Ku tujukan artikle ini khusus untuk para pejuang kebenaran di akhir zaman, tidak kira di mana sahaja mereka berada di muka bumiMu ini.Ku tujukan juga untuk seluruh saudara seagamaku sedunia.Akhirnya ku tujukan khas untuk seluruh kaum keluarga dan keturunanku.
Walau siapa pun mereka, asalkan mereka seagama dan semazhab juga satu iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah sama denganku, pintaku kepadaMu agar Engkau tolonglah jaga mereka demi agamaMu wahai Tuhanku.
Walaupun
mereka bukan darah dagingku, bukan keturunanku, bukan sanak saudaraku,
bukan ahli keluargaku yang terdekat, akan tetapi mereka adalah hambaMu
yang mengucap dua kalimah syahadah, mereka adalah saudara seIslamku.
Tolonglah jaga mereka demi agamaMu Tuhanku.
Tolonglah jaga mereka demi agamaMu Tuhanku.
Berilah
mereka kekuantan lahir dan batin.Kuatkanlah hati mereka atas
agamaMu.Cekalkanlah jiwa mereka dalam memperjuangkan sunnah
NabiMu.Kukuhkanlah ikatan hati-hati mereka atas ikatan tali agamaMu
(Islam)
Satu
padukanlah ukhwah dan kasih sayang mereka, yang jauh didekatkan, yang
dekat ditautkan lagi hati-hati mereka, mana yang renggang kasih sayang
di kalangan mereka, Engkau temukanlah semula ikatan hati sesama mereka
atas namaMu dan RasulMu.
Wahai
Tuhan Nabiku....Nabi Muhammad SAW, dengan berkat kebesaran mukjizat
kekasihMu Nabi Muhammad SAW, mohonku padaMu, menangkanlah Islam di
tangan mereka yakni para pejuang agamaMu di akhir zaman.
Ku mohon padaMu wahai Tuhanku....
tabahkanlah hati-hati mereka atas jalan yang Engkau redhai.
Anugerahkanlah iman yang kental di hati-hati mereka.
Anugerahkanlah rasa keTuhanan dan rasa kehambaan yang tinggi dalam dada-dada mereka.
Amin Ya Allah.

Wahai Tuhanku...
tolonglah jaga jasad lahir dan batin mereka demi Islam yang mereka perjuangkan.Permudahkanlah, lancarkanlah segala usaha-usaha mereka dalam meningkatkan ketaqwaan ummah di akhir zaman ini, melalui dakwah mereka samada bentuk lisanul hal atau lisaanul maqal.

Tuhanku....
Tolonglah jaga hati mereka atas nama NabiMu.
Agar mereka ikhlas dan tiada kepentingan apa-apa dalam menegakkan kalimah Toyyibah di atas muka bumiMu ini.
Amin.
Tolonglah jaga hati mereka atas nama NabiMu.
Agar mereka ikhlas dan tiada kepentingan apa-apa dalam menegakkan kalimah Toyyibah di atas muka bumiMu ini.
Amin.
Anugerahkanlah rahmatMu kepada mereka para-para pejuang di akhir zaman, dengan nikmat syurga yang sungguh indah lagi hebat itu.
Ya Allah........
Tolonglah anugerahkan mereka kekuatan yang luar biasa dalam menghadapi liku-liku,onak,duri, dugaan, ujian, mehnah dalam harungi perjuanganMu ini.Tuhan...tolonglah pelihara negara-negara umat Islam walau di mana jua.Janganlah ianya jatuh ke tangan kaum kafir yang Engkau murkai.Amin.

mereka syahid yang sangat hebat setimpal dengan pengorbanan dan
keikhlasan mereka, dalam memperjuangkan hukum hakamMu di mukabumiMu ini.
Ya
Allah.... Tolonglah jaga mereka yakni pejuang-pejuang kebenaranMu itu
daripada diperkotak-katikkan oleh musuh-musuhMu, yang cuba menghapuskan
zuriat dan baka keturunan Islam di dunia ini.
Tuhan
....Tolonglah jaga mereka atas nama NabiMu dan atas nama para
wali-waliMu, agar para pejuangMu tabah dan sabar dengan ancaman Yahudi
Israel di mana-mana mereka berada.
Saban
hari umat NabiMu ditekan, ditindas dengan zalimnya, bahkan ada yang di
bunuh, dibakar, ditimbus tanah, disembelih hidup-hidup, dikelar, dibom,
ditembak dengan begitu zalim sekali.
Namun
mereka tetap bertahan atas agamaMu dan atas agama NabiMu, Nabi Muhammad
SAW.Tidak sedikit pun mereka berganjak walaupun maut di hadapan mereka.
Tolonglah jaga iman mereka Ya Allah.Semoga para pejuangMu tetap teguh dan utuh atas agamaMu walaupun nyawa menjadi cagaran.
Peliharalah keturunanku, anak cucu cicitku dari fitnah Dajjal Laknatullah yang akan muncul tidak lama lagi.Kuncu-kuncu Dajjal sudah bertebaran di muka bumimu ini.Selamatkan juga kami darinya juga,Ya Allah.

Semoga diriku dan juga mereka tetap atas agamaMu walaupun fitnah Dajjal
menggundang dengan begitu hebat sekali di akhir zaman ini.Tolonglah selamatkan aqidah kami Ya Allah.
Tolonglah
jaga kaum keluargaku daripada berpecahbelah kerana dunia yang penipu
ini.Tolonglah jaga mereka dari godaan nafsu syaitan yang jahat
itu.Tolonglah jaga mereka untukku wahai Tuhanku.
Wahai
Tuhanku....
Tolonglah jayakan apa sahaja usaha-usaha para pejuang kebenaran di akhir zaman ini, demi ingin melihat agamaMu berdaulat buat kali kedua tidak lama lagi.
Tolonglah jayakan apa sahaja usaha-usaha para pejuang kebenaran di akhir zaman ini, demi ingin melihat agamaMu berdaulat buat kali kedua tidak lama lagi.
Menangkanlah
Islam wahai Tuhan atas tangan mereka yang tidak berdaya jika tanpa
pimpinan, panduan dan pertolonganMu.
Wahai Tuhanku...Tolonglah...
Dengarilah rayuan dan rintihan hatiku ini.
Aku juga barangan ciptaanMu,Sesungguhnya aku amat lemah, amat kerdil, amat dhaif lagi amat kekurangan segalanya.
Aku sangat memerlukan bantuanMu....Wahai Tuhanku....

Tanpa
pimpinan dan bantuanMu, mustahil untukku capai apa yang Engkau tuntut
dariku sebagai hambaMu di dunia ini.
Sesungguhnya.....aku mengharapkan pertolonganMu Tuhan.
Sesungguhnya.....aku mengharapkan pertolonganMu Tuhan.
Menangkanlah agamaMu ini daripada cengkaman musuh-musuhMu.
Ya Allah....Musnahkanlah segala perangcangan jahat musuh-musuhMu untuk menghancurkan agamaMu di duniaMu ini.
Memang mustahil agamaMu kecundang, namun ianya tidak mustahil ramai umat Islam akhir zaman akan kecundang iman-iman mereka, jika Engkau tidak tolong pelihara dan tolong jaga iman-iman mereka ..Ya Allah...

Ya Allah.....Tolonglah jaga Tauhid kami di akhir zaman ini,
agar kami tetap mempertahankannya sampai kami mati bertemu denganMu di alam baqa nanti.
agar kami tetap mempertahankannya sampai kami mati bertemu denganMu di alam baqa nanti.
Amin Ya Allah.
No comments:
Post a Comment