web stats

Friday, 5 December 2014

HATIKU BERMADAH LAGI

TAJUK- KASIH SAYANG TUHAN KEKAL ABADI.

Burulah kasih sayang Tuhan, kerana ianya kekal buat selama-lamanya.
Memburu cinta dan kasih sayang Tuhan kita tidak akan dikecewakan.

Kasih sayang Tuhan akan menyelamatkan kita daripada bakaran api neraka jahanam,

Akan tetapi kasih sayang manusia belum tentu lagi kita terselamat daripada Neraka Jahim.

Kasih sayang Tuhan tidak ada had dan batasnya,

sedangkan kasih sayang manusia sangat terhad dan terbatas.

Kasih sayang Tuhan sangat murni dan Qudus, 

sedangkan kasih sayang manusia sangat berkepentingan dan pura-pura.
Jika ada yang ikhlas sangat sedikit bagaikan antah dalam beras.


TAJUK- TAKUTILAH ALLAH.


Apabila manusia tidak takutkan Allah,
mereka sanggup lakukan apa sahaja,
asalkan nafsunya puas.

Apabila manusia tidak fikirkan Allah,

agama dan maruah digadaikan,
asalkan apa yang diinigini diperolehinya.

Kejam....zalimnya....

Manusia yang tidak ada Allah dalam hatinya....
Hindarilah kami daripada sikap yang merugikan ini...
Ya Allah....
Amin...


TAJUK- SABAR ITU SIFAT TERPUJI.


Bukan senang hendak menjadi orang yang "SABAR"...,
Sekalipun orang yang sudah bergelar alim dan abid.

Orang yang mampu bersabar,

adalah orang yang kuat mujahadahnya.

Orang yang sabar dan kuat menahan marahnya (Kaazimul Ghaiz),

pahalanya tanpa hisab (Bighairil hisab).
Anugerahkanlah..... Ya Allah.....


TAJUK-CINTA DUNIA CINTA PALSU.


Cinta dunia ibarat racun.
Apabila dunia bertapak di dalam hati,
Tuhan dan Nabi tidak dipedulikan lagi. 

Cinta dunia cinta yang palsu,

kerana inginkan dunia,
manusia sanggup ikut nafsu yang melulu.
Akhirat dilupakan, dunia juga yang diburu.

Aduh...parahnya...

Orang yang cinta dunia yang penipu,
kerana dunia...manusia terpesona.
Hidup tanpa pedoman dan panduan lagi.

Akhirnya dunia menjadi Tuhan dalam diri.

Bukan lagi Tuhan Rabbul Jalil berada dalam hati.

Nukilan Hamba

Ummu Sayyidah Al-Muznibah
DISEMBER 2014


No comments:

Post a Comment