web stats

Wednesday, 17 December 2014

HEBATNYA AKHLAKMU YA RASULALLAH SAW.




 Hebatnya akhlakmu Ya Rasulallah....., sehinggakan kerana itu ada dari kalangan bangsa Yahudi beriman kepada Allah dan  Rasulnya dan sanggup menukar agama datuk nenek moyang mereka dari menyembah patung berhala kini menyembah Allah yang Maha Esa.

Benarlah kezahiranmu ke dunia ini umpama cahaya bulan yang menyinari kegelapan malam.
Akhlak mu adalah AL-QURAN.
Akhlak mu Ya Rasulallah SAW, sebagai QUDWAH HASANAH (contoh ikutan terbaik).

Baginda sangat mengasihi ummatnya yang mempunyai akhlak yang baik sebagaimana sabdanya Baginda SAW, yang membawa maksud "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi dan yang paling dekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya".(HR At-Tirmidzi).

Hebatnya budi perkertimu Ya Rasulallah SAW, sehinggakan kerana itu tersungkur sekalian para sahabat mentaatimu, menyayangimu dan merinduimu.
Bahkan mereka sanggup bermati-matian bersamamu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini dalam susah dan senang walaupun nyawa sebagai cagarannya.

Hebatnya adab-adabmu Ya Rasulallah SAW, sehinggakan para sahabat yang bernama  Akasyah sanggup membuat helah agar dapat peluang mencium tubuhmu yang mulia itu, semata-mata ingin mengambil  keberkatanmu sebagai seorang Nabi penutup sekalian para Nabi dan Rasul yang Allah redhai.
 
Hebatnya tingkah laku mu Ya Rasulallah SAW, sehinggakan nenek tua Yahudi, mengucap syahadah diakhir umurnya, semua ini terjadi  kerana terpikat dengan sopan santunmu yang teramat tinggi dan murni.



Hebat dan lunaknya layanan mesramu kepada seorang lelaki tua yang buta, kerana suapanmu penuh dengan kasih sayang, lelaki tua ini mati dalam iman dan Islam, ia terkenang-kenangkan suapan kasih sayangmu sehinggakan setelah wafatnya dikau Ya Rasulullah.

Sayyidina  Abu Bakar menggantikan tugasmu menyuap lelaki tua itu, namun lelaki tua itu dapat mengesan tidak sama indahnya suapan darimu Ya Rasulallah SAW, lelaki tua itu bertanya siapakah yang menyuap makanan kepadaku selama ini?.Satu soalan yang sungguh memilukan hati Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.

Jawab Sayyidina Abu Bakar AS dengan linangan air mata kerinduan kepada Nabi Muhammad SAW, beliau adalah Baginda Rasulullah (Muhammad) yang pakcik tidak mahu mendengar namanya disebut, sebab itulah pakcik merayau dan lari  jauh ke padang pasir.

Setelah mendengar akan penjelasan Sayyidina Abu Bakar akan betapa mulianya akhlak Baginda Rasul, maka kerana rindunya lelaki tua ini yang bersangatan kepada Nabi Muhammad SAW,dia terkejut Nabi sudah wafat maka terus ia meninggal dunia dalam mengucap dua kalimah syahadah.

MasyaAllah.....begitu tingginya budi pekertimu Ya Rasulallah SAW, berkata Anas bin Malik r.a "Bahawa Baginda Rasulullah SAW adalah manusia yang paling baik budi pekertinya".
HR Bukhari dan Muslim.

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu untuk diikuti, bagi orang-orang yang mengharapkan keredhaan Allah, kemuliaan hidup di akhirat dan bagi orang-orang yang mengingati Allah".

Hebatnya tawadukmu Ya Rasulullah...... sehinggakan seluas langit dan bumi akur akan kehebatan akhlak mu.Burung-burung di udara, ikan-ikan di lautan, sekalian jamadat di dunia ini serta seluruh para Malaikat merasa betapa hebatnya peribadi mu yang sungguh agung itu.Semoga kami layak meniru akhlakmu yang mulia itu walaupun tempias pun jadilah.

ANUGERAHKANLAH YA ALLAH.......

No comments:

Post a Comment