Dosa fitnah lebih besar dari pembunuhan.
Kita sering mendengar istilah,
" fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan".
Fitnah
ertinya menuduh seseorang tanpa usul periksa keshahihan dan kebenaran
di atas apa yang dipertuduhkan.Sedangkan orang yang dituduh tidak pun
melakukan perbuatan yang dihebah-hebah kan itu.
Fitnah
iaitu menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, dengan tujuan
mencemarkan nama baik seseorang.Perbuatan tercela seperti ini, di larang
oleh Allah dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang
amat pedih.
Firman Allah dalam surah Al- Hujrat ayat 12 bermaksud,
"
Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhilah dari kebanyakkan sangkaan
kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa,dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang
dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain.
Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati.? .
Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati.? .
Sudah tentu kamu jijik kepadanya.Bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang".
Sebab
dan akibat daripada fitnah akan mengakibatkan korban yang sungguh
dahsyat.Bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib tetapi
boleh mengakibatkan lenyapnya sesuatu bangsa, atau pun jatuhnya sesebuah
negara, akibat korban fitnah.Boleh juga memporak-perandakan rumah
tangga seseorang suami isteri atau memutuskan tali persaudaraan antara
kaum keluarga juga hubungan bain antara sahabat handai.
Surah Hujrat ayat 6, yang membawa maksud,
"Wahai orang-orang yang beriman ! Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya.Sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".
Jauhkanlah
diri kita dari sifat suka memfitnah, mengumpat, mengadu domba,
berpuak-puak, mengata orang, mendedahkan keburukan orang, dan berbagai
perangai yang tidak baik .
Sebagai
manusia biasa, sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan
kesalahan. Oleh itu lebih baik kita memperbaiki hati kita masing-masing,
agar bersih, suci, murni dan puteh bercahaya dengan cahaya Nur Muhammad
SAW.,sambil memohon ampun dan bertaubat di atas dosa-dosa kita selama
ini
.
Tinggalkan
sifat suka mencari-cari kelemahan dan kesalahan orang lain,dan di
samping itu muhasabahlah akan kesalahan diri yang banyak bagaikan buih
di lautan itu,Janganlah jadi seperti kata peribahasa Melayu" Semut di
seberang lautan kelihatan, gajah dipelupuk mata tidak nampak".Maknanya
salah orang nampak, salah diri sendiri ditutup-tutupnya.
Tidak
ada manusia yang sempurna di dunia ini melainkan Nabi dan Rasul yang
(maksum).Juga guru Mursyid yang Allah pelihara ia dalam melakukan dosa
(mahfuz).
Fitnah dalam bahasa arab bermaksud ujian dan cubaan.
Adapun
dari segi istilah ulama adalah seperti yang didefinasikan oleh Jurjani
perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan
sesuatu".
Dalam
surah Al-Baqarah ayat 191 berbunyi " Wal fitnatu asyaddu minal qatli
ertinya, " dan fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan".
Dalam
surah Al-Baqarah ayat 217 berbunyi " Wal fitnatu akbaru minal qatli
ertinya fitnah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan."
Sanggupkah
kita di padang Mahsyar nanti merangkak-rangkak di padang yang luas
terbentang yang tiada penghujungnya, dengan matahari sejengkal dari atas
ubun-ubun kepala dalam keadaan bertelanjangbulat tanpa seurat benang
pun menutupi badan dan aurat kita, sementelahan pula terhimpit-himpit di
celah timbunan manusia yang di himpunkan untuk diadili dan mencari
orang yang kita fitnah untuk minta ampun di atas dosa-dosa kita
terhadapnya.
Sedangkan
di waktu itu pintu taubat sudah tertutup.Sehari perjalanan di akhirat
ibarat 1000 tahun umur dunia.Sanggupkah kita hadapi dan harungi suasana
yang sangat getir dan menyakitkan itu?
Jika
tidak sanggup bertaubatlah dan mohon ampunlah kepada orang yang kita
menfitnahnya.Jika tidak tanggunglah dosa dan pembalasan dari Allah
seazab-azabnya itu.Merangkaklah di padang Mahsyar sekian lamanya selagi
dosa tidak terampun.
Menyesal
di waktu itu tiada gunanya lagi. Menangis air mata darah sekali pun
kita tidak akan hidup kembali ke dunia yang fana ini.
Takutilah
akan kemurkaan Allah yang bersangatan terhadap penfitnah.Janganlah
menuduh dan menaburkan cerita dan berita yang belum pasti benarnya, jika
kita tidak ada bukti yang sah setiap apa yang hendak kita
perkatakan.Laporan palsu dan cerita palsu yang kita war-warkan terhadap
insan lain, kita akan terima habuannya di dalam Neraka Jahanam kelak,
jika kita tidak bertaubat.
Penfitnah adalah musuh Allah dan musuh Baginda Rasulullah.
Neraka
Jahanam selayaknya untuk mereka yang bersikap begini.Tidak takutkah
kita dengan ancaman Allah ini?.Sanggupkah kita menanggung azab yang
pedih semata-mata kepuasan hati dan nafsu kita dalam menjatuhkan nama
baik dan maruah seseorang di dunia ini?.
Jika
selama ini kita telah menfitnah seseorang tanpa usul periksa,
bertaubatlah sebelum terlambat.Menyesal dahulu berpendapatan, menyesal
kemudian tidak berguna lagi.Segala-galanya ibarat nasi sudah menjadi
bubur.Terlajak perahu boleh diundur akan tetapi terlajak kata-kata,
buruk padahnya.
Berdoalah
kita kepada Allah Taala agar kita tidak termasuk golongan orang yang
suka menebarkan fitnah dan pembawa fitnah.Sesungguhnya Allah itu Maha
Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.Allah itu Maha Baik lagi Maha
adil.Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan hamba Allah yang puteh
hati dari mazmumah.
.
Aamin Ya Allah.
Terbaik..
ReplyDeletesyukran :)
ReplyDeleteMohon share. The best.
ReplyDeletefitnah memang kejam
ReplyDeleteSaya di fitnah penyebab kejadian padahal langsung tidak benar..saya dipukul kerana membela kebenaran yg benar..perbuatan org yg memfitnah pula ditutup Saya pula yg jd punca..sedih Saya..anak2 jd mangsa..Saya tahu Allah uji sbb Allah dekat dgn kami anak beranak..semoga suami Saya Dan keluarganya diberi rahmat oleh Allah..
ReplyDelete