web stats

Friday 5 December 2014

HATIKU BERMADAH LAGI

TAJUK-KITA MILIK ALLAH

Hidup kita hanya milik Allah dan Rasulullah SAW.
Jangan sekali-kali berpaling dari rahmat Allah dan restu Rasulullah SAW.

Jangan kita mendabik dada rasa hebat diri,
kerana semua yang kita miliki adalah Allah punya.

Kita hanya menumpang di dunia yang fana ini.
Sampai masanya kita akan pergi ke alam yang abadi.


TAJUK-BERTAFAKKURLAH SEJENAK

Bila bertafakkur sejenak,
terasa alangkah takutnya bagaimanakah matinya kita, 
apakah dalam husnul khaatimah ataupun dalam suk'ul khaatimah.

Tafakkur lagi...
terasa alangkah takutnya......,
apakah luas atau sempitnya kubur kita nanti.
Apakah terang atau gelap gelita kubur kita di alam barzakh kelak.


TAJUK-BAIK HATI, BAIKLAH ANGGOTA.

Hati bagaikan raja dalam diri....
Baik hati positiflah segala pancaindera.
Jahat hati negatiflah segala anggota yang ada.
Hati yang bersih tempat jatuhnya pandangan Allah,
yakni pancaran Nur Muhammad SAW.

Manakala hati yang kotor,
penuh zulumat, tempat bersarangnya udara Yahudi,
juga perangai syaitan dan iblis bermaharaja lela.


TAJUK-JIWA YANG MATI SEBELUM MATI.

Roh yang subur tidak pernah bosan dalam hidupnya,
bahkan sentiasa ceria, bahagia dan ada jiwa.
Jiwanya sentiasa subur, 
hidup segar dan mekar mewangi.

Roh yang mati.....
sentiasa keluh kesah, jemu, bosan,rimas,buntu,sepi,dingin, jiwa mati, layu, kaku, beku, tension dam sebagainya.
Hidupnya bagaikan neraka sebelum neraka yang abadi.
Jiwanya kosong,tidak tenang dan tidak bermaya.

Jiwanya mati sebelum mati yang hakiki....
Aduh!...parahnya manusia yang begini.
Ada harta, ada nama pun sanggup bunuh diri.

TAJUK-AKHLAK BAYANGAN NABI.

Para wali dan ulama' Al-A'amilin itu akhlaknya bayangan Nabi.
Mencintainya dikasihi Allah dan Nabi.

Memusuhinya ibarat berperang dengan Allah dan Nabi....
Berhati-hatilah jangan Allah dan Nabi kita perangi tanpa sedar.

Memusuhi para wali bagaikan racun memakan diri.
Berhati-hatilah jika mahu hidup dalam rahmat Ilahi dan Nabi.

TAJUK- QUDRAT TUHAN TIADA BATASNYA.


Mari kita mengenal Allah.
Allah adalah Tuhan kita yang Maha segala Maha.

Allah mencipta alam ini termasuk ciptakan kita tanpa gunakan tenaga, akan tetapi Allah menciptanya dengan DZATNYA yang mempunyai Qudrat dan IradahNya yang tidak serupa tenaga.

Tenaga adalah kepunyaan kita yakni makhluknya.
Tenaga ada batasnya, ada hadnya.
Qudrat Tuhan tiada batasnya, tiada hadnya.
Maha suci Engkau wahai Tuhan kami dari apa yang dapat digambarkan.   


 Nukilan Hamba
Ummu Sayyidah 
Disember 2014

No comments:

Post a Comment