web stats

Friday, 4 April 2014

MADINAH OH MADINAH




Madinah Oh Madinah. 
Namamu sangat harum mewangi, seluruh dunia memanggilmu dengan gelaran (AL- MUNAWWARAH), ertinya yang bercahaya, bersinar-sinar dengan cahaya Nuril Anwar (Cahaya atas cahaya). 

Madinah Oh Madinah.
Bertuahnya engkau wahai Madinah. Dalammu adanya maqam seorang Nabi akhir zaman, Baginda Rasulullah SAW.
Bersinar cahaya bagaikan bulan purnama 14. 

Madinah 0h Madinah.
Sejuknya bumimu. Berkatnya bumimu.
Berserinya bumimu.Damainya bumimu.
Di atas barakahnya seorang Nabi berada atas dadamu......

Melalui kebesaran Mukjizat Nabi penghulu sekalian Nabi,
seluruh umat Islam berkunjung menziarahi bumimu kerana Nur Muhammad dan sangat mengharapkan keberkatan yang melimpah ruah dalam hidup, dengan berkat mukjizatnya seorang Nabi akhir zaman.

Madinah Oh Madinah.
Harumnya nama bumimu kerana jasad Nabi tersergam indah di bawah kubah hijau di samping Raudhah( taman-taman syurga), juga bersamanya ada maqam kekasih Baginda Rasul Sayyidina Abu Bakar AsSiddiq dan maqam Sayyidina Umarul Faruq yang sangat membela agama Tuhan sewaktu hidup mereka.

Di bumimu juga tersergam indahnya Masjid Nabawi, berdoa di dalamnya mustajab , bersembahyang di dalamnya akan mendapat pengampunan Tuhan sebesar-besar pengampunan.

Madinah oh Madinah.
Indahnya berada di bumimu wahai Madinah. Semuga kita bertemu lagi wahai Madinah di tahun-tahun akan datang . Semuga kehadiranku menjejakkan kakiku ke bumimu memberi keberkatan hidup padaku seumur hidupku dunia akhirat.Amin.

Semoga Tuhan, Baginda Rasulullah SAW dan sekalian para roh , sekalian para Malaikat menaungi bumimu dengan seribu rahmat dan keberkatan seluas langit dan bumi. Semoga bumimu subur, aman, tenang , selamat dan bahagia selalu.....

Selamat tinggal......
Wahai Madinah Oh Madinah.
Aku pergi dahulu meninggalkan bumimu yang penuh kenangan indah ini. Semuga dirimu terus setia menjaga jasad Nabi di dalam maqamnya hingga ke akhirnya. 

Ku doakan bumimu tetap Tuhan pelihara kerana adanya Nabi yang mulia di bumimu.
Amin Ya Allah. 

Nukilan hamba
Ummu Sayyidah


No comments:

Post a Comment