Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya. Jika ada apa-apa kemusykilan atau sebarang usulan hubungi 013-5107 313
Friday, 11 April 2014
Kebangkitan Islam Kali Ke 2
Benarkah- berlakunya Kebangkitan Islam kali 2- di akhir zaman?.
Samada kita percaya atau tidak bahawa Islam akan bangkit lagi sekali di akhir zaman, ianya PASTI akan berlaku kerana ini semua disebut dalam Al-Quran dan juga dalam hadis Baginda Rasul SAW.
Allah berfirman yang membawa maksud- (Tidak ada seorang pun dari ahli Kitab kecuali akan beriman kepadanya (Isa AS)) sebelum kematiannya dan di hari kiamat nanti ,Nabi Isa AS itu akan menjadi saksi terhadap mereka). (An-Nisa'-159) Rasulullah SAW bersabda maksudnya:- (Demi Allah! sungguh hampir tiba saatnya putera Maryam itu turun di tengah-tengah kalian sebagai seorang hakim yang adil).
Apa yang Baginda Rasul sabdakan pasti benar dan akan terjadi.Antara kebenaran kebangkitan Islam akhir zaman akan turunnya Nabi Isa Al-Masih. Kedatangan Nabi Isa AS ke bumi di akhir zaman adalah satu petanda besar alamat kiamat.
Nabi Isa AS tidaklah dibunuh (disalib) oleh orang-orang kafir di zamannya, Akan tetapi kisah sebenarnya yang disalib ialah Yahuza (Yudas Iskariot) iaitu seorang murid kepada Nabi Isa AS yang mengkhianati Nabi Isa AS.
Tuhan telah menukar wajahnya menyamai seperti wajah (rupa) Nabi Isa AS sebagai tipu helah dan satu muslihat kepada orang-orang kafir.
Nabi Isa Allah selamatkan dengan diangkatnya ke langit dan di tempatkan di suatu tempat yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Tidak ada yang mustahil bagi Allah.Kun kata Allah maka jadilah apa yang Allah kehendaki. Hal ini dibuktikan dalam surah An Nisa' ayat 158
Terdapat 4 orang nabi yang masih hidup (belum mati):-
1.Nabi Isa AS
2.Nabi Khidir AS
3.Nabi Idris AS
4.Nabi IIyas AS
Apa yang nabi sabdakan pasti benar dan akan terjadi.Antara kebenaran kebangkitan Islam akhir zaman akan turunnya Nabi Isa Al-masih . Turunnya Nabi Isa AS di akhir zaman bukanlah suatu berita khayalan, fantasi atau cerita lagenda.
Akan tetapi ianya adalah berita benar dan dibenarkan lagi melalui hujah-hujah dalam Al-Quran dan Hadis Nabi. Hal ini wajib diyakini oleh setiap muslim yang beriman kepada Allah dan Rasulullah serta yang beriman kepada alam ghaib.
Nabi Isa AS diturunkan semula ke dunia ini dengan membawa MISI dari Allah. Rasulullah bersabda- (Demi Allah, sungguh tiba saatnya Putera Maryam itu turun di tengah-tengah kalian sebagai seorang hakim yang adil.
Maka ia akan memecahkan salib, membunuh babi (Khinzir), menghapuskan jizyah/peti/cukai. Dan saat itu harta benda berhamburan, sampai-sampai tidak ada seorang pun yang bersedia menerimanya (harta pemberian).
(HR Bukhari Muslim)
MISI lain diturunkan Nabi Isa AS adalah untuk membunuh Dajjal Laknatullah(Maharaja Sihir Akhir Zaman). Sila baca blog yang lepas dalam tajuk ini.
Rasulullah bersabda maknanya- (Dajjal akan keluar ditengah-tengah umatku dan akan menetap selama 40.Salah seorang perawi berkata, aku tidak tahu apakah itu 40 hari,40 bulan atau 40 tahun.Maka Allah utuskan Isa AS putera Maryam.
Kemudian beliau mencarinya dan akan berhasil membinasakannya). Yakni membunuh Dajjal dengan tombaknya.
Kemunculan Nabi Isa Al Masih, bukanlah membawa syariat baru atau ajaran baru. Akan tetapi sebagai Imam Kaum Muslimin dan menjadi hakim yang adil seadil-adilnya,dengan erti kata Nabi Isa turun ke bumi sebagai khalifah bagi pihak Nabi Muhammad SAW .
Sebelum Nabi Isa turun , Allah zahirkan dahulu Imam Mahdi.Nabi Isa AS bergabung dengan Imam Mahdi membenteras kezaliman , membawa kemakmuran dan keadilan yang merata ke seluruh pelusuk dunia.
Nabi Allah Isa AS, akan turun ke bumi dan akan memerintah bumi menjalankan agama dan mengembangkannya dengan tiada mengubah syariat Nabi Muhammad walaupun satu alif.
Nabi Muhammad adalah Nabi akhir zaman.Tidak ada lagi nabi yang akhir melainkan Nabi Muhammad SAW.Nabi Muhammad SAW adalah penutup sekalian para nabi.
Tiada nabi lagi selepasnya.Al-Quran telah sempurna ditangannya sebagai Mukjizat Baginda yang sungguh hebat.
Nabi Isa AS datang bukanlah sebagai nabi kerana wahyu telah pun Allah sempurnakan sewaktu Nabi Muhammad SAW. Nabi Isa datang bukan untuk membawa hukum baru.
Akan tetapi kedatangannya ke bumi ibarat memerintah apa yang Khulafa-Ur Rasyidin bawa. Beliau hanya menyambung dan laksanakan apa yang ditinggalkan Nabi Muhammad dan para sahabat yang empat.
Siapa yang mendakwa dia adalah nabi selepas Nabi Muhammad SAW, maka hukumnya KAFIR. Tidak akan berlaku kiamat sekiranya belum ada orang yang mengaku dia nabi.Yakni Nabi palsu.
Bila Nabi Isa akan turun?. Apabila bumi cukup aman makmur dan adil. Apabila binatang serigala boleh berkawan dengan biri-biri.
Binatang liar pun jadi jinak. Binatang yang bisa pun akan tawar bisanya. Anjing dengan kucing pun boleh berbaik-baik. Kambing dengan serigala boleh berkawan baik. Kanak-kanak boleh bermain-main dengan ular di tepi-tepi jalan kerana ular tiada bisanya lagi. MasyaAllah...
Hebatnya keamanan, keadilan , kedamaian dan keindahan hidup di zaman itu.
Sekiranya kita umat Islam masih bertelagah, bergaduh lagi sesama kita hingga ke saat ini, masih lagi berlaku kes saman menyaman, fitnah memfitnah, saling jatuh menjatuhkan, talam 2 muka sesama sendiri, masih berhasad dengki sesama kita, tipu menipu, rasuah masih berlaku, peras ugut berleluasa, lahirnya anak-anak zina di sana sini setiap hari , bunuh, rompak, rogol, pecah amanah, sumbang muhram,dan pelbagai kek-kes jenayah lagi, maka nampaknya masalah ini akan tamat setelah turunnya Imam Mahdi danNabi Isa AS.
Waktu Nabi Isa turun, semua keadaan jadi aman, baik dan positif.
Orang kafir pun sudah tiada di waktu itu kerana Tuhan matikan mereka semuanya.
Babi pun habis dibunuh. Tidak tinggal walaupun seekor.bumi bersih dari najis jahiliyah, dari najis binatang keji (khinzir).
Babi adalah binatang yang sangat kotor dan jijik,bukti perangai kotor babi, dia makan tahi dia sendiri. Sebab itu Allah haramkan makan babi.
Sebab itulah Nabi Isa datang, babi-babi akan dibunuh semuanya kerana babi adalah salah satu faktor besar menjadi punca kejahatan manusia.
Di waktu itu arak, dadah, rokok dan sejenisnya, rasuah semua akan dimusnahkan. Nabi Isa AS lah yang menghapuskan segala kejahatan dan kebatilan ini.
Nabi Isa jugalah yang akan runtuhkan segala salib dan gereja-gereja, dan akan memecahkan segala berhala dan segala perbuatan mungkar.
Kata Nabi Isa AS, aku NABIYULLAH. Aku bukan anak tuhan.Tuhan tidak ada anak, tidak ada isteri, tidak ada Tuhan bapa,.Maha suci Tuhan dari berbilang-bilang.
Allah SWT Maha Esa.
Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tidak ada awal dan tidak ada akhir. Allah itu (WAHDAANIAH).
Allah tempat kita minta pertolongan dan tidak ada suatu pun yang serupa dengan Allah.
Allah bukan ada 3, Allah tidak ada anak, tidak ada bapa tidak ada emak.Ternafilah sifat 20 Allah itu wahdaaniah jika kita kata Allah itu 3 atau banyak.
Kenapa nabi Isa AS merosakkan benda-benda disebut tadi. Sebab benda itu lah punca yang membawa manusia jadi jahat dalam dunia ini.
Lawan Tuhan (ALLAH) secara terang-terangan. Bergolaknya dunia kerana agama yang Nabi Isa tidak redha.
Nabi Isa sendiri akan membuktikan bahawa dirinya tidak mati disalib dan agama yang sebenarnya ialah agama Islam.
Buktinya Nabi Isa akan muncul ke bumi ini untuk menghancurkan salib, gereja dan membunuh Khinzir yang Allah haram memakan dan menyentuhnya.
Semua kayu-kayu palang dalam gereja akan dimusnahkan olehnya..Sebagai bukti nabi Isa tidak mati disula .
Sekiranya Nabi Isa AS, terjumpa palang tersebut dibuat dari batu dipecah-pecahkannya, jika palang itu dibuat dari kayu akan dikerat-kerat dan dipatah-patahkannya.
Nabi Isa AS datang menjadi imam manusia di akhir zaman.Dia membawa cara sembahyang Nabi Muhammad SAW, zakat, haji semuanya cara syariat Nabi Muhammad.
Nabi Isa tidak membawa ajaran baru. Bahkan 100 peratus mengikut undang-undang Al Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW.
Apabila salib, gereja dan khinzir dimusnahkan maka bersihlah bumi ini dari kemungkaran dan kebatilan. Semua manusia akan mengEsakan Allah yang Maha Esa.
Udara bersih dan aman akan memenuhi bumi di waktu itu. Aman makmur dunia di waktu itu sehinggalah munculnya Fitnah Dajjal merosakkan iman-iman manusia di akhir zaman nanti . Fitnah Dajjal berleluasa di muka bumi di hujung-hujungnya.
Sila baca tajuk fitnah Dajjal diblog ini sebagai penerangan lebih detail.
Hanya Nabi Isa Al Masih sahaja yang mampu dan boleh membunuh Dajjal Laknatullah.Allah sudah taqdirkan begitu. Orang mukmin yang sebenar-benar takutkan Allah dan cinta Nabi sahaja yang akan terselamat dari Fitnah Dajjal.Wal'iyazubillah.
Benarlah Nabi Isa AS akan turun ke bumi di akhir zaman akan membawa keadilan dan kemakmuran yang melimpah ruah. Syariat Nabi Muhammad SAW akan dijunjung tinggi di zaman Nabi Isa AS ini.
Benarlah agama yang Nabi Muhammad SAW perjuangkan ini adalah agama yang HAQ dari Allah SWT.
Semoga kita semua hidup dan mati dalam berpegang teguh kepada agama Islam agama kebenaran dunia akhirat.
Amin Ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment