Padang Mahsyar atau Hari Perhitungan (Hisab) adalah perkara GHAIB yang wajib kita yakini.Padang Mahsyar itu adalah satu perkara yang Haq dan wujud akan adanya.Menafikannya hari tersebut akan batallah iman dan Islam seseorang hamba.
Antara ciri-ciri orang yang bertaqwa ialah orang yang percaya akan perkara yang ghaib yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Berita ini dikhabarkan melalui lidah Baginda Rasul SAW kepada kita semua melalui hadis Baginda SAW.Ini adalah khabar yang benar.
Padang Mahsyar iaitu satu tempat yang sangat mengerikan,
menakutkan, menyiksakan,menggerunkan, mengazabkan.
Ianya sangat bergantung kepada sejauhmana amal taqwa kita kepada Allah sewaktu hidup di dunia yang fana' ini.
Sudah PASTI kita semua akan sampai ke alam Mahsyar ini nanti.Tidak ada seorang manusia pun yang terlepas dari dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak.
Lama masa berada di Padang Mahsyar bergantung pada amalan masing-masing waktu di dunia.Bagi orang Mukmin mereka merasakan waktunya amat singkat sedangkan bagi pendurhaka dan pendosa akan merasakan jangka waktunya amat panjang dan tersangatlah lamanya.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud,
"Seseorang itu akan berteduh di bawah naungan sedekahnya hingga waktu pengadilan hisab tiba".
Ibnu Mas'ud pula berkata...
"Setiap manusia dibangkitkan pada Hari Qiamat dalam keadaan telanjang, sangat lapar, sangat haus dahaga, sangat penat.
Sesiapa yang pernah memberi pakaian kerana allah, maka Allah akan memberi pakaian padanya.
Sesiapa yang pernah memberi makan kerana Allah, maka Allah akan memberinya makanan.
Sesiapa yang pernah memberi minum kerana Allah, maka Allah akan memberinya minuman.
Seterusnya sesiapa yang pernah memaafkan kerana Allah, maka Allah akan mengampunkannya di hari tersebut".
Selepas bumi Allah hancurkan,yang tinggal hanyalah Allah SWT, WAAHIDUL QAHHAR, kemudian Allah akan golong alam ini hingga hancur musnah segala-galanya.
Selepas semua makhluk mati, maka Allah berfirman mafhumnya..."Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?.Tiada siapa yang menjawab.Lalu Allah sendiri yang menjawabnya dengan keagungan DzatNya, "Kepunyaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa".
Kita akan dihimpunkan di satu tempat yakni satu padang yang dihamparkan putih sejauh mata memandang yang tiada penghujungnya.
Dalam lautan manusia berbondong-bondong dihimpunkan setempat, dari zaman Nabi Adam AS hinggalah manusia yang terakhir umat Nabi Muhammad SAW.Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui seluas mana Padang Mahsyar tersebut.
Padang Mahsyar adalah seluas-luas tempat untuk ditempatkan manusia dan jin seluruhnya, bukan sahaja penduduk di dunia bahkan semua penghuni di langit juga akan dihimpunkan di Padang ini yang namanya Mahsyar.Akan Allah turunkan hujan dari Arasy Allah dan melimpahlan air, berlakunya banjir, tenggelam selama 40 hari yang dalamnya 12 hasta.
Sekalian manusia dihidupkan semula melalui benih anak Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada dihujung tulang belakang manusia.Maka hiduplah manusia buat selama-lamanya umpama anak pokok yang kembang membesar tumbuh dari biji benih "Ajbuz Zanbi" ini.
Jasad dahulu sudah diganti dengan jasad baru dan akan menerima seksaan atau sebaliknya, sangat bergantung kepada amal taqwa di dunia.Ditiupkan sangkakala yang kedua, maka roh-roh kita di letakkan di dalam trompet Malaikat Israfil berterbangan dalam dua bentuk kata Nabi.
Bentuk kedua - sangat hitam legam, kelam, gelap pekat itulah roh-roh orang kafir.
Roh-roh ini akan masuk ke dalam jasad masing-masing dalam keadaan tanpa ada seurat benang pun menutupi tubuh badan di waktu itu.Semuanya berada dalam keadaan telanjang bulat dan dalam keadaan lapar yang membakar perut rasanya dan haus dahaganya bagaikan terputus kerongkong dan leher terlalu dahaga.
MasyaAllah di waktu itu tidak ada seorang pun sempat memikirkan nasib orang lain, di hari itu harta dan anak pinak serta saudara mara, sahabat handai, suami, isteri, ibu ayah tidak lagi dapat menolong antara satu sama lain.Kekasih hati yang sanggup hidup semati, sehati sejiwa pun tidak mampu menolong kekasih cintan cintonnya di waktu itu.
Masing-masing cemas, takut keadaan diri masing-masing.
Semuanya menunggu ulang tayang video hidup masing-masing.
Baik atau buruk walaupun sebesar zarrah tidak akan tercicir.
Bahkan tidak sempat pun melihat masing-masing telanjang antara satu sama lain, kerana terlalu takut dan gerun memikirkan nasib diri di Yaumul Mahsyar tersebut.
Janganlah kita mengadap Allah dalam keadaan membawa dosa yang tidak terampun, tidak sempat bertaubat kerana azab yang amat dahsyat kita akan menanggungnya di padang Mahsyar kelak.
Bertaubatlah dari saat ini kerana mati tidak menunggu taubat kita.Alangkah berbahagianya jika kita sempat bertaubat dan taubat kita diterima Allah sebelum ajal mejemput kita kepangkuan Allah SWT.
Selamat membaca serta menghayatinya.Semoga kita semua mendapat hidayah dan taufiq dari Allah seumur hidup kita dunia akhirat.Aamiin...
Bersambung ke siri 2 untuk seterusnya.....
No comments:
Post a Comment