web stats

Monday, 7 April 2014

KEMATIAN YANG PASTI





                                            كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

Wahai diri engkau akan mati.

Wahai diri... Jangan takut mati, kerana kematian itu adalah PASTI. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Itulah firman Ilahi Rabbi.

Takut mati sifat terkeji. (Al wahan) namanya yang disabdakan nabi. Mati itu indah bagi mereka yang dapat menyucikan hati.

Mati adalah kemuncak percintaan antara hamba dengan Khaliqnya yang Maha Pencipta.
 
Wahai diri... Buatlah persiapan untuk mati, persiapannya bukan harta, bukan sanak- saudara, bukan dunia yang menipu daya.Bukan rumah besar, bukan kereta yang menjalar.

Akan tetapi persiapan mati adalah mendapatkan cinta agung dari Ilahi. Juga mendapatkan kerinduan seorang Nabi.

Wahai diri.... Mati adalah sebuah penantian. Di alam nun jauh di sana Ianya memerlukan sebuah bekalan untuk bertemu Tuhan. Bekalannya tidak perlu wang ringgit dan jawatan yang tinggi.Akan tetapi bekalannya adalah amal ibadah yang diterima Tuhan. Juga amal jariah yang dilaksanakan sebelum mati.

Wahai diri.... Ingatlah kamu pasti akan mati juga akhirnya. Walaupun kita cuba mengelaknya. Buatlah persiapan untuk kembali pada yang HAQ. bila-bila masa sahaja mati akan datang mengundang kita.

Wahai diri... Bersegeralah membuat persiapan untuk mati,kerana mati itu datangnya secara tiba-tiba, walaupun diri kita belum sempat membeli kain kafan dan belum bersedia untuk mati. Mati akan menerpa dan menerjah siapa sahaja .

Hayatilah kisah ini...
kisah ini menceritakan tentang Malaikat Maut AS. yang mencabut nyawa manusia yang telah di tentukan waktu ajalnya. Kisah ini terjadi pada zaman Nabi Sulaiman AS.

Pada suatu hari Malaikat Maut datang ke rumah Nabi Sulaiman AS, dengan berwajah seorang manusia.Di waktu itu Nabi Sulaiman sedang berbincang dengan sahabatnya.

Ketika kedatangan Malaikat Maut(Izrail) ini, beliau langsung menatap lama dan tajam kepada salah seorang sahabatnya.

Kemudian Malaikat Maut pun keluar lagi.Justeru itu sahabat Nabi Sulaiman pun bertanya dengan nada yang ketakutan kepada Nabi Sulaiman ”Wahai Nabiyullah!!! Siapakah lelaki itu,?.
Lantas Nabi Sulaiman pun menjawab,”Sesungguhn­ya dia adalah Malaikat Maut”.

Sahabat Nabi Sulaiman pun berkata lagi,”Wahai Nabiyullah,aku melihat dia memandang lama kepadaku dan aku takut dia hendak mencabut nyawaku.Maka tolonglah selamatkanla­h aku dari tangannya”.

Nabi Sulaiman pun berkata,”bagaimana caranya aku menyelamatkan kamu darinya?.

Maka sahabatnya pun berkata lagi,”aku mohon Tuan memerintahkan angin agar membawaku ke negeri India.Mudah-mudahan dia kehilangan jejak dan tidak menemukanku.”

Maka Nabi Sulaiman pun memerintahkan angin supaya membawa sahabatnya pada saat itu juga ke negeri India.Lalu angin pun membawanya ke negeri India pada saat itu juga.

Sesampainya di bumi India Malaikat Maut pun mencabut nyawanya,lalu Malaikat Maut itu kembali lagi kepada Nabi Sulaiman dan Nabi Sulaiman bertanya kepadanya,”Apa sebabnya kamu memandang lama kepada lelaki itu?”

Malaikat Maut berkata "ku merasa hairan kerana sesungguhnya aku diperintahkan untuk mencabut ruhnya di negeri india, sedangkan dia sangat jauh dari India untuk sampai tepat pada waktunya agar nyawanya dicabut.

Ternyata dia dibawa oleh angin hingga dapat sampai di sana tepat dengan waktu habis ajalnya,sebagaimana yang telah ALLAH SWT tentukan .Maka aku pun mencabut rohnya di sana. Ertinya tidak ada seorang manusia pun yang boleh lari dari mati.

Oh Tuhanku... tolong lah masukkan ke dalam hati ku Cintakan kematian.

Oh Tuhan tolonglah dengan berkat Nabi mu Bantulah aku untuk membuat persiapan bertemu dengan Tuhan ku.

Aamiin Ya Rabbal A' lamin

No comments:

Post a Comment