Marah itu datangnya dari panahan api melalui syaitan iblis laknatullah. Apabila seseorang manusia itu marah,maka api panahan syaitan iblis itu terus menusuk masuk ke jantung hati manusia.
Manusia mula hilang pertimbangan akal apabila marah yang memuncak . Marah yang menurut nafsu akan membawa kepada hidup yang melulu.
Marah itu boleh membawa kepanasan hati dan telinga, yang akhirnya akan membawa kepada pergaduhan, perselisihan faham, juga tidak mustahil boleh membawa kepada fitnah memfitnah, buruk sangka dan boleh juga berakhir dengan penderaan dan pembunuhan.
Marah yang melulu dan ikut nafsu, akan memutuskan kasih sayang dan membakar hati menjadi bahang api neraka sebelum neraka yang sebenarnya.
Jika marah mengikut nafsu akan mencabut iman dalam hati sanubari. Maka ternafilah kesabaran dan ketaqwaan seorang hamba.
Nabi berpesan kepada kita selaku umatnya tahanlah marah mu (Khaazimul Ghaiz), kerana dengan menahan marah itu boleh membantu hati dari tertipu oleh bisikan hawa nafsu dan syaitan iblis yang terkutuk.
Akan tetapi ada juga marah yang dituntut oleh agama, umpama marah ibu ayah kepada anaknya yang melakukan maksiat dan melanggar hukum-hukum Allah.
Marah ibu ayah kepada sianak yang tidak mahu menunaikan shalat,tidak taat akan perintah Allah dan Rasulullah adalah sangat dituntut.
Marah suami pada isteri yang durhaka dan engkar pada perintah Tuhan juga dituntut. Jika suami tidak marah pada isteri yang melanggar syariat Allah,umpamanya isteri mendedahkan aurat, berlakunya pergaulan bebas lelaki perempuan, tidak shalat dan sebagainya, ertinya DAYUS. Suami yang dayus tidak layak masuk syurga Allah.
Marah seseorang muslim kepada pengikut-pengikut agama Islam yang menjatuhkan maruah agama Islam.
Marah kepada musuh-musuh Allah yang menghina Allah, Nabi dan Al Quran. Marah pada orang yang membuat huru hara, menzalimi orang lain, menipu, menindas, membunuh,merompak, merogol dan lain-lain perbuatan terkutuk.
Marah pada orang yang mengaku dia nabi yakni nabi palsu. Ini sangat dituntut dan mesti ditegah.. Mana ada nabi lagi setelah nabi penutup bagi sekalian nabi iaitu Nabi Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW.
Jika ada individu yang mengaku dia adalah nabi di akhir zaman ini , wajib kita benteras pengakuan yang sesat lagi menyesatkan ini.
Memang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah akan ada nabi-nabi palsu di akhir zaman nanti kerana ini semua salah satu petanda kezaliman dan kemungkaran yang sudah memuncak.
Untuk menafikan hal ini, Allah turunkan Nabi Isa AS untuk memusnahkan pendustaan ini.
Jika tidak marah dalam hal-hal maksiat ertinya kita dayus dan pengecut. Jika tidak mampu marah dengan teguran dan kata-kata, paling tidak, marah atau menegur di dalam hati.Itu adalah selemah-lemah iman.
Marah mestilah kerana Allah bukan kerana emosi atau nafsu. Marah yang begini mendapat pahala bahkan Tuhan redha dan Nabi suka.
Marah biar bertempat menurut syariat yang Allah tentukan. Menahan marah (Khaazimul Ghaiz) sangat dialu-alukan oleh Nabi Junjungan besar SAW.
Menahan marah boleh mendidik manusia lain untuk mendapat kesedaran . Menahan marah pada hal yang patut, ianya dikatakan akhlak yang mulia kerana mampu bermujahadah mengekang hawa nafsu yang jahat.
Akhirnya nafsu mampu ditingkatkan menjadi nafsu yang tenang yakni Nafsul Mutmainnah. Nafsu bukan Tuhan suruh buang tetapi nafsu perlu dididik , dilatih tubi untuk ditingkatkan hingga mampu menjadi nafsu yang Allah redha dan Nabi suka.
Nafsul Mutmainah adalah nafsu yang selamat di sisi Tuhan. Nafsu yang imannya sudah diterima Tuhan. Nafsu yang mampu mengawal kejahatan dirinya lahir batin.
Nafsu diperingkat ini segala amalannya Tuhan terima dan di akhirat kelak Allah akan menjemput hamba-hambaNya ini masuklah ke dalam syurgaku ...
Begitulah kesudahannya bagi hamba Allah yang sudah mampu mengekang nafsunya dan meningkatkan nafsunya ketahap nafsu yang Tuhan redha.
No comments:
Post a Comment