web stats

Monday, 28 April 2014

Istidraj-Tanda Kemurkaan Tuhan





Ada orang... kaya, senang, mewah, sehat, apa yang dihajati tertunai semuanya,rumah besar,isteri cantik atau suami hemsem,anak-anak comel-molek , pangkat tinggi, kereta menjalar, bisnes maju dan hidup sebagai seorang hartawan, jutawan (millionaire,billionaire) dan segalanya ada.

Sedangkan orang ini kafir tidak sembah Tuhan yang Maha Esa. Dia bukan muslim tapi dapat semua yang diisebut di atas, atau dia muslim tetapi durhaka pada Allah. 

Mungkin ada orang kata "aku tak sembahyang, tak sembah Tuhan pun, minum arak, main judi, kaki perempuan, dedah aurat,enjoy sana sini dan macam-macam kejahatan aku lakukan, tapi aku tetap kaya raya, tetap sehat, segar- bugar, tetap aman damai dan macam-macam lagi...".

Kenapa dan mengapa ini terjadi??? kerana dunia ini syurga bagi orang-orang kafir dan pendurhaka-pendurhaka kepada Tuhan. Tuhan beri semua apa yang hamba-hambaNya mahu walaupun kafir atau durhaka,kerana Allah itu Tuhan Maha Kaya, Maha Hebat, Maha Adil dan Maha Segala Maha. Tuhan boleh kayakan sesiapa sahaja yang Dia mahu walaupun orang itu Kafir , tidak menyembahNya. 

Lihat!!!apa yang berlaku pada Qarun (sejarah silam). Untuk kita ambik pengajaran darinya. Walaupun dia kafir yang sangat bongkak,tetapi Allah izinkan dia kaya raya. 

Akan tetapi ketahuilah bahawa hujung-hujung hidupnya bukankah ditelan bumi sekali dengan harta-hartanya ( Qarun ) dan anak-anak kunci gedung kekayaannya?,di sinilah buktinya Allah boleh beri kekayaan , harta yang melimpah ruah, tetapi bagaimana nasib kematiannya?. Bagaimana keadaannya dalam kubur?. Bagaimana ia di alam Barzakh?. Bagaimana dirinya di Padang Mahsyar?. Bagaimana Qarun dalam neraka?. Aduh... ngerinya , azabnya. Mohon ampun Ya Allah.

Dalam Al-Quran Allah berfirman yang membawa maksud:- "Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi .Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia (Qarun) tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.

Tuhan itu Maha Pemurah , walaupun pada hamba-hambaNya yang menyegutukanNya. Dia tetap beri segala keperluan hamba-hambaNya itu kerana atas sifat Ar-Rahman dan Ar- RahimNya Dia (Allah).

Tidak sedikit pun kekayaan Allah itu berkurang walaupun seisi dunia Allah beri rezeki kepada hamba-hambaNya. Maha Suci Allah dari segala kekurangan. Allah tidak akan miskin, tidak akan susah sekalipun Allah beri semua harta-harta kepada makhluk ciptaanNya.

Allah tetaplah Maha Kaya Raya dan tidak terjejas walaupun sedikit. Begitulah Maha Hebatnya Zat Allah yang Maha Agung lagi Maha Perkasa.

Walaupun hamba-hambaNya itu tidak menyembahNya, tidak mengEsakanNya, namun Allah tetap membuka pintu rezeki seseorang itu, tetap Allah beri nikmat kekayaan dan kesihatan dan lain-lain lagi. 

Ini buktinya Allah itu Maha Kaya. Dia mampu memberi rezeki dan nikmat yang melimpah ruah kepada semua makhluk ciptaanNya di dunia ini, walaupun ulat dalam batu sekalipun boleh hidup dengan rezeki yang Allah sediakan.

Allah beri kerana Allah itu sifatNya Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Maha Kaya, Maha Berkuasa. Namun apa yang Allah beri pada hamba-hambaNya yang durhaka dan syirik serta menyegutukanNya adalah secara (ISTIDRAJ) namanya. Yakni Allah beri tetapi cara (MURKA). 

Allah beri apa sahaja yang dihajati oleh hamba-hambaNya walaupun hamba-hambaNya tidak menyembahNya dan tidak beriman kepadaNya. Akan tetapi ingat!!... Dunia ini syurga bagi orang kafir dan penjara bagi mukmin.

Di dunia apa yang orang-orang kafir mahu, Allah beri pada mereka, tetapi di hari pembalasan mereka akan menerima pembalasan setimpal dengan bongkak dan sombongnya mereka kerana tidak mahu beriman kepada Allah dan RasulNya. Juga tidak mahu bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka.

Makin kaya makin sombong, makin kedekut, makin berkira-kira, makin besar diri, makin rasa diri mampu, rasa berkuasa, rasa hebat, rasa dunia dia yang punya, makin jauh dari cahaya kebenaran, makin jauh dari Allah dan Rasulullah, makin rasa diri mulia dan macam-macam rasa yang boleh merosakkan hati sebagai seorang hamba. Inilah yang dikatakan dapat nikmat tetapi semuanya Istidraj dari Allah. 

Allah akan benamkan mereka ini ke dalam neraka jahanam yang paling ngeri, paling dalam, paling dahsyat kepanasan api nerakanya, paling berbisa kala jengking, ular, lipan dan lain-lain binatang lagi untuk menyeksa hamba-hambaNya yang durhaka padaNya sewaktu di dunia samada kafir atau Islam tapi Islam yang a'asy (durhaka) pada Allah.

Islam hanya kerana baka (keturunan) sedangkan tidak mahu sembahyang, tidak mahu tutup aurat, tidak mahu menjaga syariat, hukum hakam Allah diperlecehkan, tidak mahu mengeluarkan zakat , tidak mahu membesarkan Allah dan memuliakan Baginda Rasulullah SAW.

Semuanya Allah akan adili dengan seadil-adilnya. Di waktu itu akhirat bagaikan penjara bagi orang-orang kafir dan orang Islam yang durhaka pada Allah.

Sedangkan di waktu inilah syurga yang kekal abadi bagi orang-orang mukmin, muttaqin,muqarrabin yang sentiasa menyembah Allah, membesarkan Allah melalui shalatnya, puasanya, zakatnya, haji umrahnya, sedekah amal jariahnya dan lain-lain kebaikan serta kebajikan yang dilakukannya sewaktu hidup di dunia dahulu.

Orang-orang yang bertaqwa, beriman akan mendapat ganjaran sebesar-besar ganjaran nikmat syurga di sisi Allah di hari kiamat walaupun di dunia mereka hidup susah, miskin. Menderita, sakit dan lain-lain ujian.

Di dunia penjara bagi mereka ini namun di akhirat syurga bagi mereka. Syurga yang kekal dan abadi buat selama-lamanya.Inilah yang dikatakan keadilan Allah.

Allah berfirman yang membawa maksud:- "Negeri akhirat itu Kami jadikan bagi orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di bumi.Dan kesudahan yang baik itu bagi orang-orang yang bertaqwa. Surah Al-Qasas :76-83 

Di dunia orang Islam yang beriman kepada Allah dan Rasulnya dilarang keras (diharamkan)minum arak dan lain-lain lagi yang melanggar hukum hakam Allah , semua yang halal bagi orang kafir , haram bagi umat Islam yang mukmin, namun di akhirat dalam syurga nanti arak pun halal bagi penghuni syurga bahkan lagi lazat, tidak memabukkan, lagi enak berganda-ganda. 
 Lagi minum arak lagi lazat setiap teguk diminum setiap teguk rasa lazat yang amat menghiburkan.  

Tidak rugi kita hamba-hamba Allah mengekang nafsu untuk melakukan kejahatan yang Allah haramkan di dunia ini kerana di akhirat akan di beri ganjaran yang setimpal berganda-ganda.
Alangkah ruginya kaum kafir, musyrikin dan orang-orang Islam yang durhaka kepada Allah kerana mereka akan menerima nasib yang amat buruk di alam sana bahkan akan dibakar, direbus, disiram dengan logam panas melecur kulit diganti kulit baru dijirus lagi dengan logam panas yang mengelegak mendidih berasap-asap terlalu panas, bahkan di bakar dengan api neraka yang teramat panas sehingga api dari merah jadi hitam, dari hitam jadi biru dari biru jadi putih, itulah sepanas-panas api neraka jahanam.

Ya Allah, lindungilah kami yang berdosa dan amat kerdil ini dari bakaran api nerakaMu dan hindarkanlah kami dari dihumban terjun ke dalam neraka jahanamMu. 

Tidak mampu kami menanggung azab yang pedih itu, Ya Allah!!!. Ampunkanlah kami, taubatkanlah kami semuga kami kembali kepangkuanMu dalam membawa hati yang sejahtera (Qalbun Saliim).

Begitulah kisahnya orang-orang yang diberi Istidraj di dunia, di akhirat mereka akan MUFLIS semuflis-muflis manusia walaupun di dunia mereka kaya raya dan mewah semewah-mewahnya. Namun harta kekayaan segala yang mereka perolehi akan membakar mereka di dalam neraka jahanam yang kekal lagi abadi. Ampun Ya Allah.

Janganlah kami mendapat kesenangan, kemewahan, kekayaan hasil dari ISTIDRAJ dariMu Ya Allah. Anugerahkanlah kami rezeki yang halal, nikmat dunia yang Engkau redhai serta yang berkat walaupun sedikit cuma .

Keberkatan hidup, keredhaanMu dan keredhaan NabiMu itu lebih kami pohonkan Ya Allah. Semuga dengan keberkatan dan keredhaan ini kami menjadi hamba-hambaMu yang bersyukur dan sentiasa bartaubat kepadaMu Ya Allah. Semuga hidup dan mati kami dalam kebenaran yang Engkau janjikan . Amin Ya Rabbal A'alamin.

 http://umusayyidah.blogspot.com/p/rawatan-alternatif-islam-nuril-anwar.html?m=1

1 comment: