web stats

Monday 1 December 2014

CINTA YANG QUDUS SEJERNIH EMBON PAGI.



Hati ini milikMu Ya Allah
Sayang,rindu, kasih, cinta, benci kepada seseorang engkau yang mencaturnya.
Kadang-kadang sayang kepada anak, menantu, cucu, kaum keluarga terdekat pun ada tahap dan persennya, bila ada yang tidak sependapat dan sehaluan.

Namun sayang,rindu,cinta dan kasih atas namaMu dan atas nama Nabimu tiada hadnya, tiada batasnya.Ianya sentiasa subur mekar bagaikan mekarnya bunga setaman.Cinta kasih bagaikan ikatan hati antara kaum Muhajirin dan Ansar, sanggup berkorban apa sahaja demi sebuah persahabatan yang iklhlas kerana Allah.

Rindu,  cinta, kasih, sayang atas namaMu walaupun tiada pertalian darah daging ianya lebih mendalam dari yang punyai ikatan darah daging.Begitulah hebatnya cinta kasih para sahabat terhadap Baginda Nabi SAW.


Itulah buktinya persaudaraan seIslam keranaMu, atas namaMu.
Bertemu dan berpisah juga atas namaMu dan nama RasulMu.
Golongan ini Engkau janjikan,
akan  mendapat lindungan Arasy
di akhirat kelak.

Imam yang jujur, pemimpin yang adil, kawan sejati yang setia terhadap seorang kawan yang lain keranaMu juga akan mendapat naungan Arasy dariMu Ya Allah.

Seorang pemuda yang mampu menjauhi wanita yang menggodanya dan terselamat dari dosa dan noda juga Engkau janjikan naungan ArasyMu Ya Allah.


Peniaga yang jujur perniagaannya juga akan mendapat rahmat dan keberkatan dariMu juga Ya Allah.
Oh.....indahnya menjadi hambaMu yang taat dan menurut perintahMu, kerana ada sahaja ganjaran yang hebat dan besar dariMu....Ya Allah.

Siapa kata menjadi hambaMu yang taat kepada agamaMu adalah jumud, ortodok, ketinggalan zaman, beku, kaku dan kembali ke zaman purba sedangkan zaman batu atau zaman purba itu pun hanyalah cerita metos atau lagenda semata-mata.
Tiada wujud di alam nyata.

Menyerah diri dan hati kepadaMu dan Nabimu juga agamaMu yakni Islam adalah hamba yang paling bertuah, paling beruntung, paling istemewa, paling bijak,paling cerdik, paling handal di sisiMu Ya Allah.




Dengan mentaatiMu dan Nabimu, sihamba akan mendapat dua keberuntungan yang amat besar, yakni untung dunia dan juga untung di akhirat.

Siapa yang mahu untung di dua negara, dunia dan di akhirat, jangan tangguh-tangguh lagi.
Ayuh!....marilah kita bergegas dengan pantasnya menuju jalan Allah serta mentaati Allah dan RasulNya dengan sepenuh hati.

Itulah cinta yang berbalas cinta.Kasih yang berbalas kasih.Sayang yang berbalas sayang.Rindu yang berbalas rindu, buat selama-lamanya.

Inilah yang dikatakan cinta Ilahi yang hakiki. Cinta Nabi yang sejati.
Cinta yang jernih putih, ikhlas yang lahirnya dari hati yang suci murni.

Cinta fitrah, cinta yang tiada kepentingan, tiada halangan dan tiada saingan.Cinta yang Qudus dan tulus, bukan cinta palsu yang penipu dan penuh kepura-puraan.
Anugerahkanlah Cinta yang Qudus ini kepada kami wahai Tuhan.

AMIN YA ALLAH.

No comments:

Post a Comment