan ku".
Setiap
kali berdua lawan pedang satu sama satu. Pasti dirimu akan menang.Tidak
ada satu sejarah pun dirimu kalah walaupun sekali waktu berlawan pedang
satu sama satu.
Keberanianmu sangat jelas boleh dilihat dalam
peristiwa dirimu mencantas badan Ibnu Wudd (pendekar Quraisy),hingga
terputus dua dengan sekali hayunan pedang sahaja,sedangkan musuhmu
ketika itu memakai baju besi(baju zirah).
Begitu juga dengan
Marhab (pendekar Yahudi) yang terbelah kepalanya terus ke Rahang
sedangkan dia memakai topi besi ,juga dengan sekali hayunan pedang
darimu.
Hebat sungguh kekuatan dan kehandalanmu, sehinggakan
musuh-musuh begitu gentar bila berhadapan denganmu.
Bagi musuh-musuh berdepan denganmu adalah MAUT!!!. Dengan berbaju zirah dan bertopi besi pun tidak akan selamat denganmu.
Sayyidina
Ali KWJ pernah berkata dia tidak perlukan kuda pacuan dalam perang
walaupun ditawarkan oleh para sahabat untuk memilikinya,kerana
katanya"aku tidak memerlukan kuda pacuan kerana aku tidak akan lari
daripada menghadapi musuh yang menyerang dan aku tidak akan menyerang
musuh yang lari".
Kegagahanmu sebenarnya sejak bayi lagi.Apabila
dibedung ibumu kain bedung akan sentiasa terbuka.Kemudian dibedung pula
dengan 2 helai kain pun terbuka juga.Akhirnya ibumu tidak lagi
membedungmu.
Begitulah ajiabnya dirimu sedari bayi lagi sudah
membuktikan dirimu lasak,gagah dan kuat.
Ketika berhijrah ke
Madinah dirimu bersama 2 orang lelaki membawa serombongan kaum wanita ,
tiba-tiba muncul 8 orang kafir Quraisy yang menunggang kuda.
Hanya dirimu seorang saja yang berani mencabut dan menghunuskan pedang
berhadapan dengan kaum kafir Quraisy.
Salah seorang musuh mara ke
hadapan menyerangmu wahai Sayyidina Ali KWJ, lalu ditetak olehmu terus
terbelah tubuhnya.Alangkah hebatnya hayunan pedang darimu sehinggakan 7
orang lagi musuh lari berhamburan, bertempiaran dan lintang pukang
bersama kuda-kuda mereka.
Begitulah wibawanya kepimpinanmu,
kehandalanmu hingga musuh amat gerun padamu. Semoga sedikit sebanyak
sejarah hidupmu dipaparkan ini memberi semangat waja dan kekuatan kepada
umat Islam akhir zaman untuk terus mempertahankan Allah, Rasulullah dan
agama Islam dari diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam.
InsyaAllah
sejarahmu akan dipaparkan lagi untuk kesekian kalinya selepas ini
sebagai panduan dan peduman sekalian umat Islam di muka bumi ini.
Bersambung...
Cinta dunia ibarat racun.
Boleh membunuh siapa sahaja.
Membunuh roh manusia yang mencintainya, dari mencintai Allah dan Rasul.
Cinta dunia adalah penghalang bagi insan untuk mendapatkan cinta yang hakiki dari Tuhan Rabbul Izzati.
Cinta dunia boleh merosakkan hati manusia daripada memiliki sifat-sifat mahmudah (terpuji).
Cinta dunia sangat mampu membunuh kasih sayang sesama insan.
Berpecah belah antara satu sama lain sudah menjadi budaya.
Cinta dunia adalah musuh manusia ciptaan Tuhan.
Akan tetapi ramai manusia yang tidak sedar akan keburukannya.
Betapa kejamnya cinta dunia.
Demi cinta dunia,
manusia sanggup khianat mengkhianati sesama sendiri, bahkan memiliki
watak syaitan yang terkutuk yakni dendam kesumat antara satu sama
lain.
Krisis peperangan di sana sini, tidak menghiraukan kebahagiaan dan
ketenangan orang lain lagi.
Penyakit hasad dengki, fitnah
memfitnah jadi sikap harian, jatuh menjatuhkan satu kepuasan dan
macam-macam lagi perangai syaitan iblis menyelubungi hati pencinta
dunia.
Oh cinta dunia,,,,
Pergilah dikau dari hatiku
pergilah dikau dari menguasai diriku
Semoga hati-hati manusia dapat dikembalikan kepada fitrahnya dan diisi dengan Cinta Tuhan cinta yang Abadi.
Semuga
penyakit cinta dunia terkubur bersama mazmumah yang meniti di atasnya
dengan berkat mukjizat seorang Nabi akhir Zaman iaitu Baginda Rasulullah
SAW.
Amin Ya Allah
Wahai Nabi Roh Nabi Akhir Zaman.
Rindunya aku untuk bertemu denganmu.
Namun siapalah diriku ini..
Daku umatmu yang banyak mazmumah, mungkin akan menjadi hijab antara diriku dengan dirimu.
Wahai Nabi roh Nabi akhir zaman.
Setiap kali selawat ke atas mu , ku rasakan amat dekat denganmu.
Terbayang dibayangan hati ku akan penderitaan mu.
Dalam menyampaikan risalah Tuhanmu di muka bumi ini.
Ujian mu amat
menyakitkan dan amat berat sekali.
Siti Fatimah anak kesayanganmu,seringkali berlinangan airmata,
melihatkan keadaan ayahandanya diperlakukan begitu kejam oleh kaum
Musyrikin Mekah.
Namun dirimu wahai nabiku...
Sangat sabar dan amat tabah.
Dirimu sanggup dipijak-pijak kepala waktu sujud dalam shalat, oleh kaum Musyrikin Mekah depan Kaabah.
Namun
dirimu amat tenang dan tidak bertindak ke atas kaum Musyrikin Mekah
melainkan dirimu bermunajat dan menadahkan setinggi-tinggi tangan ke
hadrat Ilahi agar Tuhan sahajalah yang bertindak ke atas musuh-musuh mu
itu.
Sabarnya dirimu Ya Rasulallah, berhadapan dengan musuh-musuh
Allah. Sentiasa dirimu berdoa kepada Allah"Ya Tuhanku, berilah kaumku
hidayah sesungguhnya mereka tidak mengetahui". Sungguh suci dan murninya
hatimu Ya Nabiku.
Itulah doa dan munajatmu terhadap umatmu yang engkar kepada Allah dan
Rasulnya.
Apakah diriku mampu menempuh ujian demi ujian sesabar dirimu?.
Wahai Nabi roh Nabi akhir zaman yang ku rindui.
Ya Allah!! sampaikanlah salam rinduku kepada
cahaya sebagai sumber segala cahaya.
Rahsia bagi segala rahsia.
Ubat bagi seluruh penyakit.
Anak kunci bagi segala kejayaan.
Dialah yang kami sangat rindu.
Nabi Muhammad yang terpilih.
Keluarganya yang suci lagi diredhai.
Syafaatkan kami Ya Allah dengan berkat mukjizat Nabi Roh Nabi Akhir Zaman yang mulia itu.
Amin Ya Rabbal A'alamin.
Ya Nabiyallah Ya Nabiku.
Engkaulah penghubung ku untuk ku sampai kepada Allah.
Ya Nabiyallah Ya Nabiku.
Buta hatiku untuk mendapatkan Allah.
Tolonglah celikkan rohku.
Pimpinlah hatiku rohku.
Untuk ku menikmati hakikat ibadah yang khusyuk.
Agar ibadah ku ibadah hati bukan ibadah bangkai.
Ya Nabiyallah Ya Nabiku
Tolonglah aku, bantulah aku.
Bebaskanlah rohku dari sangkar mazmumah.
Yang menghalang aku untuk sampai kepada Allah.
Agar rohku boleh terbang jauh untuk mendapatkan Allah.
Semuga ma'arifatullah benar-benar berlaku ke atas rohku.
Ya Nabiyallah Ya Nabiku.
Tolonglah, bantulah. Peliharalah perjalanan hati ku ini.
Agar aku dapat meletakkan Allah dalam hatiku.
Ya Nabiyallah Ya
Nabiku.
Tanpa pimpinan rohani dari mu, shalatku, ibadahku,puasaku, bacaan Al
Quranku ,munajatku, rintihan doa ku,sedekahku, kebajikanku, semuanya
bagaikan bangkai.
Tiada membawa erti apa-apa di sisiMu,
Wahai Tuhanku.
Yang hanya layak bagiku adalah neraka jahanam.
Wal'iyazubillah....
Mohon ampun Ya Allah!!
Ya Nabiyallah Ya Nabiku.
Semuga rohku dapat disucikan,dibersihkan dan
digilapkan.
Agar ianya bercahaya
Dengan cahaya Nur Muhammad.
Bukan lagi roh yang kotor, jijik dan jahat.
Terimalah aku sebagai umat mu yang menggembirakanmu dunia dan akhirat.
Semuga engkau mendengar rayuan dan rintihan ku ini
Wahai Nabiku.
Perkenankanlah,permohonanku ini
Wahai Tuhan kepada Nabi ku, Nabi Muhammad Rasulullah SAW.
Amin Ya Allah.Amin Ya Rabbal A'alamin.
Wahai air mata...
Engkau diciptakan Allah untuk mengalirkan air mata taubat.
Bukan air mata palsu yang menangis kerana dunia yang penipu.
Wahai air mata...
Janganlah engkau mengalir dan menitis dikelopak mata,kiranya tangisanmu bukan kerana takutkan Allah dan cintakan Nabi.
Wahai air mata...
Jika benar tangisanmu kerana Allah, maka
Air mata ini bolehlah memadamkan api neraka Jahim.
Wahai air mata lahiriah...tolonglah...
Alirkanlah engkau ke dalam hati ...
Dengan aliran air mata taubat nasuha.
Berlinanglah engkau wahai airmata...
Kerana menangisi dosa-dosa yang masih belum terampun.
Wahai air mata...
Janganlah engkau membazir bercucuran jatuh ke bumi, kiranya bukan kerana sebuah kerinduan pada Nabi.
Wahai air mata...
Jatuhlah engkau ke pipi...sekiranya airmata ini boleh menghancurkan mazmumah dalam sanubari.
Wahai air mata...
Berlinanglah ke dalam hati , kiranya airmata ini boleh menyucikan roh dan hati.
Wahai air mata...
Keluarlah engkau dari kelopak mata, kiranya ini adalah tangisan seorang hamba yang berdosa kepada penciptanya.
Wahai
air mata..
Berguguranlah engkau bagaikan hujan membasahi bumi kiranya tangisan ini
membawa diri ini kepada Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Wahai air mata...
Gugurlah engkau sebagai bukti kerinduan seorang hamba pada (Nur Muhammad), yang sangat berkorban untuk umatnya...
Ummati, ummati, ummati...
Muga air mata ini tidak sia-sia membasahi hati.
Semuga ia bagaikan siraman air menyuburkan hati nurani.
Semoga Islamlah nafsu ini dengan siraman air mata maknawi ke dalam hati.
Amin Ya Allah.
Panglima Saad bin Abi Waqas dan pasukan perang kaum muslimin dikirim untuk menakluk Parsi.
Untuk
memperolehi kemenangan terhadap musuh-musuh Allah, Sayyidina Umar RA
telah mengutus sepucuk surat kepada Panglima Saad bin Abi Waqas yang
berbunyi :-
"Saya (S.Umar RA) memerintahkanmu dan pasukanmu untuk takut kepada
Allah setiap saat, kerana taqwa adalah senjata terbaik menghadapi musuh
dan strategi terbaik dalam peperangan.
2.Saya memerintahkanmu dan pasukanmu untuk takut melanggar perintah Allah lebih dari ketakutanmu terhadap musuh-musuhmu.
3.Jika sebuah pasukan lebih takutkan berbuat dosa daripada musuh mereka , Allah akan memberikan kemenangan kepadanya.
4.Untuk orang Islam, kemenangan adalah hasil dari ketidak taatan orang-orang kafir kepada Allah SWT.
Ingatlah...
Tidak
ada kekuatan kecuali bersama Allah walaupun mereka (musuh) lebih ramai
dari kita serta mereka juga memiliki senjata dan kelengkapan yang lebih
banyak dan lengkap dari kita.
Jika kita sama seperti mereka, tidak taat kepada Allah, maka musuh akan menakluki kita dengan senjata mereka yang lebih hebat.
5.
Kalian harus belajar bahawa kalian memiliki beberapa para malaikat
bersama kalian.Para malaikat yang sentiasa melindungi kalian .
Berhati-hatilah...
jangan melakukan dosa ketika kalian berjuang di jalan Allah.
Kalian
harus meminta kepada Allah kemenangan terhadap diri kalian sendiri,
sebagaimana kalian minta kemenangan terhadap musuh Allah..Mintalah
kepada Allah untuk kami dan juga untuk kalian semuanya.
(Begitulah
diantara isi kandungan sepucuk surat dari Khulafa Ur Rasyidin S.Umar Al
Khattab kepada Panglima Perang Saad bin Abi Waqas).
Kekuatan umat Islam dalam berhadapan dengan musuh adalah pertautan hati yang amat mendalam kepada Allah dan Rasulnya.
Juga
menghindari dosa-dosa lahir mahupun batin,kerana dengan itu Allah akan
campurtangan menumpaskan pasukan musuh dengan mengirimkan bala tentera
Allah berbentuk para malaikat atau sebagainya.
Kekuatan pasukan
kaum muslimin sangat bergantung kepada kekuatan dalaman(rohaniah) kepada
Tuhan yang Maha Esa. Kekuatan roh sahajalah yang mampu mengalahkan
musuh-musuh Allah walaupun tentera umat Islam tidak seramai tentera
musuh, walaupun senjata dan kelengkapan umat Islam tidak secanggih yang
musuh miliki.
Kekuatan umat Islam pada hatinya, pada rohnya,
sejauhmana hubungan intim dengan Allah dan Rasulullah SAW, sejauh itulah
bantuan akan diturunkan.
Semuga umat Islam terus kuat dan utuh dalam mempertautkan hati dan ROH
kepada Allah dan Rasulnya, dengan cara itu sahajalah formula untuk Islam
menang dan musuh tumpas.
Menjauhi dosa-dosa lahir dan batin
dituntut untuk mendapat campurtangan Tuhan dalam menumpaskan musuh
durjana.
Sekiranya umat Islam masih bergelumang dengan dosa dan noda, maka Allah
akan biarkan musuh terus mengkeronyok umat Islam di mana-mana sahaja di
muka bumi ini.
Takutilah berbuat dosa, kerana dosa akan menjadi
hijab antara hamba dengan Khaliqnya.
Ya Allah Ya Tuhan kami!!
tolonglah taubatkan kami atas segala dosa-dosa lahir dan batin kami,
semuga kami sentiasa diberi kemenangan dan dilindungi dari kejahatan
musuh-musuh Islam terhadap kami yang sangat lemah ini ,
Ya Allah...
Kabulkanlah doa dan munajat kami ini wahai Tuhan
kami!!...Tolonglah Ya Allah.. peliharalah hati-hati kami dari terus
menerus mendurhakai Mu dan peliharakanlah hati-hati kami dari menjadi
hamba-hamba Mu yang melanggar perintah-perintah Mu,
wahai Tuhan kami...
Bantulah kami dari kezaliman musuh-musuh Mu
terhadap kami yang kerdil-kerdil ini.
Amin amin amin Ya Rabbal a'lamin
Masyarakat orang mukmin itu memang unik.
Orang-orang kaya tidak sempat berlaku kaya,kerana apabila mendapat harta atau apa-apa nikmat, tidak sempat disimpan lama,
terus sahaja diagih-agihkan.
Dapat lagi, diagih lagi kepada orang yang patut menerimanya.
Begitu juga orang yang miskin, tidak jadi miskin berlama-lama,dia tetap diistilahkan miskin kerana sumber usahanya tidak ada.
Namun
kehidupannya semakin tidak miskin kerana masyarakat sentiasa
mengutamakannya.
Setiap orang memikirkannya kerana orang ramai tahu yang dia miskin.
Dia tempat sasaran pemberian orang ramai,kerana itulah di dalam
masyarakat orang mukmin, orang kaya dengan orang miskin tidak jauh
bezanya.
Yang berada tidak sempat kaya berlama-lama atau tidak
akan menjadi sangat kaya kerana dia sentiasa sahaja menginfaqkan
hartanya .
Yang miskin pula tidak sempat miskin berlama-lama atau tidak menjadi
miskin sekalipun dia diistilahkan miskin, kerana dia tempat orang ramai
mencurahkan sedekah dan bantuan.
Begitulah indahnya hidup di dalam
masyarakat orang mukmin, orang kaya sentiasa berkorban, orang miskin
adalah tempat orang ramai memberi bantuan,akhirnya masyarakat mukmin
sentiasa makmur, berkat dan rahmat Allah sentiasa mencurah-curah.
Kita merindui masyarakat yang beginilah
Kita sebagai hamba Allah
yang tiada nilai satu sen pun jika Allah tidak anugerahkan kita
kemuliaan dan darjat.
Siapa kita yang ingin mencabar Allah?mencabar, orang-orang Allah (Para
Nabi, Para Rasul dan para Auliyaa U'llah yakni Para Wali-wali Allah?).
Lahirnya
kita ke dunia ini pun adalah rahmat dan kasih sayang Allah pada
kita.Jika Allah tidak titiskan benih (setitis air mani yang sangat jijik
dan hina dina itu, ke dalam rahim ibu kita maka tidak wujudlah kita.
Kita
diizinkan Allah lahir ke muka bumi ini untuk mengabdikan diri kepada
Allah yang menciptakan diri kita dari tiada kepada ada.
Kita dilahirkan oleh Allah ke dunia ini bukan untuk menjadi Tuan (Boss)
tetapi kita diperintahkan menjadi "Hamba Allah".
Tuhan (Allah)
adalah BOSS kita, TUAN BESAR kita yang Maha Besar. Tuhan (Allah) wajib
dibesar-besarkan melalui shalat dan amalan-amalan terpuji. Tuhan(Allah)
mesti diagung-agungkan seagung namaNya yang Maha Agung.
Tuhan
lahirkan kita juga untuk menjadi "Khalifah Allah" di muka bumi ini.
Maksudnya Tuhan perintahkan kita promosi Dia sebagai Tuhan yang Maha
Esa, promosi Nabi-nabi dan Rasul-rasulnya lebih-lebih lagi Nabi Muhammad
SAW (Habibullah) , kekasihNya itu.
Tuhan perintahkan juga kita
perjuangkan agamaNya yakni agama Islam bukan diperlecehkan agama suciNya
ini.Mana boleh kita hina agama Islam agama yang Allah dan Nabi-nabi
iktiraf.
Janganlah kita kata"tak payahlah nak ikut hukum hakam
Islam sangat nanti jumud, ketinggalan zaman, tak moden,tak maju (mundur
ke belakang) tak class dan lain-lain lagi".
Kata-kata itu semuanya mencabar Allah dan RasulNya.
Mana boleh
kita cabar Allah kita kata" langkah mayat mak atau ayah dulu kalau
hendak jadikan dia tu menantu "dan macam-macam kata-kata yang mencabar
Allah kita perkatakan.
Seolah-olah jodoh pertemuan itu kita yang
tentukan, sedangkan jodoh,rezeki, ajal, maut di tangan Tuhan. Ketentuan
sejak Azali di Luh Mahfuz lagi tertulis semuanya itu.
Ada juga yang kata "alaa sembahyang pun belum tentu masuk syurga..."Kata-kata seperti ini sangat mencabar Allah .
Kita sebagai hamba Allah terpulanglah kepada Allah hendak letakkan kita di mana.syurga atau neraka.
Bukankah
Allah itu Tuhan yang Maha adil yang tidak pernah memungkiri
janji-janjinya.Perbuatan baik walaupun sebesar zarrah akan dibalas
dengan kebaikan begitulah sebaliknya.
Ada juga orang suka kata
"Ahhhh.... Mati nanti kubur masing-masing, buat apa sibuk-sibuk hendak
ajak aku gi shalat dan buat kebajikan!!".Ini antara kata-kata sinis kita
mencabar Allah samada kita sedar ataupun tidak.
Ada juga yang
kata..."Alaaa... waktu muda ni lah nak enjoy-enjoy, dah tua nanti
taubatlah...". Ini pun antara kata-kata mencabar Allah.
Seolah-olah
dia yakin umurnya panjang boleh sampai tua.Ia ingat ia boleh menungkat
langit.Ia ingat dengan berlengah-lengah sempat bertaubat.Ajal maut tidak
menunggu kita sesaat jua pun.Bila-bila masa , Allah boleh cabut nyawa
kita.
Entah-entah lepas cakap begitu tiba-tiba kena langgar lori
treler, terperosok bawah lori, atau kena gelek dek kereta kebal dan
seumpamanya , leper hancur berkecai daging, sama rata dengan jalan raya,
daging-daging bersepai.Mahu ke kita mati katak seperti itu?
Ya
Allah lindungilah kami dari kemurkaan Mu.Kadang-kadang kita bercakap
tidak perasan cakap-cakap kita mencabar Allah.
Sebab itu takutlah pada Allah. Dengan berkat takut pada Allah kita akan
terpelihara dari celupar mulut berkata-kata tanpa disukat baik buruknya.
Orang mukmin jika dia hendak berkata-kata, dia akan tanya Allah dan Rasulnya terlebih dahulu.
Bagaimanakah caranya?.
Caranya melalui perjalanan hatinya, boleh ke aku cakap begian-begian, begini-begini atau begitu-begitu.
Hati yang dipimpin Allah dan Rasulnya akan memberi faham pada sihamba itu, ini boleh dan itu tidak boleh.
Renung-renungkanlah
siapa diri kita, hendak cakap besar dan mendabik dada seolah-olah kita
tidak mati, seolah-olah kita tidak dihisab di akhirat, seolah-olah kita
tidak ada azab kubur,tidak ada alam barzakh, tidak ada syurga neraka ,
tidak ada Siratal Mustaqim , tidak ada hari pembalasan dan hari
perhitungan.
Semuga kita sangat mengambil pengajaran di atas
sejarah silam yang telah Allah timpakan kepada Firaun yang mendabik dada
mengaku "ana rabbukumul a'ala" aku Tuhan kamu yang tinggi.
Akhirnya Allah musnahkan takhta kerajaannya dan dirinya dalam sekelip
mata dengan begitu hina sekali.
Banyak lagi sejarah memaparkan
kita betapa hinanya orang yang mencabar Allah dan Nabi juga Para Rasul
seumpama kisah Namrud yang mempunyai tentera 700 ribu penunggang kuda
yang lengkap dan handal.
Ia berkata kepada Nabi Ibrahim dengan
bongkaknya "Hai Ibrahim, jika Tuhan mu mempunyai malaikat, maka
kirimkanlah kepadaku,untuk berperang dengan ku, jika sanggup ambiklah
kerajaanku ini!!!"..
Maka Nabi Ibrahim berdoa dan munajat kepada
Allah"Ya Ilahi, sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu
kedatangan tenteraMu, maka kirimkanlah kepada mereka tentera daripada
selemah-lemah makhlukMu iaitu nyamuk".
Ketika Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas ,Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan.
Lalu... keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit.
MasyaAllah Maha hebatnya Allah.
Kemudian tentera nyamuk bertanya "Wahai Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?".
Allah berfirman"Aku (Allah) telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud".
Lalu
tentera nyamuk menyerang tentera Namrud,menghisap semua darah mereka.
Allah perintahkan tentera nyamuk tangguhkan penyeksaan pada Namrud
supaya dia saksikan kehancuran tenteranya dan mahu bertaubat.Sempat
Namrud pulang ke istananya.
Maka Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.
Nyamuk tersebut masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.
Dengan seekor nyamuk sahaja, sudah huru hara dan lintang pukang Namrud.
Menggelupur kesakitan yang teramat sangat.
Allah boleh lakukan apa sahaja kepada hamba-hambaNya yang mencabar kekuasaan dan keperkasaanNya.
Maha pengasihnya Allah , Allah beri masa 3 hari supaya Namrud bertaubat sebelum perintahkan nyamuk menyeksa dan membunuh Namrud.
Namun Namrud tetap sombong, angkuh, tidak mahu tunduk pada keagungan Allah.Maka matilah Namrud sebagai seorang kafir .
Marilah
kita bertaubat di atas segala ketelanjuran kata-kata dan perbuatan kita
selama ini. Sekiranya ada yang mencabar Allah, Rasul dan NabiNya juga
para Auliyaa U'llah .
Mudah-mudahan kita semua dalam rahmat Allah yang berpanjangan hingga ke
alam baqa'..
Amin Ya Rabbal Aa'lamin.
http://umusayyidah.blogspot.com/p/rawatan-alternatif-islam-nuril-anwar.html?m=1