web stats

Thursday 4 December 2014

Azab neraka sangat dahsyat, tiada tandingan dan bandingan.


Salam sejahtera kepada semua pembaca,
Blog Ummu Sayyidah yang dirahmati Allah sekaliannya.

Dalam tajuk artikel yang lepas kita sudah didedahkan betapa hebatnya nikmat syurga yang sungguh menakjubkan.
Maka lawan kepada syurga ialah neraka (AN-NAR).


Inilah penjara yang hakiki diakhirat.Masuk ke dalam neraka kekal selama-lamanya.Tidak akan bebas lagi malah penyeksaannya berlipatganda.
Bahan bakaran neraka adalah manusia dan batu.Pintu gerbang neraka dipimpin oleh Malaikat Malik.Terdapat 19 Para Malaikat penyiksa dalam Neraka termasuklah Malaikat Zabaniah.

Malaikat Malik akan membuka pintu neraka, lalu mengheret ahli neraka masuk ke dalam neraka dengan tegas, garang, bengis dan keras sekali.Tiada belas kasihan walaupun sedikit.Air panas yang mendidih Malaikat Malik tuangkan atau sembahkan ke atas kepala dan badan ahli neraka, sehinggakan hancur tubuh badan dan menggelegak otak kepala ahli neraka.Itu baru permulaan penyeksaaan.

Selain daripada azab Neraka amat panas ada juga azabnya berbentuk air yang sangat sejuk.Hingga beku tulang belulang dan daging tubuh badan.Seksaan neraka dari saat ke saat makin pedih, makin mengazabkan, makin menyeksakan, makin mengerunkan dan makin menyakitkan.



Seksaan yang paling ringan dalam neraka dengan memakai sepasang sepatu (selipar)yang talinya dibuat daripada api neraka hingga mendidih otak kerana kepanasannya bagaikan  mendidihnya air panas dalam periuk.

Dia mengira tiada seorang pun yang menerima seksaan lebih dahsyat dari itu,pada sangkaannya, dialah orang yang mendapat seksaan yang paling ringan".
Riwayat Bukhari dan Muslim.




Neraka adalah tempat balasan Allah kepada hamba ciptaanNya yang durhaka dan melakukan kejahatan di dunia.Hamba yang tidak mahu taat kepada perintah Allah akan dihumbankan ke dalamnya.

Dalam neraka tidak ada hiburan yang menggembirakan melainkan semuanya mengazabkan, menakutkan, menyakitkan, menggerunkan,menyeramkan dan memedihkan.

Dalam neraka tidak ada senyum tawa, tidak ada ketenangan dan kebahagiaan, akan tetapi sebaliknya.Semua yang ada dalam neraka ialah tangisan, penderitaan, hukuman, seksaan dan kepedihan yang memuncak yang tiada hentinya.

Aduh Tuhan kami...... tidak mampunya hambaMu yang kerdil lagi lemah ini untuk berhadapan dengan azab nerakaMu wahai Tuhan kami.




Dalam neraka manusia yang melakukan dosa akan dibakar dengan api yang bergejolak nyalanya, panasnya tidak terkata, andainya percikan api dalam neraka terpercik ke dunia ini pasti akan hanguslah dan hancurlah apa yang ada dalam dunia ini.

Dalam neraka juga manusia akan direbus dengan air yang mendidih, dengan logam cair yang membuak-buak dengan galaknya memakan,mengunyah mangsa-mangsanya yakni ahli neraka.

Apabila terjerit, terpekik,terlolong, meraung kesakitan, Allah akan terus memerintahkan malaikat Zabaniah menyeksa tanpa ada kasihan belas lagi.Malaikat Zabaniah sangat taat kepada arahan Allah, tidak sedikitpun ia kasihan belas kepada penghuni neraka,itulah balasan yang setimpal kepada manusia yang durhaka kepada Tuhannya di dunia.

Di alam barzakh juga dipukul oleh Malaikat Mungkar Nakir hingga ke dasar bumi yang paling bawah.Dicungkil balik, dipukul lagi.
Apabila hancur luluh kulit,maka akan diganti dengan kulit yang baru dan terus dipukul, dipalu, diseksa bertubi-tubi dan bertalu-talu.Aduh....azabnya....

Dalam neraka pula azabnya dari saat ke saat, minit ke minit ,masa ke masa semakin hebat dilipat gandakan keazabannya dan kepedihannya.
Apatah lagi dalam neraka tidak mati-mati lagi walaupun diseksa sedahsyat-dahsyatnya.Kesakitan semakin memuncak dan semakin hebat .

Ya Allah tidak mampu hambaMu yang lemah ini untuk menanggung azab nerakaMu yang Maha dahsyat itu.

Firman Allah yang bermaksud,
Memasuki api yang sangat panas dan diberi minum dengan air dari sumber yang sangat panas.Mereka tiada memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar.
Surah Al-Ghaasyiyah ayat 4-7.




Sememangnya tidak tertanggung oleh kita dalam menerima seksaan Allah dalam neraka yang sangat menggerunkan itu.

Jika begitulah bayangan neraka,bertaubatlah kita kepada Allah di atas segala kesalahan dan kealpaan kita selama hidup di dunia ini.
Masih ada masa dan waktu untuk kita kembali ke pangkal jalan. Luruskan perjalanan hidup dan perjalanan hati atau roh kita semuga kita dirahmati Allah dunia dan akhirat.

Selagi waktu masih ada sebelum nyawa di halkum, sebelum pintu taubat ditutup, marilah kita serahkan hati dan diri kita kepada Allah.Semoga Allah ampunkan kita dan terima taubat kita .

Amin Ya Allah.

No comments:

Post a Comment