web stats

Tuesday 6 May 2014

Peranan Roh Dan Jasad Manusia





Dalam diri manusia ada jasad atau fizikal (lahiriah) dan adanya roh (rohaniah). 

Peranan roh yang aktif akan menarik jasad juga aktif. Roh yang pasif akan memberi kesan pada jasad juga akan pasif. Roh yang sakit akan membawa jasad juga sakit dan tidak bermaya,lesu, layu dan lemah jiwa.

Roh yang jahat akan mengheret jasad membuat kejahatan dan kemungkaran. Roh yang suci akan mencerminkan peribadi yang tinggi akhlaknya. Kaya dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). 

Roh yang bersìh akan mengarah fizikal berbuat kebaikan dan kebajikan.

Roh yang murni akan membakar mazmumah. Jasad akan dipandu oleh roh yang baik. 
 Roh yang sudah ditingkatkan akan membantu jasad sanggup berkorban untuk Tuhannya, Nabinya dan agamanya. 

Roh yang berseri akan di pimpin oleh para Nabi dan para malaikat. Manakala roh yang gelap dan kotor akan dipimpin oleh syaitan dan iblis laknatullah.

Roh yang bercahaya dengan cahaya (Nur Muhammad), akan menyinari bumi penuh dengan keberkatan. Roh ini akan menarik jasad berakhlak mulia dan pekerti tinggi. Roh ini akan mencahayakan hati nurani.

Roh yang bebas dari kotoran mazmumah akan merindui Nabinya dan menyintai Ilahi dengan sepenuh hati . Roh ini jika kembali kepangkuan Allah akan hidup selama-lamanya di sisi Tuhannya.

Bertuahlah bagi mereka yang mampu menyucikan roh dan meningkatkan roh dirinya, kerana ia akan menjadi kembar kepada Nabinya. Juga rohnya akan berperanan, rohnya aktif di mana saja bagaikan burung terbang bebas kerana sudah merdeka dari sangkarnya.

Marilah kita menyuburkan roh,menyucikan roh, meningkatkan roh, mencahayakan roh,menggilapkan roh dengan cahaya Nuril Anwar (Cahaya atas cahaya).

Roh yang sudah kenal Tuhannya dan kenal Nabinya akan selamat dari kemurkaan Allah. Selamat dari membuat kerja-kerja maksiat yang Allah larang. 

Berusahalah menjadi orang roh kerana orang roh sahajalah boleh berhubung dengan alam roh , dengan alam ghaib yang penuh kenikmatan dunia dan akhirat.

Marilah mencintai alam roh dengan menyucikan roh, dengan mencintai alam roh kita akan dibawa mengembara di negara roh yang sangat indah. 

Kematian adalah kemuncak pertemuan hamba dengan Khaliqnya di negara roh. Marilah rindu dan cintakan kematian kerana di sana adalah negara yang kekal lagi abadi.



No comments:

Post a Comment