Monday, 28 April 2014

Menunggu Kemunculan-Pemimpin Ummah - Akhir Zaman

 

Ada orang kata Imam Mahdi dan Nabi Isa AS, hendak datang tidak payah di tunggu, sebab mereka pasti datang. Tidak tunggu pun memang mereka akan datang. Sudah janji Tuhan.Pasti berlaku juga walaupun kita tidak menunggu.

Menteri hendak datang ke tempat kita pun, siap kita bentang karpet mewah, permaidani merah, kuning,kadang-kadang siap main kompang lagi, ada bunga mangga , ada kalongan bunga lagi dan macam-macam persiapan lagi, inikan pula orang besar dunia akhirat hendak datang menyelamatkan dunia ini dari kemungkaran,tentulah kita dengan penuh harapan menunggu-nunggu kehadiran mereka berdua (Imam Mahdi Al-Muntazar dan Nabi Isa Al-Masih)

Tidak rugi satu sen pun kalau kita menunggu datangnya mereka. Semuga dengan berkat kita menunggu-nunggu kehadiran, kemunculan dan kezahiran mereka ini , kita dapat berkat, dapat tempias karamah Imam Mahdi dan mukjizat Nabi Isa AS yang sangat luar biasa itu. Semuga kita dapat menjadi pengikut-pengikut mereka dan berkat menunggu kedatangan kekasih Allah dan buah hati Rasulullah ini.

Imam Mahdi dan Nabi Isa AS adalah khalifah Allah , wakil Tuhan, wakil baginda Rasulullah SAW, wakil umat Islam sejagat yang Tuhan hantar ke bumi ini dengan membawa MISI yang sangat besar untuk selamatkan dunia ini dari kemungkaran kebatilan kepada kebenaran, kebaikan, kebajikan yang melimpah ruah. Apakah tidak perlu kita tunggu?.

Orang besar Allah hendak datang membawa yang ma'aruf mencegah kemungkaran , sepatutnya kita menunggu setiap saat, detik, minit, jam , hari, bulan, tahun , tidak sabar rasanya ingin bertemu dengan orang besar Tuhan dan buah hati , jantung hati baginda Rasul ini, kerana kedatangannya ke dunia ini membawa kemakmuran, kemenangan untuk Islam kezahirannya mereka menjadi penyelamat ummah kepada dunia dan seisinya. 

Kemunculannya mereka memusnahkan semua musuh-musuh Tuhan, para munafiq dan kafir harbi yang wajib diperangi .
Berita busyra untuk kita sebenarnya bagi seluruh umat Islam. Sepatutnya kita menunggu- nunggu.
Bila lagi!!! bila lagi!!! bila lagi!!! 
Pemimpin ummah ini hendak datang Ya Allah.

Dunia ini sudah semakin rosak binasa, punah ranah segala-galanya sudah hancur . Lagi lambat Imam Mahdi dan Nabi Isa datang lagi terbarai iman kita sebagai umat Islam. Musuh-musuh habis-habisan keronyok umat Islam di merata dunia. 


Dibunuh, disembelih hidup-hidup, didera, dipancung, dibakar, dibom sana sini,ditembak,dianiayai, dizalimi tanpa belas kasihan lagi, dirosakkan akal dan minda anak-anak muda belia (remaja) dengan pelbagai agenda yang melalaikan, samada dari segi pakaian, penampilan diri, hiburan-hiburan yang melupakan Tuhan, khayal dengan pelbagai jenis dadah dan suntikan yang seumpamanya. 

Pergaulan bebas yang luar batasan antara lelaki dan perempuan dan macam-macam agenda lagi yang semuanya merosakkan akal dan hati umat Islam.

Siapakah yang mampu menghalang budaya kuning ini menular ke tengah-tengah masyarakat umat Islam kini?. Kita tidak mampu bahkan diri kita dan keluarga kita pun hampir-hampir tewas dengan agenda musuh-musuh Islam ini. Betapalah kita hendak selamatkan iman orang lain. 

Hanya pemimpin ummah sahajalah yang mampu lakukan ini semua. Hanya Imam Mahdi dan Nabi Isa sahaja yang diberi pengikhtirafan oleh Allah untuk menyelamatkan dunia ini daripada kehancuran dan kezaliman.

Sebelum berlakunya kiamat yang sebenar-benarnya kiamat, Islam mesti bangkit lagi sekali di tangan Imamul ummah ini. Islam akan menjadi gergasi dunia buat kali ke2 ditangan pemimpin ummah ini.
Betapa besarnya peranan mereka berdua(Imam Mahdi dan Nabi Isa) terhadap dunia Islam akhir zaman. 

Pemimpin sebesar ini, sehebat ini dan membawa peranan yang sungguh besar di akhir zaman untuk menyelamatkan iman di hati-hati manusia akhir zaman tidak perlu kita tunggu?.

Secara jujur saya katakan pemimpin sebesar ini pasti datang dan berbahagialah bagi umat Islam yang menunggu-nunggu kedatangan mereka ini . 

Semoga dengan berkat sebuah penantian yang tiada penghujungnya, menunggu dan terus menunggu. Semuga kita terselamat dari dipancung oleh Imam Mahadi Al- Muntazar dan terselamat dari diperangi oleh Nabi Isa Al-Masih.

Rindunya ingin melihat dunia ini aman makmur , damai, meriah, tiada persengketaan, permusuhan masing-masing saling berkasih sayang antara satu sama lain bagaikan seibu sebapa walaupun tiada pertalian darah daging, hanya yang ada ikatan silaturrahim antara sesama Islam atas nama Tuhan , atas nama Rasul dan Islam. 

Bilakah agaknya saat-saat indah ini akan berlaku wahai Tuhan. Sampai bilakah penantian demi penantian yang harus kami tunggu, wahai Tuhan kami?. Datanglah segera wahai Tuhan kami!!.. Penyelamat Ummah kali ke2 untuk gemilangnya Islam dimuka bumi akhir zaman ini.
Tidak tunggu ertinya tidak rindu.Kalau rindu pasti tertunggu-tunggu akan kehadirannya. Kalau kita tidak menunggu-nunggu kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa AS, seolah-olah kita tidak hairan pun pada mereka yang hendak datang membawa keadilan, seolah-olah kita tidak kisah pun pada orang besar Tuhan ini, sedangkan kita hendak dapat anak atau cucu terutama anak atau cucu sulung, kita beria benar menunggu-nunggu isteri atau menantu, melahirkan anaknya, setelah 9 bulan 10 hari mengandungkan anak itu. 

Itu bukti sayang, menanti-nanti bilalah isteri atau menantu hendak bersalin , bilalah sibayi hendak lahir ke dunia ini. harap-harap selamatlah si ibu dan si anak. Harap-harap lahirlah sesegeranya cahayahati itu. 

Itulah antara harapan dan munajat kita, dengan riang ria kita menunggu-menunggu anak atau cucu buah hati pengarang jantung, kita agar dilahirkan ke dunia ini.

Tapi pelik... kenapa bila orang besar Tuhan, kecintaan baginda Rasulullah hendak datang , hendak zahir ke dunia ini kita kata tidak payah tunggu-tunggulah , mereka pasti datang bila tiba masanya.
Macam kita kata pada isteri kita, " minah!... tak payahlah kita tunggu anak kita nak lahir ke dunia ni, nanti sampai masa dia akan lahir juga". 

Ada ke... seorang suami akan kata begini pada isterinya yang menunggu-nunggu dengan penuh harap agar lahirnya cahayamata , cahayahati kedunia ini? Jika ada!!...suami atau ayah begini, maknanya suami atau ayah yang tidak cukup cerdik namanya.

Lagilah soal Imam Mahdi dan Nabi Isa, bukan bayi yang hendak dizahirkan ke dunia ini tetapi Khalifah Allah , orang besar dunia Islam buat kali ke 2 yang hendak zahir untuk menyapu bersih bumi ini, hendak menyamak bumi ini dari kekotoran , kebatilan, kajahatan, kemungkaran musuh-musuh Allah lebih-lebih lagi hendak menyapu bersih Fitnah Dajjal Laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Supaya bumi ini aman makmur dari kegelapan iman dan Islam. Jika kita tidak menunggu-nunggu kehadiran mereka ini, apa kata mereka tiba-tiba muncul, tentu mereka tidak kenal kita dan tidak pedulikan kita , sebab kita tidak tunggu-tunggu mereka ertinya kita tidak rindu, tidak cinta, tidak kisahkan kedatangan mereka. Kalau kita kisahkan , cintakan, rindukan mereka sudah tentu kita menghitung hari , menunggu-nunggu ketibaan mereka dengan penuh kerinduan dan persiapan lahir batin. Itu tanda dan bukti sayang namanya.

Jika pemimpin ummah ini muncul dan tidak mengaku kita para pengikut-pengikutnya (jika kita panjang umur) apa nasib kita? Sudah tentulah kita akan dipancung, akan diburu, akan diperangi bahkan lebih dahsyat lagi wal'iyazubillah, kita akan tergolong ke dalam golongan kuncu-kuncu Dajjal Laknatullah. Secara automatik sebenarnya kita akan menjadi musuh Tuhan,musuh Nabi, musuh Imam Mahdi , musuh Nabi Isa AS dan musuh Islam.

Cemaslah dengan apa yang diperkatakan ini kerana penentu masa hadapan kita apabila pemimpin ummah zahir, adalah sejauh mana kita menunggu-nunggu ketibaan mereka sebagai bukti kita rindu , cinta dan akui kezahiran mereka ke muka bumi ini. 

Kita bolehlah tepuk dada tanya hati masing-masing selepas ini. Apakah mahu tergolong ke dalam golongan orang yang menunggu atau santai-santai sahaja, kita dengan hal kita, datang ke... tidak datang ke... pemimpin ummah kita tidak kisah pun, yang penting kita dengan dunia kita.

Alangkah ruginya kita dilahirkan sebagai umat Islam tetapi tidak bangga dengan kemunculan pemimpin Islam yang akan mendaulatkan kalimah Allah dan Islam buat kali kedua tidak lama lagi. Sia-sia sajalah kita menjadi umat Islam di akhir zaman ini, jika tidak menanti kekasih Allah bagaikan umat dahulu menanti-nanti lahirnya Ahmad bin Abdullah (Nabi Muhammad) dilahirkan oleh ibunya Siti Aminah.

Bukankah kelahiran Nabi Muhammad amat ditunggu-tunggu termasuklah pendeta-pendeta di waktu itu, yang tahu akan kedatangan Nabi Muhammad akan membawa kebenaran cahaya pada umat manusia, yang di nyatakan dalam kitab-kitab Injil, Taurat, Zabur di waktu itu?.

Bila lahir saja Nabi ke dunia ini, bergembiralah sekalian alam," Muhammad sudah lahir!!! Muhammad sudah lahir" justeru itu terpadamlah api sembahan Majusi waktu itu. Bahawa pemimpin kebenaran bertaraf Nabi dan Rasul, penutup sekalian Nabi dan Rasul sudah lahir ke dunia ini.

Tidakkah kita juga di akhir zaman ini gembira dan menunggu-menunggu kemunculan pemimpin ummah sebagai wakil baginda Rasulullah untuk daulatkan Islam sekali lagi?. Alangkah ruginya menjadi umat Islam jika tidak gembira dengan janji Allah yang pasti berlaku ini nanti.

Alangkah ruginya menjadi umat Islam jika akhirnya dipancung oleh Imam Mahdi dan pengikut-pengikutnya. Ya Allah ... Bukalah hati-hati kami agar kami menjadi orang yang merindui kedatangan pemimpin ummah di akhir zaman dan anegerahkanlah kami hati yang mencintai wakil Mu ini.

Amin Ya Allah.


Istidraj-Tanda Kemurkaan Tuhan





Ada orang... kaya, senang, mewah, sehat, apa yang dihajati tertunai semuanya,rumah besar,isteri cantik atau suami hemsem,anak-anak comel-molek , pangkat tinggi, kereta menjalar, bisnes maju dan hidup sebagai seorang hartawan, jutawan (millionaire,billionaire) dan segalanya ada.

Sedangkan orang ini kafir tidak sembah Tuhan yang Maha Esa. Dia bukan muslim tapi dapat semua yang diisebut di atas, atau dia muslim tetapi durhaka pada Allah. 

Mungkin ada orang kata "aku tak sembahyang, tak sembah Tuhan pun, minum arak, main judi, kaki perempuan, dedah aurat,enjoy sana sini dan macam-macam kejahatan aku lakukan, tapi aku tetap kaya raya, tetap sehat, segar- bugar, tetap aman damai dan macam-macam lagi...".

Kenapa dan mengapa ini terjadi??? kerana dunia ini syurga bagi orang-orang kafir dan pendurhaka-pendurhaka kepada Tuhan. Tuhan beri semua apa yang hamba-hambaNya mahu walaupun kafir atau durhaka,kerana Allah itu Tuhan Maha Kaya, Maha Hebat, Maha Adil dan Maha Segala Maha. Tuhan boleh kayakan sesiapa sahaja yang Dia mahu walaupun orang itu Kafir , tidak menyembahNya. 

Lihat!!!apa yang berlaku pada Qarun (sejarah silam). Untuk kita ambik pengajaran darinya. Walaupun dia kafir yang sangat bongkak,tetapi Allah izinkan dia kaya raya. 

Akan tetapi ketahuilah bahawa hujung-hujung hidupnya bukankah ditelan bumi sekali dengan harta-hartanya ( Qarun ) dan anak-anak kunci gedung kekayaannya?,di sinilah buktinya Allah boleh beri kekayaan , harta yang melimpah ruah, tetapi bagaimana nasib kematiannya?. Bagaimana keadaannya dalam kubur?. Bagaimana ia di alam Barzakh?. Bagaimana dirinya di Padang Mahsyar?. Bagaimana Qarun dalam neraka?. Aduh... ngerinya , azabnya. Mohon ampun Ya Allah.

Dalam Al-Quran Allah berfirman yang membawa maksud:- "Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi .Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia (Qarun) tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.

Tuhan itu Maha Pemurah , walaupun pada hamba-hambaNya yang menyegutukanNya. Dia tetap beri segala keperluan hamba-hambaNya itu kerana atas sifat Ar-Rahman dan Ar- RahimNya Dia (Allah).

Tidak sedikit pun kekayaan Allah itu berkurang walaupun seisi dunia Allah beri rezeki kepada hamba-hambaNya. Maha Suci Allah dari segala kekurangan. Allah tidak akan miskin, tidak akan susah sekalipun Allah beri semua harta-harta kepada makhluk ciptaanNya.

Allah tetaplah Maha Kaya Raya dan tidak terjejas walaupun sedikit. Begitulah Maha Hebatnya Zat Allah yang Maha Agung lagi Maha Perkasa.

Walaupun hamba-hambaNya itu tidak menyembahNya, tidak mengEsakanNya, namun Allah tetap membuka pintu rezeki seseorang itu, tetap Allah beri nikmat kekayaan dan kesihatan dan lain-lain lagi. 

Ini buktinya Allah itu Maha Kaya. Dia mampu memberi rezeki dan nikmat yang melimpah ruah kepada semua makhluk ciptaanNya di dunia ini, walaupun ulat dalam batu sekalipun boleh hidup dengan rezeki yang Allah sediakan.

Allah beri kerana Allah itu sifatNya Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Maha Kaya, Maha Berkuasa. Namun apa yang Allah beri pada hamba-hambaNya yang durhaka dan syirik serta menyegutukanNya adalah secara (ISTIDRAJ) namanya. Yakni Allah beri tetapi cara (MURKA). 

Allah beri apa sahaja yang dihajati oleh hamba-hambaNya walaupun hamba-hambaNya tidak menyembahNya dan tidak beriman kepadaNya. Akan tetapi ingat!!... Dunia ini syurga bagi orang kafir dan penjara bagi mukmin.

Di dunia apa yang orang-orang kafir mahu, Allah beri pada mereka, tetapi di hari pembalasan mereka akan menerima pembalasan setimpal dengan bongkak dan sombongnya mereka kerana tidak mahu beriman kepada Allah dan RasulNya. Juga tidak mahu bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka.

Makin kaya makin sombong, makin kedekut, makin berkira-kira, makin besar diri, makin rasa diri mampu, rasa berkuasa, rasa hebat, rasa dunia dia yang punya, makin jauh dari cahaya kebenaran, makin jauh dari Allah dan Rasulullah, makin rasa diri mulia dan macam-macam rasa yang boleh merosakkan hati sebagai seorang hamba. Inilah yang dikatakan dapat nikmat tetapi semuanya Istidraj dari Allah. 

Allah akan benamkan mereka ini ke dalam neraka jahanam yang paling ngeri, paling dalam, paling dahsyat kepanasan api nerakanya, paling berbisa kala jengking, ular, lipan dan lain-lain binatang lagi untuk menyeksa hamba-hambaNya yang durhaka padaNya sewaktu di dunia samada kafir atau Islam tapi Islam yang a'asy (durhaka) pada Allah.

Islam hanya kerana baka (keturunan) sedangkan tidak mahu sembahyang, tidak mahu tutup aurat, tidak mahu menjaga syariat, hukum hakam Allah diperlecehkan, tidak mahu mengeluarkan zakat , tidak mahu membesarkan Allah dan memuliakan Baginda Rasulullah SAW.

Semuanya Allah akan adili dengan seadil-adilnya. Di waktu itu akhirat bagaikan penjara bagi orang-orang kafir dan orang Islam yang durhaka pada Allah.

Sedangkan di waktu inilah syurga yang kekal abadi bagi orang-orang mukmin, muttaqin,muqarrabin yang sentiasa menyembah Allah, membesarkan Allah melalui shalatnya, puasanya, zakatnya, haji umrahnya, sedekah amal jariahnya dan lain-lain kebaikan serta kebajikan yang dilakukannya sewaktu hidup di dunia dahulu.

Orang-orang yang bertaqwa, beriman akan mendapat ganjaran sebesar-besar ganjaran nikmat syurga di sisi Allah di hari kiamat walaupun di dunia mereka hidup susah, miskin. Menderita, sakit dan lain-lain ujian.

Di dunia penjara bagi mereka ini namun di akhirat syurga bagi mereka. Syurga yang kekal dan abadi buat selama-lamanya.Inilah yang dikatakan keadilan Allah.

Allah berfirman yang membawa maksud:- "Negeri akhirat itu Kami jadikan bagi orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di bumi.Dan kesudahan yang baik itu bagi orang-orang yang bertaqwa. Surah Al-Qasas :76-83 

Di dunia orang Islam yang beriman kepada Allah dan Rasulnya dilarang keras (diharamkan)minum arak dan lain-lain lagi yang melanggar hukum hakam Allah , semua yang halal bagi orang kafir , haram bagi umat Islam yang mukmin, namun di akhirat dalam syurga nanti arak pun halal bagi penghuni syurga bahkan lagi lazat, tidak memabukkan, lagi enak berganda-ganda. 
 Lagi minum arak lagi lazat setiap teguk diminum setiap teguk rasa lazat yang amat menghiburkan.  

Tidak rugi kita hamba-hamba Allah mengekang nafsu untuk melakukan kejahatan yang Allah haramkan di dunia ini kerana di akhirat akan di beri ganjaran yang setimpal berganda-ganda.
Alangkah ruginya kaum kafir, musyrikin dan orang-orang Islam yang durhaka kepada Allah kerana mereka akan menerima nasib yang amat buruk di alam sana bahkan akan dibakar, direbus, disiram dengan logam panas melecur kulit diganti kulit baru dijirus lagi dengan logam panas yang mengelegak mendidih berasap-asap terlalu panas, bahkan di bakar dengan api neraka yang teramat panas sehingga api dari merah jadi hitam, dari hitam jadi biru dari biru jadi putih, itulah sepanas-panas api neraka jahanam.

Ya Allah, lindungilah kami yang berdosa dan amat kerdil ini dari bakaran api nerakaMu dan hindarkanlah kami dari dihumban terjun ke dalam neraka jahanamMu. 

Tidak mampu kami menanggung azab yang pedih itu, Ya Allah!!!. Ampunkanlah kami, taubatkanlah kami semuga kami kembali kepangkuanMu dalam membawa hati yang sejahtera (Qalbun Saliim).

Begitulah kisahnya orang-orang yang diberi Istidraj di dunia, di akhirat mereka akan MUFLIS semuflis-muflis manusia walaupun di dunia mereka kaya raya dan mewah semewah-mewahnya. Namun harta kekayaan segala yang mereka perolehi akan membakar mereka di dalam neraka jahanam yang kekal lagi abadi. Ampun Ya Allah.

Janganlah kami mendapat kesenangan, kemewahan, kekayaan hasil dari ISTIDRAJ dariMu Ya Allah. Anugerahkanlah kami rezeki yang halal, nikmat dunia yang Engkau redhai serta yang berkat walaupun sedikit cuma .

Keberkatan hidup, keredhaanMu dan keredhaan NabiMu itu lebih kami pohonkan Ya Allah. Semuga dengan keberkatan dan keredhaan ini kami menjadi hamba-hambaMu yang bersyukur dan sentiasa bartaubat kepadaMu Ya Allah. Semuga hidup dan mati kami dalam kebenaran yang Engkau janjikan . Amin Ya Rabbal A'alamin.

 http://umusayyidah.blogspot.com/p/rawatan-alternatif-islam-nuril-anwar.html?m=1

Raudhatul Jannah-Taman/kebun syurga




Raudhah Oh Raudhah. Sungguh setia engkau menemani maqam Nabi, yang jasad Baginda sesungguhnya tidak hancur dan tidak reput ditelan zaman. Sesungguhnya roh Baginda itu hidup di sisi Tuhannya.

Wanginya maqam Nabi bergabung dengan harumanmu Raudhah, oh wangi semerbak,wangi haruman kasturi yang kekal hinggalah ke hari kiamat.Jasa pengorbananmu wahai Raudhah Oh Raudhah, amat mencuit hati sesiapa sahaja yang berada di dalamnya.

Raudhah Oh Raudhah. Bertuahnya dikau, Allah pilih berada di sisi Nabi. Keberadaanmu di sisi maqam Nabi ternyata ianya menjadi penyeri pada maqam Nabi dan maqam 2 sahabat yang sangat dicintai Allah dan Rasulnya. Kesetiaanmu menjadi peneman kepada maqam Nabi,sangat dibanggakan Allah dan Rasulullah juga seluruh umat Islam sedunia.

Kemuliaanmu wahai Raudhatul Jannah (Taman atau kebun syurga) Dikhabarkan Baginda Rasul,dari Abi Said Al-Khudri Sabda Nabi, "Tempat di antara maqamku dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) di antara beberapa kebun syurga"
Raudhah tempatnya bersebelahan dengan Masjid Nabawi. 

Antara rumah Nabi dengan mimbar. Raudhah sangat istemewa kerana setiap doa yang dipanjatkan di sini akan dimakbulkan Allah.Doa mustajab dan tidak ditolak oleh Allah Taala.

Berada dalam kawasan Raudhah hati lapang, tenang,kerana secara automatik suasananya sangat meleraikan segala kekusutan, kebuntuan, tekanan jiwa serta suasananya amat nyaman menusuk ke jantung kalbu. Oh indahnya berada di sisimu wahai Raudhah Oh Raudhah.

Haruman bau-bauanmu bergabung dengan bau-bauan yang mewangi Baginda Rasulullah dan maqam Nabi sangat memberi ketenangan yang sungguh mendalam pada hati dan perasaan sesiapa sahaja yang berada di dalamnya.

Ibadah di dalamnya sangat menghadirkan rasa khusyuk yang mencengkam di sanubari. Hati bagaikan disiat-siat, dicarik-carik, dirobek-robek,diremokredamkan, dihancurluluhkan, dipecah-pecahkan ,rasa sayu,rasa pilu dan bermacam-macam rasa apabila mengenangkan baginda Rasul yang sangat berkorban untuk agama Allah dan untuk umatnya.

Terbayang di ruangan mata hati, betapa baiknya Allah mengutuskan seorang Nabi yang sangat mencintai, menyayangi,mengasihi umatnya, juga terbayang di ruangan hati betapa Rasulullah sanggup bermati-matian untuk membawa kebenaran dari Allah, demi mengajak umatnya beriman kepada Allah dan Rasulnya.

Tempat Raudhah tidak pernah sepi, tempat yang paling afdhal memanjat doa dan memohon hajat di hati. Apa sahaja hajat dimohon di Raudhah insyaAllah semuanya Allah yang Maha Mendengar akan mendengariNya dan akan dikabulkan doa-doa munajat tersebut.




Barangsiapa yang tidak tertunai hajatnya, kunjungilah Raudhah dan berdoalah di dalamnya dengan sepenuh hati.InsyaAllah doa akan dikabulkan Tuhan.

Raudhah adalah taman syurga, di mana ianya sebagai tempat Allah menurunkan rahmat dan kasih sayangNya . Kawasan karpet hijau.(Kawasan raudhah). Adalah kawasan yang Rasulullah amat cintai.

Raudhah merupakan tempat Rasulullah beribadah sepanjang malam dan sepanjang umur hidupnya. Tempat Baginda memimpin shalat bersama para sahabat dan umat Islam, tempat Baginda menerima wahyu. Juga menerima titah perintah dari Allah melalui Malaikat Jibril sebagai utusan Allah.

Sabda Rasulullah SAW, "Antara mimbarku dan rumahku merupakan taman dari taman-taman syurga" H.R Al Bukhari dan Muslim.

Ibnu Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situlah tempat seharusnya diperbanyakkan doa, kerana doa sangat Mustajab.

Maqam Rasulullah disebuah kawasan kubah hijau dalam kawasan Raudhah. Terdapat juga maqam Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Sayyidina Umar Al-Khattab.

Mereka berdua adalah orang yang sentiasa menemani Rasulullah sedari hidupnya hinggalah wafatnya Baginda Rasul. Suka duka bersama, susah senang bersama, senyum tawa, menangis pun bersama. Begitulah betapa setianya para sahabat kepada Baginda Rasul tercinta.

Nabi bersabda, "Di antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah.(Taman) antara taman-taman syurga.dan mimbarku berada pada telagaku (di syurga)". H.R bukhari.


Begitu istemewanya Raudhah yang sentiasa menemani Nabi dan 2 para sahabat yang Nabi cintai. Berada di dalamnya (Raudhah) amat terasa akan betapa dekatnya hubungan hati dengan Baginda Rasul juga para sahabatnya.

Berpusu-pusu, berbondong-bondong umat Islam mengambil keberkatan untuk memijakkan kaki ke Raudhah, di kawasan karpet hijau di dalam Masjid Nabawi. Shalat di dalamnya sangat memberi 1001 rasa yang sukar untuk dilafazkan oleh bahasa mulut , kerana bahasa hati sahajalah yang mampu mengungkapkan betapa terharunya, sebaknya, sayunya, pilunya, hibanya hati ini ketika berada di Raudhah dan kawasan sekitarnya.

Umat manusia setiap hari memenuhi ruangan berkat dan istimewanya ini. Tidak pernah lengang dari dikunjungi oleh umat Islam seluruh dunia.

Semoga berbahagialah sesiapa sahaja yang direzekikan dan diberi peluang oleh Allah Taala untuk melepaskan rindu di hati kepada kekasih Allah dengan memijakkan kaki di Raudhah dan maqam Nabi dalam Masjid Nabawi.

Semoga Raudhah, maqam Nabi, Maqam 2 sahabat karib Baginda Rasul, Kubah Hijau, masjid Nabawi menjadi saksi di akhirat kelak di hadapan Allah bahawa kita semua pernah memuliakan tempat yang sungguh istemewa dan bersejarah itu.

Semoga dengan berkat mengunjunginya kita juga akan memperolehi pandangan rahmat dan kasih sayang dari Allah seumur hidup kita. 

Semoga kita juga direzekikan layak untuk mendapat syafaa'atul kubra dari Baginda Rasul di hari perhitungan nanti. Jesteru itu terselamatkan kita dari terjun ke dalam neraka Allah yang amat dahsyat dan mengerikan itu. 

Wahai Raudhah Oh Raudhah. Rindunya diriku untuk memijakkan kakiku ke Raudhahmu buat kesekian kalinya. Semoga diizinkan Allah suatu masa nanti kita bertemu lagi.
Amin Ya Allah.

SIAPAKAH DIA AL-HUMARA' SI MERAH JAMBU?.




Dirimu adalah puteri jelita Abu Quhafah(Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq) dan ibumu Ummu Rumman yang Baginda Rasul pernah bersabda:- "Barangsiapa yang hendak melihat bidadari yang cantik,pandanglah Ummu Rumman"

Ibumu seorang penghuni syurga dan juga seorang wanita yang cerdik dan berjiwa besar serta dari keturunan bangsawan Quraisy. Kecerdikan ibu dan ayahmu telah diwarisi oleh mu wahai Sayyidatina Sayyidatina Aisyah.

Watakmu seorang yang berani , lincah, aktif,tegas tapi lunak , tangkas,zuhud, kuat ibadah, fasih berbicara,sangat bijak dan bernas dalam mengeluarkan pendapat dan pandangan.
Dirimu salah seorang yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Baginda Rasulullah SAW. Seorang wanita yang sangat kuat ingatan dan sangat jujur orangnya.

Keistemewaanmu wahai Sayyidatina Aisyah (Ummul mukminin) sangat diakui oleh Allah, melalui perutusan wahyu yang dikhabarkan oleh Malaikat Jibril bahawa dirimu wahai Sayyidatina Aisyah RA, adalah isteri Baginda Rasul dunia akhirat.

Kecerdasan mu dan kekuatan akalmu dalam menghafal Al-Quran dan hadis-hadis Nabi, serta kefahaman yang amat tinggi terhadap selok belok hukum hakam Islam, atas dasar inilah Baginda Rasulullah menyuruh para sahabat dan umat Islam lainnya mengambil pelajaran daripada isterinya, Sayyidatina Aisyah RA , melalui sabda baginda yang bermaksud:- "Ambillah sebahagian agamamu dari Humaira' ini...".



Pesan Baginda Rasulullah ini menunjukkan kepada kita bahawa tidak salah ingin menuntut atau menimba ilmu dengan seorang wanita yang diakui akan ketajaman ilmu dan mindanya.Bahkan Nabi pun membenarkannya dan bersetuju akan hal ini. Engkau adalah penghuni syurga. 

Allah sangat memuliakanmu dan penuh penghormatan ke atasmu. Engkau adalah isteri Nabi yang paling menghiburkan Baginda Rasul dan isteri Nabi yang paling faham tugas dan peranan seorang Nabi. Engkau adalah sumber inspirasi bagi seorang suami yang bergelar seorang Nabi.

Dirimu dilahirkan 11 atau 12 tahun sebelum Hijrah. Atau ada yang mengatakan kelahiranmu 1 atau 4 tahun sesudah Nabi diutus menjadi Rasulullah SAW.Dikau menjadi isteri Nabi ketika usia 9 tahun lebih (belum genap 10 tahun).

Kulitmu kemerah-merahan dan digelar oleh Baginda Rasul (Humaira' yakni warna merah jambu). Tubuhmu langsing, ramping dan tinggi.Dirimu memeluk Islam sewaktu kecil lagi, ada ahli sejarah mengatakan dirimu masuk Islam sewaktu umat Islam baru 18 orang ketika itu. 

2 tahun selepas wafatnya Sayyidatina siti Khadijah Al-Kubra, turunlah wahyu kepada Baginda Rasul untuk menikahi dirimu.Begitu sekali Tuhan memilihmu sebagai pendamping kepada kekasihNya .

Suatu hari sebelum Nabi menikahimu Nabi berkata kepadamu dengan disaksikan oleh ibu ayahmu , "aku (Rasulullah) melihatmu (Sayyidatina Aisyah RA) dalam tidurku 3 malam berturut2, Malaikat mendatangiku dengan membawa gambarmu pada selembar sutra seraya berkata "ini adalah isterimu". Ketika aku membuka tabir itu maka nampaklah aku akan wajahmu. Kemudian aku berkata kepadanya (Malaikat) "jika ini benar dari Allah, nescaya akan terlaksana".

Mendengar akan khabar busyra ini gembiralah hati S.Abu Bakar As-Siddiq, isterinya juga dirimu wahai Aisyah RA, lalu berlakulah pertunangan antara Nabi dan dirimu wahai ummul mukminin . Setelah berlangsungnya pertunangan itu maka Nabi terus berhijrah ke Madinah beserta para sahabat.

Setelah baginda menetap di Madinah, baginda mengutuskan wakilnya menjemputmu untuk datang ke Madinah. Lalu dinikahinya dirimu sebagaimana yang Allah mahu dengan mas kahwin 500 dirham.

Baginda Rasulullah sangat menyayangimu kerana terlalu banyak keistemewaannya, sehinggakan dalam bilik Sayyidatina Aisyah yang berdampingan dengan Masjid Nabawi banyak kali turunnya wahyu. Keistemewaan ini tidak berlaku kepada mana-mana para isteri Nabi yang lain.

Di dalam hadis dikatakan "cinta pertama yang terjadi di dalam Islam adalah cintanya Baginda Nabi SAW kepada Sayyidatina Aisyah RA". HR Anas bin Malik.

Satu hari ada seseorang menghina Sayyidatina Aisyah didepan Ammar bin Yasir sehingga Ammar beri teguran dan amaran kepada orang itu "sesungguhnya celaka kamu!!...kamu telah menyakiti hati isteri kecintaan Nabi SAW". (H.R. At-Tirmidzi).

Ketika Sayyidatina Aisyah RA wafat , Ummu Salamah berkata "Demi Allah SWT , dia (Sayyidatina Aisyah) adalah manusia yang paling Rasulullah SAW, cintai selain ayahnya Sayyidina Abu Bakar RA".

Saudah bin zuma'ah antara isteri Nabi yang paling faham keutamaan-keutamaan Nabi dan Sayyidatina Aisyah,.beliau banyak merelakan giliran malamnya bersama Nabi dihadiahkan kepada Sayyidatina Aisyah RA,yang penting pada Sayyidatina Saudah biarlah dia terus menjadi isteri Nabi hingga akhir hayatnya.

Baginda Rasulullah SAW, wafat di pangkuanmu wahai sayyidatina Aisyah. Itulah antara kelebihan dan keistemewaanmu wahai Ummul Mukminin. Sewaktu Nabi sakit , dirimulah yang merawat dan menjaga Nabi hingga Nabi menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas ribaanmu.

Dalam kamarmu Baginda sakit dan di kamarmu jugalah baginda wafat bahkan di kamarmulah Baginda Rasul dimaqam kan.
Suatu hari Ummul Mukminin tertidur dalam tidurnya ia nampak tiga buah bulan jatuh ke kamarnya. 

Ketika ia mengkhabarkan hal ini kepada Sayyidina Abu Bakar, maka Sayyidina Abu Bakar berkata " jika yang engkau lihat itu benar, maka di rumahmu (di kamarmu) akan dikuburkan lagi 3 orang yang paling mulia di muka bumi ini.

Ketika Rasulullah SAW, wafat , Sayyidina Abu Bakar berkata" beliau(Rasulullah) adalah orang yang paling mulia antara 3 bulan itu".ternyata Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar Al-Faruq di maqamkan dikamar Ummulmukminin ini, bersebelahan dengan maqam Baginda Rasul.

Setelah wafatnya Baginda Rasul, ujian berat dilalui oleh Ummul Mukminin ini kerana fitnah terlalu besar terhadapnya. Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah sangat redha dengan ketentuan Allah ini, beliau hadapi tohmahan dan ujian ini dengan hati yang sabar dan tenang sekali. Dirimu banyak berdiam diri di dalam rumah dan sangat taat kepada Allah.

Rumah atau kamar Sayyidatina Aisyah sentiasa dikunjungi para sahabat dan umat Islam dari segala penjuru.

Tujuannya ialah:- 
1. Untuk menziarahi maqam. Nabi. 
 2. Untuk menimba ilmu . 

Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah RA adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah SAW. Wahyu pun banyak turun waktu ia sebilik dengan Rasulullah SAW. Ia memperolehi ilmu langsung dari Baginda Rasulullah SAW..

Wanita yang paling banyak menghafal hadis-hadis Nabi,sehinggakan para ahli hadis menempatkannya(S.Aisyah) pada urutan ke5 dari para penghafal hadis. Setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas bin Malik, dan Ibnu Abbas.

Sayyidaitina Aisyah hidupnya penuh dengan jihad di jalan Allah. Kuat ibadahmu dan sangat zuhud kehidupanmu. Wafat pada usia 66 tahun, bertepatan bulan Ramadhan tahun ke 58 H.Dimaqamkan di tanah perkuburan Baqi.

Al-Fatehah buatmu ibu kepada seluruh orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul yakni Sayyidatina Aisyah RA. 

Semoga dengan berkat menyebut-yebut namamu dan membaca sejarahmu wahai Sayyidatina Aisyah ,bertambahlah kasih, cinta kami kepadamu.Justeru itu layaklah kami untuk memperolehi kasih sayang Baginda Rasul dengan menyintai orang yang Nabi cintai. 

Amin Ya Allah.

Thursday, 24 April 2014

Wajahmu -Allah-Muliakan (S.Ali KWJ)







Sungguh bertuahnya dirimu wahai pahlawan segala pahlawan.Wajahmu Allah muliakan dengan panggilan (Karramallahu Wajhah). 

Kerana dirimu tidak pernah menyembah berhala walaupun satu lahzah. Dirimu tidak pernah dikotori oleh alam jahiliah walaupun sekelumit jua.

Dikau dari keturunan Bani Hasyim, dilahirkan pada 10 tahun sebelum Nabi menjadi Rasul 601 M. lahir dalam Kaabah di Mekah. 

Selama 4 tahun menjadi Khulafa Ur Rasyidin yang ke 4. Dari tahun 35 H/655M. Wafat pada 17 Ramadhan 41H/661M. Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di bandar Kufah (Iraq). Engkau adalah bayangan Baginda Rasulullah SAW kerana keperibadianmu sangat mencontohi idola umat yakni Baginda Rasulullah SAW.


Dirimu wahai Sayyidina Ali KWJ, sangat dicintai Allah dan disayangi Rasulullah. Ketokohanmu sebagai pendekar terunggul di dunia terbukti dalam peperangan Uhud terutamanya juga dalam semua peperangan yang dikau sertai.
 
Dalam peperangan Uhud dirimu telah berjaya menewaskan 12 orang musuh dalam pertandingan satu lawan satu sebelum peperangan bermula.

Sewaktu umat Islam terpukul hebat,dirimulah yang paling gigih mempertahankan Baginda Rasul hingga terdengar suara Malaikat Jibril berkata:- "Tiada pedang zulfaqar dan tiada pahlawan selain Sayyidina Ali KWJ".

Begitu sekali keistemewaan dan kelebihanmu sehinggakan Allah mengutuskan Malaikat Jibril untuk memujimu dengan kata-kata tersebut.

Bertuahnya lagi dirimu wahai Sayyidina Ali KWJ, kerana Pedang Zulfaqar kepunyaan milik Baginda Rasul dianugerahkan kepadamu untuk digunakan dalam semua peperangan kecuali peperangan Tabuk, digunakan untuk memerangi musuh-musuh durjana .

Pedang Zulfaqar digelar sebagai Raja Segala Besi.Menurut sejarah Pedang Zulfaqar ini selepas dirimu dibunuh secara curi dalam gelap pula, maka Pedang ajaib ini terus lenyap dan hilang, tanpa diketahui ke mana perginya,akan tetapi ada di kalangan ulamak yang mengatakan Pedang Zulfaqar ini akan muncul di akhir zaman untuk memancung para munafiq di zaman Imam Mahdi nanti.

Dirimu adalah putera kepada Abi Talib bin Abdul Mutalib. Dikau adalah sepupu kepada Baginda Rasul sebelah bapamu juga sebagai menantu kesayangan Nabi. 

 Dikau juga digelar sebagai Abu Turab oleh Baginda Rasul yang membawa makna bapa pasir/tanah.Gelaran ini diberikan padamu kerana Baginda Rasul pernah terserempak denganmu, berbaring di atas tanah /debu/pasir di Masjid Nabawi lalu baginda panggil Ya Abu Turab... kemudian Rasulullah SAW menyapu tanah yang melekat di punggungmu.

Begitulah akrab dan manjanya hubungan hatimu dengan Baginda Rasul. Fizikalmu sederhana (agak berisi) orangnya.Kedua bahumu lebar.Tanganmu berurat. Dadamu lebar.Jari jemarimu halus tetapi sangat kuat.Bentuk badanmu bolehlah diistilahkan ahli angkat barang berat di zaman ini.

Dirimu kuat dan lasak.Raut wajahmu menarik dan selalu tersenyum walaupun dalam kesusahan dan kemiskinan. Dirimu sangat pemurah dan tenang. Banyak membantu fakir miskin walaupun dirimu sangat miskin.

Berkulit sawo matang. Ketika berjalan banyak condong ke depan (tawaduk)bagaikan resmi padi.Tidak menegak dada ke hadapan.Pergerakanmu ligat, lincah, tangkas dan bersemangat waja.

Kanak-kanak lelaki yang pertama memeluk Islam sewaktu berumur 10 tahun.Menurut sejarah Baginda Rasul diangkat menjadi Rasul pada hari Isnin , maka keesokan hari nya(Selasa), dirimu telah pun Islam.

Dirimu dikatakan orang yang paling fasih berbahasa Arab selepas Baginda Rasul. Ini semua adalah kesan asuhan daripada Baginda Rasul padamu kerana sedari kecil hinggalah dewasa senantiasa bersama Baginda Rasul.Bukankah Baginda Rasul itu orang Arab yang paling fasih bahasa Arabnya?.

Dirimu sangat pintar dan laju akalnya..Kesemua Imam Mazhab yang 4 sebenarnya mengambil ilmu darimu.Sangat terkenal sebagai ilmuan (gedung ilmu).Bijak dan pakar dalam ilmu sastera, ilmu hisab, ilmu pentadbiran dan lain-lain ilmu lagi.

Pernah terjadi satu ketika Sayyidina Umar dan para sahabat buntu fikiran, memikirkan permulaan taqwim Islam, mereka minta pendapat darimu wahai Sayyidina Ali KWJ,maka terus dijawabnya dengan lancar " Tetapkan saja mulai hari hijrahnya Baginda Rasul SAW". Itulah taqwim yang kita guna hingga ke hari ini.

Keberanianmu amat ketara dan pernah terbukti dalam kata-katamu " Seandainya semua orang-orang Arab maju hendak menyerang aku, aku tidak akan lari".juga katanya " tidak ada orang yang selamat jika berdua dengan ku".

Setiap kali berdua lawan pedang satu sama satu. Pasti dirimu akan menang.Tidak ada satu sejarah pun dirimu kalah walaupun sekali waktu berlawan pedang satu sama satu.

Keberanianmu sangat jelas boleh dilihat dalam peristiwa dirimu mencantas badan Ibnu Wudd (pendekar Quraisy),hingga terputus dua dengan sekali hayunan pedang sahaja,sedangkan musuhmu ketika itu memakai baju besi(baju zirah).

Begitu juga dengan Marhab (pendekar Yahudi) yang terbelah kepalanya terus ke Rahang sedangkan dia memakai topi besi ,juga dengan sekali hayunan pedang darimu. Hebat sungguh kekuatan dan kehandalanmu, sehinggakan musuh-musuh begitu gentar bila berhadapan denganmu.

Bagi musuh-musuh berdepan denganmu adalah MAUT!!!. Dengan berbaju zirah dan bertopi besi pun tidak akan selamat denganmu.
Sayyidina Ali KWJ pernah berkata dia tidak perlukan kuda pacuan dalam perang walaupun ditawarkan oleh para sahabat untuk memilikinya,kerana katanya"aku tidak memerlukan kuda pacuan kerana aku tidak akan lari daripada menghadapi musuh yang menyerang dan aku tidak akan menyerang musuh yang lari".

Kegagahanmu sebenarnya sejak bayi lagi.Apabila dibedung ibumu kain bedung akan sentiasa terbuka.Kemudian dibedung pula dengan 2 helai kain pun terbuka juga.Akhirnya ibumu tidak lagi membedungmu. 

Begitulah ajiabnya dirimu sedari bayi lagi sudah membuktikan dirimu lasak,gagah dan kuat.

Ketika berhijrah ke Madinah dirimu bersama 2 orang lelaki membawa serombongan kaum wanita , tiba-tiba muncul 8 orang kafir Quraisy yang menunggang kuda. Hanya dirimu seorang saja yang berani mencabut dan menghunuskan pedang berhadapan dengan kaum kafir Quraisy.

Salah seorang musuh mara ke hadapan menyerangmu wahai Sayyidina Ali KWJ, lalu ditetak olehmu terus terbelah tubuhnya.Alangkah hebatnya hayunan pedang darimu sehinggakan 7 orang lagi musuh lari berhamburan, bertempiaran dan lintang pukang bersama kuda-kuda mereka.

Begitulah wibawanya kepimpinanmu, kehandalanmu hingga musuh amat gerun padamu. Semoga sedikit sebanyak sejarah hidupmu dipaparkan ini memberi semangat waja dan kekuatan kepada umat Islam akhir zaman untuk terus mempertahankan Allah, Rasulullah dan agama Islam dari diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam.

InsyaAllah sejarahmu akan dipaparkan lagi untuk kesekian kalinya selepas ini sebagai panduan dan peduman sekalian umat Islam di muka bumi ini.

Bersambung...

CINTA DUNIA- IBARAT RACUN





Cinta dunia ibarat racun. Boleh membunuh siapa sahaja. Membunuh roh manusia yang mencintainya, dari mencintai Allah dan Rasul. 

Cinta dunia adalah penghalang bagi insan untuk mendapatkan cinta yang hakiki dari Tuhan Rabbul Izzati.

Cinta dunia boleh merosakkan hati manusia daripada memiliki sifat-sifat mahmudah (terpuji). Cinta dunia sangat mampu membunuh kasih sayang sesama insan.

Berpecah belah antara satu sama lain sudah menjadi budaya. Cinta dunia adalah musuh manusia ciptaan Tuhan. 

Akan tetapi ramai manusia yang tidak sedar akan keburukannya. Betapa kejamnya cinta dunia. 

Demi cinta dunia, manusia sanggup khianat mengkhianati sesama sendiri, bahkan memiliki watak syaitan yang terkutuk yakni dendam kesumat antara satu sama lain. 

Krisis peperangan di sana sini, tidak menghiraukan kebahagiaan dan ketenangan orang lain lagi.

Penyakit hasad dengki, fitnah memfitnah jadi sikap harian, jatuh menjatuhkan satu kepuasan dan macam-macam lagi perangai syaitan iblis menyelubungi hati pencinta dunia.

Oh cinta dunia,,,, Pergilah dikau dari hatiku pergilah dikau dari menguasai diriku Semoga hati-hati manusia dapat dikembalikan kepada fitrahnya dan diisi dengan Cinta Tuhan cinta yang Abadi.

Semuga penyakit cinta dunia terkubur bersama mazmumah yang meniti di atasnya dengan berkat mukjizat seorang Nabi akhir Zaman iaitu Baginda Rasulullah SAW. 

Amin Ya Allah

Wahai Nabi Roh-Nabi Akhir Zaman.





Wahai Nabi Roh Nabi Akhir Zaman. Rindunya aku untuk bertemu denganmu. Namun siapalah diriku ini.. Daku umatmu yang banyak mazmumah, mungkin akan menjadi hijab antara diriku dengan dirimu.

Wahai Nabi roh Nabi akhir zaman. Setiap kali selawat ke atas mu , ku rasakan amat dekat denganmu. Terbayang dibayangan hati ku akan penderitaan mu. Dalam menyampaikan risalah Tuhanmu di muka bumi ini.

Ujian mu amat menyakitkan dan amat berat sekali. Siti Fatimah anak kesayanganmu,seringkali berlinangan airmata, melihatkan keadaan ayahandanya diperlakukan begitu kejam oleh kaum Musyrikin Mekah.

Namun dirimu wahai nabiku... Sangat sabar dan amat tabah. Dirimu sanggup dipijak-pijak kepala waktu sujud dalam shalat, oleh kaum Musyrikin Mekah depan Kaabah.

Namun dirimu amat tenang dan tidak bertindak ke atas kaum Musyrikin Mekah melainkan dirimu bermunajat dan menadahkan setinggi-tinggi tangan ke hadrat Ilahi agar Tuhan sahajalah yang bertindak ke atas musuh-musuh mu itu. 

Sabarnya dirimu Ya Rasulallah, berhadapan dengan musuh-musuh Allah. Sentiasa dirimu berdoa kepada Allah"Ya Tuhanku, berilah kaumku hidayah sesungguhnya mereka tidak mengetahui". Sungguh suci dan murninya hatimu Ya Nabiku. Itulah doa dan munajatmu terhadap umatmu yang engkar kepada Allah dan Rasulnya.

Apakah diriku mampu menempuh ujian demi ujian sesabar dirimu?. Wahai Nabi roh Nabi akhir zaman yang ku rindui. Ya Allah!! sampaikanlah salam rinduku kepada cahaya sebagai sumber segala cahaya. Rahsia bagi segala rahsia. Ubat bagi seluruh penyakit. Anak kunci bagi segala kejayaan.

Dialah yang kami sangat rindu. Nabi Muhammad yang terpilih. Keluarganya yang suci lagi diredhai. Syafaatkan kami Ya Allah dengan berkat mukjizat Nabi Roh Nabi Akhir Zaman yang mulia itu.

Amin Ya Rabbal A'alamin.

Ya Nabiyallah- Ya Nabiku





Ya Nabiyallah Ya Nabiku. Engkaulah penghubung ku untuk ku sampai kepada Allah.

Ya Nabiyallah Ya Nabiku. Buta hatiku untuk mendapatkan Allah. Tolonglah celikkan rohku. Pimpinlah hatiku rohku. Untuk ku menikmati hakikat ibadah yang khusyuk. Agar ibadah ku ibadah hati bukan ibadah bangkai.

Ya Nabiyallah Ya Nabiku Tolonglah aku, bantulah aku. Bebaskanlah rohku dari sangkar mazmumah. Yang menghalang aku untuk sampai kepada Allah. Agar rohku boleh terbang jauh untuk mendapatkan Allah. Semuga ma'arifatullah benar-benar berlaku ke atas rohku.

Ya Nabiyallah Ya Nabiku. Tolonglah, bantulah. Peliharalah perjalanan hati ku ini. Agar aku dapat meletakkan Allah dalam hatiku.

Ya Nabiyallah Ya Nabiku. Tanpa pimpinan rohani dari mu, shalatku, ibadahku,puasaku, bacaan Al Quranku ,munajatku, rintihan doa ku,sedekahku, kebajikanku, semuanya bagaikan bangkai. Tiada membawa erti apa-apa di sisiMu, Wahai Tuhanku. 

Yang hanya layak bagiku adalah neraka jahanam. Wal'iyazubillah.... Mohon ampun Ya Allah!!

Ya Nabiyallah Ya Nabiku. Semuga rohku dapat disucikan,dibersihkan dan digilapkan. Agar ianya bercahaya Dengan cahaya Nur Muhammad. 

Bukan lagi roh yang kotor, jijik dan jahat. Terimalah aku sebagai umat mu yang menggembirakanmu dunia dan akhirat. 

Semuga engkau mendengar rayuan dan rintihan ku ini Wahai Nabiku. Perkenankanlah,permohonanku ini Wahai Tuhan kepada Nabi ku, Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Amin Ya Allah.Amin Ya Rabbal A'alamin.

Friday, 18 April 2014

WAHAI AIR MATA....MENITISLAH KERANA ALLAH...







Wahai air mata...
Engkau diciptakan Allah untuk mengalirkan air mata taubat. Bukan air mata palsu yang menangis kerana dunia yang penipu. 

Wahai air mata... 
Janganlah engkau mengalir dan menitis dikelopak mata,kiranya tangisanmu bukan kerana takutkan Allah dan cintakan Nabi.

Wahai air mata...
Jika benar tangisanmu kerana Allah, maka Air mata ini bolehlah memadamkan api neraka Jahim.

Wahai air mata lahiriah...tolonglah...
Alirkanlah engkau ke dalam hati ... 
Dengan aliran air mata taubat nasuha.

Berlinanglah engkau wahai airmata...
Kerana menangisi dosa-dosa yang masih belum terampun.

Wahai air mata...
Janganlah engkau membazir bercucuran jatuh ke bumi, kiranya bukan kerana sebuah kerinduan pada Nabi.

Wahai air mata...
Jatuhlah engkau ke pipi...sekiranya airmata ini boleh menghancurkan mazmumah dalam sanubari.

Wahai air mata... 
Berlinanglah ke dalam hati , kiranya airmata ini boleh menyucikan roh dan hati.

Wahai air mata...
Keluarlah engkau dari kelopak mata, kiranya ini adalah tangisan seorang hamba yang berdosa kepada penciptanya.

Wahai air mata..
Berguguranlah engkau bagaikan hujan membasahi bumi kiranya tangisan ini membawa diri ini kepada Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Wahai air mata...
Gugurlah engkau sebagai bukti kerinduan seorang hamba pada (Nur Muhammad), yang sangat berkorban untuk umatnya... Ummati, ummati, ummati... Muga air mata ini tidak sia-sia membasahi hati.

Semuga ia bagaikan siraman air menyuburkan hati nurani. 
Semoga Islamlah nafsu ini dengan siraman air mata maknawi ke dalam hati.

Amin Ya Allah.

Jauhi dirimu dari melakukan dosa....






Panglima Saad bin Abi Waqas dan pasukan perang kaum muslimin dikirim untuk menakluk Parsi. 

Untuk memperolehi kemenangan terhadap musuh-musuh Allah, Sayyidina Umar RA telah mengutus sepucuk surat kepada Panglima Saad bin Abi Waqas yang berbunyi :- "Saya (S.Umar RA) memerintahkanmu dan pasukanmu untuk takut kepada Allah setiap saat, kerana taqwa adalah senjata terbaik menghadapi musuh dan strategi terbaik dalam peperangan.

2.Saya memerintahkanmu dan pasukanmu untuk takut melanggar perintah Allah lebih dari ketakutanmu terhadap musuh-musuhmu.

3.Jika sebuah pasukan lebih takutkan berbuat dosa daripada musuh mereka , Allah akan memberikan kemenangan kepadanya.

4.Untuk orang Islam, kemenangan adalah hasil dari ketidak taatan orang-orang kafir kepada Allah SWT.
Ingatlah... Tidak ada kekuatan kecuali bersama Allah walaupun mereka (musuh) lebih ramai dari kita serta mereka juga memiliki senjata dan kelengkapan yang lebih banyak dan lengkap dari kita.

Jika kita sama seperti mereka, tidak taat kepada Allah, maka musuh akan menakluki kita dengan senjata mereka yang lebih hebat.

5. Kalian harus belajar bahawa kalian memiliki beberapa para malaikat bersama kalian.Para malaikat yang sentiasa melindungi kalian .

Berhati-hatilah... jangan melakukan dosa ketika kalian berjuang di jalan Allah.

Kalian harus meminta kepada Allah kemenangan terhadap diri kalian sendiri, sebagaimana kalian minta kemenangan terhadap musuh Allah..Mintalah kepada Allah untuk kami dan juga untuk kalian semuanya. 

(Begitulah diantara isi kandungan sepucuk surat dari Khulafa Ur Rasyidin S.Umar Al Khattab kepada Panglima Perang Saad bin Abi Waqas).

Kekuatan umat Islam dalam berhadapan dengan musuh adalah pertautan hati yang amat mendalam kepada Allah dan Rasulnya.
Juga menghindari dosa-dosa lahir mahupun batin,kerana dengan itu Allah akan campurtangan menumpaskan pasukan musuh dengan mengirimkan bala tentera Allah berbentuk para malaikat atau sebagainya.

Kekuatan pasukan kaum muslimin sangat bergantung kepada kekuatan dalaman(rohaniah) kepada Tuhan yang Maha Esa. Kekuatan roh sahajalah yang mampu mengalahkan musuh-musuh Allah walaupun tentera umat Islam tidak seramai tentera musuh, walaupun senjata dan kelengkapan umat Islam tidak secanggih yang musuh miliki.

Kekuatan umat Islam pada hatinya, pada rohnya, sejauhmana hubungan intim dengan Allah dan Rasulullah SAW, sejauh itulah bantuan akan diturunkan. Semuga umat Islam terus kuat dan utuh dalam mempertautkan hati dan ROH kepada Allah dan Rasulnya, dengan cara itu sahajalah formula untuk Islam menang dan musuh tumpas. 

Menjauhi dosa-dosa lahir dan batin dituntut untuk mendapat campurtangan Tuhan dalam menumpaskan musuh durjana. Sekiranya umat Islam masih bergelumang dengan dosa dan noda, maka Allah akan biarkan musuh terus mengkeronyok umat Islam di mana-mana sahaja di muka bumi ini. 

Takutilah berbuat dosa, kerana dosa akan menjadi hijab antara hamba dengan Khaliqnya. 

Ya Allah Ya Tuhan kami!! tolonglah taubatkan kami atas segala dosa-dosa lahir dan batin kami, semuga kami sentiasa diberi kemenangan dan dilindungi dari kejahatan musuh-musuh Islam terhadap kami yang sangat lemah ini , Ya Allah...

Kabulkanlah doa dan munajat kami ini wahai Tuhan kami!!...Tolonglah Ya Allah.. peliharalah hati-hati kami dari terus menerus mendurhakai Mu dan peliharakanlah hati-hati kami dari menjadi hamba-hamba Mu yang melanggar perintah-perintah Mu, wahai Tuhan kami... 

Bantulah kami dari kezaliman musuh-musuh Mu terhadap kami yang kerdil-kerdil ini.

Amin amin amin Ya Rabbal a'lamin

Masyarakat Mukmin Memang Unik





Masyarakat orang mukmin itu memang unik. Orang-orang kaya tidak sempat berlaku kaya,kerana apabila mendapat harta atau apa-apa nikmat, tidak sempat disimpan lama, terus sahaja diagih-agihkan.

Dapat lagi, diagih lagi kepada orang yang patut menerimanya. Begitu juga orang yang miskin, tidak jadi miskin berlama-lama,dia tetap diistilahkan miskin kerana sumber usahanya tidak ada.

Namun kehidupannya semakin tidak miskin kerana masyarakat sentiasa mengutamakannya. 

Setiap orang memikirkannya kerana orang ramai tahu yang dia miskin. 

Dia tempat sasaran pemberian orang ramai,kerana itulah di dalam masyarakat orang mukmin, orang kaya dengan orang miskin tidak jauh bezanya.

Yang berada tidak sempat kaya berlama-lama atau tidak akan menjadi sangat kaya kerana dia sentiasa sahaja menginfaqkan hartanya . 

Yang miskin pula tidak sempat miskin berlama-lama atau tidak menjadi miskin sekalipun dia diistilahkan miskin, kerana dia tempat orang ramai mencurahkan sedekah dan bantuan.

Begitulah indahnya hidup di dalam masyarakat orang mukmin, orang kaya sentiasa berkorban, orang miskin adalah tempat orang ramai memberi bantuan,akhirnya masyarakat mukmin sentiasa makmur, berkat dan rahmat Allah sentiasa mencurah-curah. 

Kita merindui masyarakat yang beginilah

Jangan- Cabar- Allah!!!







Kita sebagai hamba Allah yang tiada nilai satu sen pun jika Allah tidak anugerahkan kita kemuliaan dan darjat. Siapa kita yang ingin mencabar Allah?mencabar, orang-orang Allah (Para Nabi, Para Rasul dan para Auliyaa U'llah yakni Para Wali-wali Allah?). 

Lahirnya kita ke dunia ini pun adalah rahmat dan kasih sayang Allah pada kita.Jika Allah tidak titiskan benih (setitis air mani yang sangat jijik dan hina dina itu, ke dalam rahim ibu kita maka tidak wujudlah kita.

Kita diizinkan Allah lahir ke muka bumi ini untuk mengabdikan diri kepada Allah yang menciptakan diri kita dari tiada kepada ada. Kita dilahirkan oleh Allah ke dunia ini bukan untuk menjadi Tuan (Boss) tetapi kita diperintahkan menjadi "Hamba Allah".

Tuhan (Allah) adalah BOSS kita, TUAN BESAR kita yang Maha Besar. Tuhan (Allah) wajib dibesar-besarkan melalui shalat dan amalan-amalan terpuji. Tuhan(Allah) mesti diagung-agungkan seagung namaNya yang Maha Agung.

Tuhan lahirkan kita juga untuk menjadi "Khalifah Allah" di muka bumi ini. Maksudnya Tuhan perintahkan kita promosi Dia sebagai Tuhan yang Maha Esa, promosi Nabi-nabi dan Rasul-rasulnya lebih-lebih lagi Nabi Muhammad SAW (Habibullah) , kekasihNya itu.

Tuhan perintahkan juga kita perjuangkan agamaNya yakni agama Islam bukan diperlecehkan agama suciNya ini.Mana boleh kita hina agama Islam agama yang Allah dan Nabi-nabi iktiraf.

Janganlah kita kata"tak payahlah nak ikut hukum hakam Islam sangat nanti jumud, ketinggalan zaman, tak moden,tak maju (mundur ke belakang) tak class dan lain-lain lagi". Kata-kata itu semuanya mencabar Allah dan RasulNya. 

Mana boleh kita cabar Allah kita kata" langkah mayat mak atau ayah dulu kalau hendak jadikan dia tu menantu "dan macam-macam kata-kata yang mencabar Allah kita perkatakan.

Seolah-olah jodoh pertemuan itu kita yang tentukan, sedangkan jodoh,rezeki, ajal, maut di tangan Tuhan. Ketentuan sejak Azali di Luh Mahfuz lagi tertulis semuanya itu.

Ada juga yang kata "alaa sembahyang pun belum tentu masuk syurga..."Kata-kata seperti ini sangat mencabar Allah . Kita sebagai hamba Allah terpulanglah kepada Allah hendak letakkan kita di mana.syurga atau neraka. 

Bukankah Allah itu Tuhan yang Maha adil yang tidak pernah memungkiri janji-janjinya.Perbuatan baik walaupun sebesar zarrah akan dibalas dengan kebaikan begitulah sebaliknya.

Ada juga orang suka kata "Ahhhh.... Mati nanti kubur masing-masing, buat apa sibuk-sibuk hendak ajak aku gi shalat dan buat kebajikan!!".Ini antara kata-kata sinis kita mencabar Allah samada kita sedar ataupun tidak.

Ada juga yang kata..."Alaaa... waktu muda ni lah nak enjoy-enjoy, dah tua nanti taubatlah...". Ini pun antara kata-kata mencabar Allah.
Seolah-olah dia yakin umurnya panjang boleh sampai tua.Ia ingat ia boleh menungkat langit.Ia ingat dengan berlengah-lengah sempat bertaubat.Ajal maut tidak menunggu kita sesaat jua pun.Bila-bila masa , Allah boleh cabut nyawa kita. 

Entah-entah lepas cakap begitu tiba-tiba kena langgar lori treler, terperosok bawah lori, atau kena gelek dek kereta kebal dan seumpamanya , leper hancur berkecai daging, sama rata dengan jalan raya, daging-daging bersepai.Mahu ke kita mati katak seperti itu?

Ya Allah lindungilah kami dari kemurkaan Mu.Kadang-kadang kita bercakap tidak perasan cakap-cakap kita mencabar Allah. Sebab itu takutlah pada Allah. Dengan berkat takut pada Allah kita akan terpelihara dari celupar mulut berkata-kata tanpa disukat baik buruknya.

Orang mukmin jika dia hendak berkata-kata, dia akan tanya Allah dan Rasulnya terlebih dahulu.
Bagaimanakah caranya?.

Caranya melalui perjalanan hatinya, boleh ke aku cakap begian-begian, begini-begini atau begitu-begitu. Hati yang dipimpin Allah dan Rasulnya akan memberi faham pada sihamba itu, ini boleh dan itu tidak boleh.

Renung-renungkanlah siapa diri kita, hendak cakap besar dan mendabik dada seolah-olah kita tidak mati, seolah-olah kita tidak dihisab di akhirat, seolah-olah kita tidak ada azab kubur,tidak ada alam barzakh, tidak ada syurga neraka , tidak ada Siratal Mustaqim , tidak ada hari pembalasan dan hari perhitungan.

Semuga kita sangat mengambil pengajaran di atas sejarah silam yang telah Allah timpakan kepada Firaun yang mendabik dada mengaku "ana rabbukumul a'ala" aku Tuhan kamu yang tinggi. Akhirnya Allah musnahkan takhta kerajaannya dan dirinya dalam sekelip mata dengan begitu hina sekali.

Banyak lagi sejarah memaparkan kita betapa hinanya orang yang mencabar Allah dan Nabi juga Para Rasul seumpama kisah Namrud yang mempunyai tentera 700 ribu penunggang kuda yang lengkap dan handal.

Ia berkata kepada Nabi Ibrahim dengan bongkaknya "Hai Ibrahim, jika Tuhan mu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku,untuk berperang dengan ku, jika sanggup ambiklah kerajaanku ini!!!"..

Maka Nabi Ibrahim berdoa dan munajat kepada Allah"Ya Ilahi, sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteraMu, maka kirimkanlah kepada mereka tentera daripada selemah-lemah makhlukMu iaitu nyamuk".

Ketika Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas ,Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu... keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. MasyaAllah Maha hebatnya Allah.

Kemudian tentera nyamuk bertanya "Wahai Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?". Allah berfirman"Aku (Allah) telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud".

Lalu tentera nyamuk menyerang tentera Namrud,menghisap semua darah mereka. Allah perintahkan tentera nyamuk tangguhkan penyeksaan pada Namrud supaya dia saksikan kehancuran tenteranya dan mahu bertaubat.Sempat Namrud pulang ke istananya.

Maka Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud. Nyamuk tersebut masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari. Dengan seekor nyamuk sahaja, sudah huru hara dan lintang pukang Namrud. Menggelupur kesakitan yang teramat sangat.
 
Allah boleh lakukan apa sahaja kepada hamba-hambaNya yang mencabar kekuasaan dan keperkasaanNya. Maha pengasihnya Allah , Allah beri masa 3 hari supaya Namrud bertaubat sebelum perintahkan nyamuk menyeksa dan membunuh Namrud. 

Namun Namrud tetap sombong, angkuh, tidak mahu tunduk pada keagungan Allah.Maka matilah Namrud sebagai seorang kafir .

Marilah kita bertaubat di atas segala ketelanjuran kata-kata dan perbuatan kita selama ini. Sekiranya ada yang mencabar Allah, Rasul dan NabiNya juga para Auliyaa U'llah . 

Mudah-mudahan kita semua dalam rahmat Allah yang berpanjangan hingga ke alam baqa'..
Amin Ya Rabbal Aa'lamin.


 http://umusayyidah.blogspot.com/p/rawatan-alternatif-islam-nuril-anwar.html?m=1