web stats

Thursday 14 August 2014

ZAHIRLAH SEGERA WAHAI PENYELAMAT UMMAH




Dunia sedang hancur berkecai dengan keganasan dan kezaliman yang memuncak.

Manusia tidak ada perikemanusiaan dan tidak ada kasih sayang lagi walaupun senipis kulit bawang atau sebesar janggut udang..


Nyawa manusia seolah-olah tiada harga lagi walaupun satu sen Kejamnya umat manusia yang tidak ada Tuhan dan Nabi dalam hatinya.

Manusia kini sanggup berbunuh-bunuhan, sanggup tindas menindas, sanggup seksa menyeksakan sesama manusia tanpa ada rasa belas ihsan walaupun sekelumit jua.

Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka

berlakulah zaman kenabian itu sebagai­ma­na yang Allah 

kehendaki. Kemudian Allah mengang­kat zaman itu. 

Kemudian berlakulah Zaman Kekha­lifahan (Khulafaur 

Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka 

berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki.
Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman 

pemerintahan yang menggigit (Zaman Fit­nah). Berlakulah 

zaman itu sepertimana yang Allah ke­hen­daki. Kemudian 

Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe­nin­

dasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berla­ku­lah 

zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian 

berlaku pula Zaman Kekha­lifahan (Imam Mah­di dan Nabi 

Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman 

Kenabian. –(Riwayat Ahmad)

Dunia sudah gawat, sudah penuh dengan kebatilan, kejahatan dan keganasan .
Musuh-musuh Allah sudah berleluasa dan bermaharaja lela membuat kerosakan di muka bumi Tuhan di akhir zaman ini..

Bila lagi...bila lagi... bila lagi?... 




Wahai Tuhan!...
Munculnya penyelamat ummah yang Engkau janjikan di akhir zaman ini? Datang mereka berdua untuk membawa keamanan,kemenangan,kejujuran, keadilan, ketenangan dan menjadi pembela agama dan ummah?.


Bila lagi Ya Allah!...



Wahai Tuhan kami!...
Tangisan sedang memuncak bagi hamba-hambaMu yang dianiayai oleh musuh-musuhMu.


Segerakanlah munculnya pembela agama dan pembela ummah untuk menumpaskan kedurjanaan,kebatilan,kejahatan yang memuncak kini.

Tidak sanggup lagi hamba-hambaMu ini melihat dan menyaksikan penderitaan saudara seIslam kami yang ditimpa malang, dianiayai, dizalimi, dimusnahkan, diseksa, dibakar, dibom, disembelih , ditembak hidup-hidup, ditikam, dicabul maruahnya,dirompak, disamun, dicolek, dihina,dibunuh, dihenyak dengan sesuka hati mereka (musuh-musuhMu).

Ya Allah!...
Datangkanlah pembelaanMu sesegeranya..


Ya Allah!...
Turunkanlah bantuanMu.


Hancurkanlah musuh-musuhMu,
Kecilkanlah bilangan mereka, lumpuhkanlah kekuatan lahiriah mereka, bubarkanlah kumpulan mereka, hancurkanlah kaum mereka,musnahkanlah kekuasaan, kehebatan mereka.Lemahkanlah pasukan mereka.


Amin Ya Allah!...

Bukankah Engkau, Tuhan (Allah) yang Maha Hebat, Maha Perkasa, Maha Berkuasa atas sesuatu, Maha Pencatur, Maha Pemutus, Maha Segala Maha.

Engkau amat mampu lakukan apa saja atas Qudrat dan IradahMu Ya Allah!...

Tolonglah hamba-hambaMu yang sedang menanggung penderitaan kehilangan segala-galanya ini.


Ya Allah !....
Ya Tuhan kami!..


Tolonglah kami hamba-hambaMu yang amat lemah dan kerdil ini.
Tolonglah... dengarilah munajat, rintihan, taubat dan doa kami ini.


Ya Allah!...
Wahai Tuhan kami!...


Pada mereka yang telah pergi kembali kepangkuanMu, semoga mereka semua mendapat anugerah syahid di sisiMu.


Semoga Engkau bina mahligai Syurga buat mereka yang mati dihempas batu bata dalam keruntuhan rumah dan bangunan.
Semoga mereka syahid bagi yang mati terbakar, dibakar, ditembak, dibom dan sebagainya.


Bukankah Engkau Maha Baik lagi Maha Adil Ya Allah!...
Khabarkanlah berita busyra kepada seluruh hamba-hambaMu yang dizalimi dan dianiayai oleh musuh-musuhMu Ya Allah!..



Ya Allah wahai Tuhan kami!..
Kami sangat mengharap kezahiran pembela agama dan pembela Ummah yakni Imaamul Mahdi Al Muntazar dan juga Nabi Isa Al-Maseh,Sebagaimana yang terdapat dalam hadis akan kebenaran kemunculan mereka.


Sabda Baginda Rasulullah SAW yang membawa maksud:-
"Andaikata dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku, namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku (Muhammad bin Abdullah).Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan".
(HR Abu Daud).


Benarlah janji Allah bahawa sesungguhnya Imam Mahadi (pemimpin yang ditunjuk Allah) akan berperanan sebagai panglima perang umat Islam akhir zaman.

Beliau akan mengajak umat Islam yang bukan munafiq untuk memerangi para Mulkan Jabriyyan (Para Penguasa Zalim) yang bermaharaja lela di atas bumi Tuhan kini.


Sabda baginda lagi yang bermaksud:-
"Al-Mahdi berasal dari umatku,berkening lebar, berhidung panjang dan mancung.Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini)

sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun".
(HR Abu Daud dan Al-Hakim).


Pemimpin gandingan kepada Khalifah Imam Mahadi Al-Muntazar ialah Nabi Isa Al-Maseh.Nabi Isa as sehingga kini masih hidup dan hanya Allah saja Maha Mengetahui di mana Nabi Isa as ditempatkan.

Di akhir zaman Nabi Isa as akan diturunkan oleh Allah
SWT dari langit ke bumi.


Sabda baginda Rasulullah SAW yang membawa maksud, "Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa.Sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit),apabila kamu telah melihatnya, maka ketahuilah bahawa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang,berkulit putih kemerah-merahan.Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah, kepalanya seakan-akan menitis air walaupun ia tidak basah".
(HR Abu Daud).


Benarlah sabda Nabi SAW bahawa sesungguhnya kezahiran 2 pemimpin besar Ummah ini akan muncul walaupun sangat ditentang oleh musuh-musuhMu wahai Tuhan kami.

Namun ianya sangat dinanti
-nantikan,ditunggu-tunggu oleh seluruh kaum mukminin dan orang-orang Islam yang bertaqwa.


Ya Allah tunaikanlah janji-janjiMu sesegeranya.
Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang Maha menepati janji-janjiMu.


Firman Allah yang membawa maksud:sesungguhnya Aku (Allah),tidak memungkiri janji-janji".

Ya Allah!.. Ya Tuhan Kami!.. Menangkan Islam kalahkanlah kekufuran.

Amin Ya Rabbal A'lamin.



No comments:

Post a Comment