web stats

Friday, 4 April 2014

WAHAI SAYYIDINA HAMZAH R.A.






Berguguran air mataku, bila menziarahi maqammu. Ku genggam erat memegang pagar di Perkuburan Uhud. Tempat bersemadinya para syuhada Uhud. Termasuk dirimu wahai Sayyidina Hamzah R.A.

Sayu hat ku memerhatikan kuburmu. Hanya sebaris batu dan tanah yang tiada tanda apa-apa, membuktikan itu adalah maqammu. Kenapa maqammu seorang syuhada yang termasyhur di medan Uhud tidak dipedulikan?.
 Hanya seketul tanah yang rata dikatakan di situlah maqammu. 

Aduh... terkejutnya aku melihat maqammu itu. Tidak sepadan dengan pengorbananmu. Maqammu diperlakukan begitu sekali. Kenapa tidak didirikan sebuah maqam yang indah, cantik, gagah sebagai kenangan di atas jasa-jasa dan pengorbananmu terhadap agama Islam?.

Kematianmu sungguh menyayat hati. Menangis Baginda Rasul melihat jasadmu terbaring kaku,setelah dirimu dibunuh oleh Wahsyi dengan serangan hendap dari belakang. Engkau dilontar tombak dengan tepat menembusi perutmu oleh Wahsyi dengan zalim sekali.

Wahsyi seorang lelaki upahan Hindun binti Uthbah. Setelah itu sungguh memilukan lagi,dadamu dibelah , hatimu dimamah dan dimamah Hindun kerana dendam di atas kematian ayahnya,bapa saudaranya dan abang kandungnya.

Dikunyah-kunyahnya jantung hatimu kemudian diluahkan kembali kerana kepanasan dan kepahitan hati itu.
Aduh.. Sedihnya hatiku terkenangkan sejarah hitammu itu. Telinga dan hidungmu juga dipotong Hindun semata-mata kerana dendam.

Wahai Sayyidina Hamzah,azabnya kematianmu, demi Islam yang kau junjung tinggi. Dirimu sanggup mati demi cintakan Nabi dan Ilahi. Menangis teresak-esak Nabi dan para sahabat melihat kematianmu yang sungguh menyayat hati itu.

Bagaikan disiat-siat hat ku menatap maqammu, begitu terbiar dan dibiarkan. Wahai Sayyidina Hamzah semuga berbahagialah dirimu di sisi Nabi dan Ilahi. Semuga rohmu di tempatkan di mahligai syurga yang nikmatnya berganda-ganda dan tiada penghujungnya.

Usah dirimu gusar dengan maqammu di dunia yang tidak dipedulikan kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
Semuga suatu masa nanti maqammu akan didirikan dengan
megah sekali. 

Apa pun daku cukup yakin , Tuhan tentu telah sediakan Mahligai emas intan permata pelbagai hiasan yang indah-indah khas untuk mu di dalam Syurga nun di sana. Tentu dirimu sedang bergembira bersama dengan bidadari-bidadari syurga. 

Allah tentu membalasi pengorbananmu dengan sebaik-baik pembalasan. Berbahagialah dirimu , wahai pembela agama Sayyidina Hamzah RA. 

Semuga rohmu dicucuri rahmat Ilahi. 
Al Fatihah buatmu wahai kekasih Allah.
Kenangan bersama Madinah Al- Munawwarah

No comments:

Post a Comment