web stats

Thursday 4 December 2014

DUNIA INI PENJARA BAGI SI MUKMIN.




Memang sudah menjadi sunnatullah bahawa dunia ini adalah penjara bagi mukmin dan bagaikan syurga bagi orang-orang kafir.Dunia ini adalah tempat ujian (imtihan) bagi orang-orang yang beriman.

Selayaknya begitu kerana Allah ingin mengurniakan kebahagiaan yang besar dan ganjaran yang berlipatkali ganda kepada orang mukmin jika lulus dalam imtihan di dunia ini.Inilah keadilan Allah terhadap hamba ciptaanNya.

Orang-orang kafir walaupun bebas di dunia seolah-olah boleh buat apa saja sesuka hati mereka akan tetapi di akhirat sana , mereka akan menerima pembalasan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan di dunia ini.


Di alam akhirat mereka akan muflis dan akan menyesal yang tiada penghujungnya.Syurga yang mereka sangkakan itu,
rupanya neraka bagi mereka.Apalah ertinya hidup mewah dan kaya raya di dunia akan tetapi di akhirat muflis dan miskin iman dan taqwa.

Orang mukmin walaupun ia miskin di dunia namun ia tetap kaya sebab ia ada Allah dan Rasul dalam hatinya .Alangkah indahnya jika kaya dalam hati ada Allah dan Rasul lagilah hebat dan istemewanya si hamba ini.



Di dunia Allah segerakan nikmat sebagai
Al-Jannatul A'ajilah di akhirat pula memperolehi nikmat syurga yang kekal lagi abadi.Semoga kita termasuk ke dalam golongan hamba-hamba yang terpilih yakni pilihan atas pilihan.


AMIN YA ALLAH. 



No comments:

Post a Comment