Kasih sayang adalah anugerah Tuhan yang amat mahal kepada hamba-hambaNya.Namun ianya semakin pudar dan pupus di akhir zaman ini, kerana ujian fitnah semakin memuncak boleh menghancurkan kasih sayang sesama insan.
Manusia sudah mula hidup nafsi-nafsi dan tidak pedulikan sesiapa lagi.Melainkan yang punya hati, barulah wujudnya kasih sayang atas nama Ilahi dan Nabi, namun ianya amat sedikit sekali, boleh dihitung dengan jari.
Ianya juga berlaku kerana berlainan pendapat sesama manusia, bersengketa sesama sendiri, prajudis antara satu sama lain,
sikap saling percaya mempercayai semakin kendur sesama umat Islam.Paling parah lagi boleh putus kasih sayang sesama kaum keluarga tercinta kerana dunia.
sikap saling percaya mempercayai semakin kendur sesama umat Islam.Paling parah lagi boleh putus kasih sayang sesama kaum keluarga tercinta kerana dunia.
Kadang-kadang kerana berlainan pendirian manusia hari ini boleh putus silaturrahim antara suami isteri, antara anak dengan ibu ayah, antara adik beradik sesama mereka, antara saudara mara, sahabat handai, juga jiran tetangga.
Mengapa ini semua harus terjadi?.
Mengapa sesama umat Islam sanggup berbunuh-bunuhan?. Sanggup mengadu domba?.
Sanggup fitnah memfitnah?.
Sanggup bergaduh dan bertengkar?.
Mengapa sesama umat Islam sanggup berbunuh-bunuhan?. Sanggup mengadu domba?.
Sanggup fitnah memfitnah?.
Sanggup bergaduh dan bertengkar?.
Sanggup jatuh menjatuhkan sesama sendiri.
Sanggupburuk memburukkan antara satu sama lain.
Aduh!... hancur punahnya kasih sayang sesama insan.
Sanggupburuk memburukkan antara satu sama lain.
Aduh!... hancur punahnya kasih sayang sesama insan.
Iman sudah tidak dipedulikan.
Putus kasih sayang kerana harta pusaka pun ada.
Sanggup berbalah kerana dunia yang sementara.
Alangkah ruginya manusia hari ini.
Sangat sedikit sekali kasih sayang yang mampu dipertahankan dan diperjuangkan.

Nipisnya ikatan hati dan kasih sayang di akhir zaman ini.
Kadang-kadang kerana membela anak kesayangan,
sanggup putus ikatan darah daging.
Kadang-kadang kerana membela anak kesayangan,
sanggup putus ikatan darah daging.
Tidak hairanlah pada hari ini musuh-musuh Islam tidak takut lagi menzalimi umat Islam di mana-mana.Bahkan ada yang disembelih hidup-hidup bagaikan haiwan diperlakukan.Ada yang ditanam hidup-hidup, ada juga yang dibakar hidup-hidup.
Ini adalah teguran dari Allah supaya umat Islam kembali kuatkan kasih sayang sesama sendiri hingga ke akar umbinya.
Bila umat Islam kuat tautan hati dan kasih sayang, maka akan kuatlah Islam secara automatiknya.
Akan gerunlah musuh Islam untuk menyentuh umat Islam bahkan menjentik pun tidak berani lagi.
Allah akan masukkan rasa gerun dan rasa takut dalam hati musuh Islam untuk memperkotak-katikkan umat Islam.
Marilah sama-sama kita berdoa dan bermunajat agar Islam menang lagi sekali dan kuat kembali di akhir zaman nanti, sebagaimana yang Allah janjikan dan Nabi sabdakan.
Ianya PASTI akan terjadi, namun tidak tahu bilakah masanya kerana ianya sangat bergantung kepada setiap peribadi kita, sejauhmanakah kita semua telah membaiki diri, lebih-lebih lagi membaiki HATI.Segerakanlah Ya Allah.....Islam menang lagi sekali....
AMIN YA RABBAL A'AALAMIN.

Mohon kongsi ya
ReplyDelete