Terkejut sekali bila ku lihat gambar-gambar dan
tonton video yang tersebar di Media Sosial, gadis Melayu bertudung
menutup aurat dengan kemasnya, tiba-tiba naik ke atas pentas bersalam,
lalu dicium, dikucup dahi dan dipeluk erat oleh artis lelaki Korea
(KPOP).Dengan rela hati membenarkan diri mereka diaibkan di atas pentas
cara terbuka.Malah gadis Melayu bertudung sendiri ghairah memeluk artis
KPOP tanpa segan silunya.
Hancur luluh hatiku ini apabila melihat gadis Melayu
bertudung begitu murah serta tergadai kesopanan gadis Melayu yang selama
ini kaya dengan adab ketimurannya, hingga sanggup merelakan dirinya
dicabul maruah dikhalayak ramai dengan bangganya.
Fanatik keterlaluan hinggakan sanggup menggadai maruah
sebagai gadis Melayu Islam.Bagaikan histeria berjangkit-jangkit seorang
demi seorang naik ke pentas semata-mata untuk dipeluk cium oleh artis
pujaan KPOP, lupa diri mereka adalah gadis Melayu Islam yang bertudung
lingkup.
Para penonton yang hadir dalam program tersebut
bersorak gemuruh menyokong perbuatan terkeji itu.Maka berpestalah
syaitan-syaitan iblis menang di waktu tersebut.Islam
dipermain-mainkan.Syariat Allah diperlecehkan.Kalimah Toyyibah yang
dijunjung tinggi telah dipijak-pijak pada saat peristiwa tersebut.
Imej agama Islam di mata dunia terhina sekali.
Aduh!....sedihnya.
Buta dan beballah mata hati umat Islam melihatnya jika
hati kecilnya tidak rasa tercabar dan dicabar dengan isu ini.Dajjal
Laknatullah yang sedang berusaha untuk lepas dari rantai mengikat
dirinya itu, lagi tidak sabar untuk zahir ke bumi ini untuk mengajak
seluruh manusia mengaku dia adalah Tuhan dan menjadi pengikut dan
kuncu-kuncunya yang setia.
Nampak ketara sekali gadis Melayu Islam yang bertudung
dipeluk dan dicium dengan rela hati,mereka dipeluk dari hadapan dan
juga dari belakang. Mereka seronok secara terbuka diperlakukan
sedemikian rupa. Astaghfirullahal'Azim...., seronok dengan dosa dan
maksiat, hinggakan sanggup durhaka kepada Allah Taala, dengan melanggar
hukum hakam Allah secara terang-terangan.
MasyaAllah...
Ya
Allah...apa sudah jadi dengan sebahagian gadis-gadis Melayu Islam
bertudung hari ini.Sudah tidak takut Allah lagi.Tidak malu lagi pada
Nabi Muhammad SAW.Tidak fikir langsung nama baik ibu bapa mereka.Tidak
fikir langsung maruah diri dan perasaan gadis-gadis Melayu Islam lain
yang benar-benar ikhlas dalam menutup aurat dan bertudung.
Syaitan dan iblis gemok, kenyang, menari-nari
keseronokan, sedangkan Nabi Roh Nabi Akhir Zaman Baginda Rasulullah SAW
menangis semahu-mahunya di alam sana, melihat begini rapuh iman umatnya
(gadis bertudung).
Negara
Malaysia kini sedang berhadapan dengan bencana alam banjir tsunami yang
terburuk dan teruk, sepatutnya program seperti ini tidak berlaku.Ini
menambahkan lagi murkanya Allah kepada kita.Mehnah dan musibah yang
berlaku ini pun tidak termampu kita menanggungnya, ditambah lagi dengan
hal yang sekeji ini.Marilah kita semua bertaubat di atas apa yang sudah
berlaku. Semoga Allah tidak hancurkan negara Malaysia tercinta kerana
dosa-dosa dan kemungkaran yang dilakukan ini.
Ampun Ya Allah.
Nampaknya berita menggemparkan umat Islam kini berlaku lagi setelah berita mengenai "I Want To Touch A Dog" menyepi sekian lama.
Kini
muncul pula berita yang mencalar dan menghina umat Islam dan agama
Islam khususnya.Menyirap panas darahku menyaksikannya.Terasa bahangnya
dan amat tercabar, apabila gadis Melayu Islam bersikap begitu keji dan
tidak tahu malu walaupun sedikit.Inilah yang dikatakan alam Jahiliah
kedua sudah dan sedang pun bermula.
Terasa
pecah hati ini melihat syariat Islam tergadai begitu sekali.Ya
Allah...ku tidak mampu bersuara dalam hal ini, hanya ku mampu bersuara
melalui matapenaku "BICARA HATIKU UNTUKMU" sahaja, sebagai buktiku
memprotes perbuatan terkutuk ini.Semoga aku tidak dipersoalkan di
hadapanMu Ya Allah, di akhirat kelak dalam kes ini.Ampunkan aku hambaMu
yang amat lemah ini.... Ya Allah.
Selaku
umat Islam di negara Malaysia,penyebaran berita terkutuk ini janganlah
kita pandang sebelah mata sahaja.Difahamkan beberapa orang gadis
bertudung diperlakukan begitu menghina Islam oleh beberapa anggota dari
Kumpulan KPOP B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala
lumpur baru-baru ini.Katanya program tersebut adalah anjuran oleh
syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Dalam hal sebegini, siapakah yang harus
dipersalahkan?.Masing-masing menuding jari ke pihak sana dan ke pihak
sini.Tidak payahlah kita menuduh antara satu sama lain.Perkara sudah pun terjadi.Elok kita semua bertaubat sesungguh-sungguhnya pada Allah, daripada semuanya menyalahkan pihak lawan atau pihak yang kita tidak senang
dengan mereka,sedangkan apa yang berlaku ini ianya berpunca dari
rumah (masalah didikan dari awal).Sekali gus ini adalah tanggung jawab semua pihak untuk membenteras
ianya supaya tidak berulang lagi akan datang.Ambillah ia sebagai iktibar dan pengajaran.
Anak-anak sedari kandungan dan baby lagi sepatutnya
diberatkan dengan ayat-ayat Allah dan ajaran Nabi Muhammad SAW.Bagi si
ibu yang mengandung sepatutnya rajin membaca Al-Quran, berwirid
zikir,supaya anak yang dilahirkan terpelihara dari hasutan nafsu dan
syaitan iblis terkutuk.
Dari kecil didikan agama diberi secukupnya oleh ibu
bapa supaya anak-anak dibesarkan dalam iman dan Islam.Melentur buluh
biarlah dari rebungnya, bukan sudah menjadi buluh yang keras dan tua,
baru hendak dilentur, akan patah dan pecah jadinya.
Anak-anak gadis Melayu Islam hendaklah dididik
secukupnya supaya tahu malu,kerana malu itu separuh daripada
iman.Dididik juga supaya tidak terlalu bebas ke hulu dan ke hilir, tanpa
ada batasan yang membatasinya.Hendaklah ibu bapa sentiasa mengawal
perjalanan anak-anak gadis mereka setiap saat dan minit, supaya
anak-anak gadis dipantau 24 jam oleh ibu bapa.
Akan
tetapi sekarang ini anak-anak pun sudah pandai melawan ibu bapa.Tidak
mendengar kata, bahkan tidak makan saman lagi jika diberi nasehat oleh
ibu bapa mereka.Anak-anak dewasa kini sudah pandai menjawab dan berhujah
dengan orang tuanya.Ini pun satu faktor menyebabkan masalah gejala
sosial berleluasa dengan galaknya.
Rasa takut pada Allah sedari awal sepatutnya
diterapkan dalam hati anak-anak.Rasa rindu dan malu pada Baginda
Rasulullah SAW, sepatutnya dilatih-tubi setiap masa supaya anak-anak
rasa dia ada Nabi Akhir Zaman, untuk dijadikan idola dalam hidupnya.
Apa pun kita yakin ini semua adalah fitnah akhir
zaman,sebagai bukti kezahiran dan kemunculan Dajjal Laknatullah sudah
terlalu hampir.Iman umat Islam semakin hari semakin dicabar dan
tercabar.Maruah agama Islam semakin digugat dan dipersendakan. Syariat
semakin diringankan dan dilonggarkan.Iman dalam dada manusia semakin
nipis dan gersang. Ini semua adalah petanda kehancuran dunia sudah
terlalu hampir.Umur dunia sudah tua, ibarat nenek bongkok tiga yang
sudah tersungkur jatuh ke bumi.
Tanda-tanda kiamat sudah terserlah apabila pendedahan
aurat seluas-luasnya, perlakuan sumbang muhram berleluasa,pergaulan
bebas lelaki perempuan yang diharamkan Allah semahu-mahunya tanpa
sekatan, maka lahirlah anak-anak zina bersepah-sepah merata tempat,
wanita Islam sudah hilang malunya, ibu melahirkan anaknya bagaikan
"TUAN", semuanya ini adalah di antara petanda-petanda kecil alamat
kiamat.Alamat Kiamat Kubra
akan berlaku setelah petanda kecil semuanya sudah lengkap terjadi.
Setelah dunia ini penuh dengan kezaliman, penghinaan,
kekufuran maka muncullah Dajjal Laknatullah,Allah tidak akan membenarkan
buminya ini hancur musnah dek kejahilan dan kejahatan yang memuncak,
maka Allah akan zahirkan juga 2 orang pemimpin ummah yakni Imam Mahdi
Al-Muntazar dan Nabi Isa Al-Maseh.Mereka akan muncul untuk membawa
keadilan, kemakmuran dan keamanan sedunia.Allah ada caraNya untuk
menyelamatkan agama Islam yang Allah iktiraf ini.
2 orang pemimpin besar ini akan membasmi kemungkaran,
kedurjanaan serta memperjuangkan keadilan dan membawa kemakmuran dalam
masa yang sama, 2 pemimpin besar ini akan bersatu hati dan bergabung
tenaga memusnahkan perarakan Dajjal Laknatullah dan akhirnya Nabi Isa
Al-Maseh berjaya membunuh Dajjal Laknatullah dengan tombaknya.Semuanya
ini berlaku di atas kehendak dan dengan izin Allah jua.
Kita hanya mampu berdoa agar penyelamat Ummah
segeralah zahir untuk menjadi penyelamat dunia hari ini dan
menyemarakkan kembali Islam dalam hati setiap insan.Kuncu-kuncu Dajjal,
Yahudi dan Talibarutnya sedang berleluasa menjahanamkan iman-iman yang
ada dalam hati setiap peribadi Muslim di waktu ini, dengan apa cara
sekali pun, sebelum Dajjal yang sebenarnya zahir sebagai Maharaja Sihir
Akhir Zaman.
Hanya 2 pemimpin ummah sahaja yang mampu membenteras
kejahatan dan kemungkaran yang sangat berleluasa kini.Kita selaku umat
Islam hanya mampu menggenggam bara api Islam agar tidak padam.Untuk
membarakan api Islam agar ianya marak menyala dan bercahaya menerangi
alam maya ini, sama-samalah kita berdoa ke Hadrat Allah Taala agar
segeralah munculnya pemimpin ummah yang ditunggu-tunggu.
Dunia sudah dikuasai oleh kemungkaran dan kemaksiatan
yang bermaharaja lela.Tiada daya dan upaya kita melawan arus jahiliyah
kedua ini berlaku.Hanya dengan meminta, merayu, berdoa kepada Allah
sajalah jalan keluarnya agar kita dan zuriat kita dipelihara Allah
daripada terpengaruh dengan budaya kuning (Barat), agenda Yahudi dan
fitnah Dajjal Laknatullah.
Ya Allah... berilah petunjuk dan taufiqMu kepada hamba-hambaMu yang masih dalam kegelapan iman dan taqwa.
Ya Allah... anugerahkanlah kami kekuatan untuk berhadapan dengan ujian dan dugaan dariMu Ya Allah.
Ya Allah.... tolonglah menangkan Islam dan tumpaskan
musuh-musuh Islam yang berusaha keras untuk menghancurkan agamaMu di
dunia ini.
Ya Allah.... tolonglah pelihara iman-iman kami yang
senipis kulit bawang ini, agar mampu kami pertahankan hingga kami
bertemu denganMu Ya Allah.
Amin Ya Allah.
No comments:
Post a Comment