web stats

Thursday, 1 January 2015

ALLAH SEDANG MURKA KEPADA KITA..



Sedarlah wahai umat manusia sekaliannya. 
Tuhan (Allah) sedang murka kepada kita penghuni bumiNya ini.
Janganlah kita buat acuh tidak acuh akan kemurkaan Allah ini.

Janganlah kita tidak faham akan sindiran Allah ini.Allah mahu menunjukkan kuasa Mutlaqnya kepada kita, bahawa Allah sangat mampu lakukan apa saja jika Dia berkehendak.

Allah lakukan ini semua supaya kita takut padaNya dengan sebenar-benar takut dan kita menyembah kepadaNya dengan sebenar-benar sembah.Allah mahu kita rukuk, sujud kepadanya dengan sebenar-benar dan rukuk dan sujud.

Allah amanahkan kita duduk di atas bumiNya ini untuk beribadah dan menyembahNya, bukan membuat maksiat,kemungkaran dan kerosakan di atasnya.Bukan melakukan perkara ikut sesuka hati kita.Maha suci Allah dari berlaku zalim pada hamba ciptaanNya, bahkan kitalah yang telah menzalimi diri sendiri.




Allah sudah memperlihatkan kemurkaanNya dan kekuasaanNya yang Maha Hebat dengan memerintahkan segala bala tenteranya untuk bertindak ke atas kita.

Allah telah memerintahkan tentera air, tentera angin, tentera api, tentera udara, dan pelbagai bala tenteraNya memusnahkan segala apa yang ada.Jika kita tidak serik dan tidak insaf lagi,Allah mampu lakukan musibah yang lebih hebat berganda-ganda lagi dari yang sedia ada.

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN ALLAH!......

Allah tidak pernah tersalah dalam bertindak dan menghukum.
Allah tidak pernah melakukan apa sahaja sia-sia.Semuanya ada maksud yang tersurat mahupun yang tersirat bagiNya. 
Maha suci Allah daripada tersilap dalam keputusanNya.


Seorang sahaja yang melakukan dosa, habis orang lain menerima musibah.Apatah lagi jika ramai yang melakukan kedurhakaan dan dosa kepada Allah, lagi dahsyatlah bala bencana yang Allah akan putuskan.Allah adalah Penguasa Alam Semesta yang wajib kita tabik padaNya.

Tentera air, tentera angin, tentera api, tentera tanah,tentera guruh dan kilat menyambar memanah apa saja , tentera udara dan pelbagai tentera lagi, sangat patuh dan taat pada arahan Allah. Maka terjadilah apa yang kita saksikan di waktu ini.

Marilah kita muhasabah diri atas peristiwa yang amat besar ini.
Bersangka baiklah denganNya.Dahsyatnya kemurkaan Allah apabila Dia bertindak.Tidak ada siapa pun yang mampu menghalangnya.

Wahai umat manusia sekaliannya...
Tinggalkanlah keseronokanmu dengan dunia yang merugikan.
Dunia hiburan Ala Barat atau konsert-konsert yang sangat melalaikan tinggallkanlah, kerananya kita lupa Tuhan, lupa Nabi,lupa akhirat, lupa mati, lupa alam Barzakh, lupa Siratal Mustaqim, lupa Al-Mizan,lupa hari pembalasan, lupa seksaan api neraka , lupa diri kita akan dihidupkan semula kali kedua untuk selama-lamanya..



Ayuh...Wahai saudara-saudara se Islamku sedunia........
Kembalilah kepada dunia hiburan berteraskan Islam dan mentauhidkan Allah seperti Selawat Perdana,Malam Cinta Rasul,Konsert yang bertemakan Takut Allah, Rindu Nabi dan berkasih sayang sesama insan atau Ceramah Perdana, nasyid-nasyid, pentomen, lakunan yang Islamik,Malam Muzikal Islam, Teater Islam yang menanamkan iman di hati- hati manusia perjuangkanlah.Berhiburlah dengan hiburan yang mendekatkan hubungan hati kita pada Tuhan dan Nabi.

 
Kemurkaan Allah sangat hebat setiap saat kini.
Apakah kita tidak menyedarinya?.
Apakah masih kita ingin berpoya-poya?.
Adakah masih kita ingin durhaka kepada kedua ibu bapa?.


Apakah kita masih mahu mendedahkan aurat dan memaparkan kecantikan tubuh badan kita yang menggiurkan itu, kepada lelaki ajnabi yang bukan muhram kita?.

Apakah masih kita seronok dengan pergaulan bebas sehinggakan kerana itu lahirlah anak-anak luar nikah (anak zina) merata setiap saat dan minit jam berputar?.

Apakah masih kita bangga dengan perempuan-perempuan simpanan dan dayang-dayang yang tidak sah menurut hukum Islam?.

Apakah kita masih mahu mendabik dada merasakan kita tuan, kita boss, kita hebat, kita mampu, kita kuat,kita kaya dan segalanya?.



Allah sedang murka dengan perangai dan sikap kita.
Wang- wang di bank jutaan ringgit banyaknya, apakah kita sudah mengeluarkan zakat harta, zakat perniagaan, zakat penternakan, zakat barang kemas dan seumpamanya?.

Apakah kita masih seronok dengan judi, arak, tikam loteri (tikam ekor).Masih mahu berseronok dengan perempuan murahan di jalanan dan sebagainya yang Allah larang?.

Apakah kita masih mahu bertelagah , berhasad dengki, dendam kesumat, fitnah memfitnah, jatuh menjatuhkan, sindir menyindir, maki hamun,cemburu buta dan sebagainya yang tercela?.

Bersegeralah kita bertaubat dan berikrarlah di hadapan Allah kita mahu tinggalkan semuanya itu dan mahu kembali kepada Allah dengan taubatan nasuha, sebelum nyawa di halkum.Sebelum pintu langit tertutup buat kita, marilah kita bertaubat.
Semoga Allah ampunkan kita semua.Tubnailallah Ya Allah.





Semoga Allah tidak lagi murka kepada kita bahkan merahmati kita dan jadikan bumiNya ini dengan........
(Baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur).
(Negara yang aman damai dalam pengampunan Allah).

Kemurkaan Allah di zaman dahulu, Allah lipat dan belah bumi ini. Allah sapu bersih umat yang durhaka dan degil di waktu itu.
Allah tenggelamkan dalam Banjir Besar zaman Nabi Nuh AS, Allah benam lemaskan dalam Laut Merah zaman Firaun, kerana engkar dengan perintah Allah dan menentang Nabi Musa AS.

Allah hancurkan Kaum A'ad, Kaum Thamud sehancur-hancurnya dan banyak lagi sejarah silam yang hitam boleh dijadikan iktibar dan pengajaran.Ngerinya jika Allah bertindak sedemikian rupa kepada generasi kita di akhir zaman ini.Dosa dan maksiatlah menyebabkan Allah lakukan ini semua.

Bumi dimusnahkan dengan bencana alam di sana sini.
Itu sebenarnya amaran dari Allah.

Apakah tidak kita gerun dan tidak mengambil iktibar?.


Seolah-olah Allah berkata.....,
"Wahai umat manusia, jika kamu enggan menyembahKu dan tidak mahu meninggalkan laranganKu, kamu carilah bumi lain dan langit lain untuk kamu pijak dan junjung".

Ya Allah bumi dan langit mana yang kita hendak cari, sedangkan semuanya Allah punya.Hanya Allah sajalah Tuhan yang layak untuk disembah dan diagung-agungkan.

Sekali lagi ku menyeru kepada diriku dan kepada sekalian umat manusia , mulai saat ini marilah kita mohon ampun ke Hadrat Allah Taala dan bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat.
Semoga Allah redha kepada kita.

Tubnailallah...Tubnailallah.
(Taubatkan kami Ya Allah).

Amin Ya Allah.

No comments:

Post a Comment