Hebatnya akhlakmu Ya
Rasulallah....., sehinggakan kerana itu ada dari kalangan bangsa Yahudi beriman kepada Allah dan Rasulnya dan sanggup menukar agama datuk nenek
moyang mereka dari menyembah patung berhala kini menyembah Allah yang
Maha Esa.
Benarlah kezahiranmu ke dunia ini umpama cahaya bulan yang menyinari kegelapan malam.
Akhlak mu adalah AL-QURAN.
Akhlak mu Ya Rasulallah SAW, sebagai QUDWAH HASANAH (contoh ikutan terbaik).
Baginda sangat mengasihi ummatnya yang mempunyai akhlak yang baik sebagaimana sabdanya Baginda SAW, yang membawa maksud "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi dan yang paling dekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya".(HR At-Tirmidzi).

Hebatnya
budi perkertimu Ya Rasulallah SAW, sehinggakan kerana itu tersungkur
sekalian para sahabat mentaatimu, menyayangimu dan merinduimu.
Bahkan
mereka sanggup bermati-matian bersamamu menegakkan kalimah Allah di
muka bumi ini dalam susah dan senang walaupun nyawa sebagai cagarannya.
Hebatnya adab-adabmu Ya Rasulallah SAW, sehinggakan para sahabat yang bernama Akasyah sanggup membuat helah agar dapat peluang mencium tubuhmu yang mulia itu, semata-mata ingin mengambil keberkatanmu sebagai seorang Nabi penutup sekalian para Nabi dan Rasul yang Allah redhai.
Hebatnya
tingkah laku mu Ya Rasulallah SAW, sehinggakan nenek tua Yahudi,
mengucap syahadah diakhir umurnya, semua ini terjadi kerana terpikat
dengan sopan santunmu yang teramat tinggi dan murni.
Hebat dan lunaknya layanan
mesramu kepada seorang lelaki tua yang buta, kerana suapanmu penuh
dengan kasih sayang, lelaki tua ini mati dalam iman dan Islam, ia
terkenang-kenangkan suapan kasih sayangmu sehinggakan setelah wafatnya
dikau Ya Rasulullah.
Sayyidina Abu Bakar menggantikan tugasmu menyuap lelaki tua itu, namun lelaki tua itu dapat mengesan tidak sama indahnya suapan darimu Ya Rasulallah SAW, lelaki tua itu bertanya siapakah yang menyuap makanan kepadaku selama ini?.Satu soalan yang sungguh memilukan hati Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.

Jawab
Sayyidina Abu Bakar AS dengan linangan air mata kerinduan kepada Nabi
Muhammad SAW, beliau adalah Baginda Rasulullah (Muhammad) yang pakcik
tidak mahu mendengar namanya disebut, sebab itulah pakcik merayau dan
lari jauh ke padang pasir.
Setelah mendengar akan penjelasan Sayyidina Abu Bakar akan betapa mulianya akhlak Baginda Rasul, maka kerana rindunya lelaki tua ini yang bersangatan kepada Nabi Muhammad SAW,dia terkejut Nabi sudah wafat maka terus ia meninggal dunia dalam mengucap dua kalimah syahadah.
MasyaAllah.....begitu tingginya budi pekertimu Ya Rasulallah SAW, berkata Anas bin Malik r.a "Bahawa Baginda Rasulullah SAW adalah manusia yang paling baik budi pekertinya".

HR Bukhari dan Muslim.
Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu untuk diikuti, bagi orang-orang yang mengharapkan keredhaan Allah, kemuliaan hidup di akhirat dan bagi orang-orang yang mengingati Allah".

tawadukmu Ya Rasulullah...... sehinggakan seluas langit dan bumi akur
akan kehebatan akhlak mu.Burung-burung di udara, ikan-ikan di lautan,
sekalian jamadat di dunia ini serta seluruh para Malaikat merasa betapa
hebatnya peribadi mu yang sungguh agung itu.Semoga kami layak meniru
akhlakmu yang mulia itu walaupun tempias pun jadilah.
ANUGERAHKANLAH YA ALLAH.......
ANUGERAHKANLAH YA ALLAH.......
No comments:
Post a Comment