web stats

Saturday, 10 May 2014

Mekah Banjir




Tiada Kuasa- Yang Mampu- Menandingi Kuasa Allah.
MasyaAllah!..Astaghfirullah!.. Berita gempar yang sungguh ajaib dan sangat luarbiasa mengenai banjir di Kota Mekah. Dalam kawasan Masjidil Haram termasuk Kaabah penuh air hujan yang begitu lebat mencurah-curah.



Meskipun banjir, namun umat Islam terus tawaf dengan khusyuknya, Akan tetapi kanak-kanak yang masih belum berdosa kerana belum baligh lagi, sangat seronok bermain gelonsor dalam air atas simen di hadapan Kaabah,melompat-lompat, berenang-berenang dengan gembiranya seolah-olah berada di dalam kolam renang yang terindah di dunia.Begitulah gambarannya banjir di Kota Mekah ini.



Mekah tanah suci pertama bagi umat Islam sedunia. Banjir besar berlaku secara mendadak di bumi yang tandus, kering kontang dan dengan situasi seperti ini merupakan sesuatu yang jarang-jarang berlaku kerana bumi Mekah dikenali dengan iklim panas sepanjang tahun yang suhunya mencecah sehingga 40 darjah celcius.

Hujan lebat terus menerus dan bertali arus dengan derasnya melanda Makkatul Mukarramah ini telah menenggelamkan beberapa daerah dan jalan-jalan raya di Kota suci sekali gus meningkatkan kebimbangan berlakunya banjir kilat yang mmbawa maut seperti yang pernah dilalui beberapa tahun yang lalu yakni pada 9/10/2013 berlaku banjir besar di Padang Arafah .



Lokasi Mekah di tengah-tengah lembah padang pasir yang berbukit bukau menyebabkan terdedah kepada banjir kilat ekoran hujan luarbiasa lebatnya itu.

Banjir besar dan banjir kilat ini pernah berlaku beberapa kali di Kota Mekah antaranya pada bulan Ogos tahun 1941, Kota Mekah pernah banjir besar di dalam Masjidil Haram serta kawasan sekitar Kaabah. Air setinggi 152 sentemeter menenggelami kompleks Masjidil Haram termasuk Kaabah. 

Sesekali Allah mahu menyamak bersih Masjidil Haram termasuk Kaabah dan kawasan sekitar Kota Mekah dari kotoran najis lahir dan batin apa salahnya.

Itu hak Allah.Baitullahil Haram rumahNya, Dia (Allah)ada hak membasuh rumahNya dengan air dari langit yang mutlaq untuk membersihkan apa yang patut dibersihkan, menyamak apa yang patut disamak.

Allah ingin menunjukkan Maha BerkuasaNya dia ZAT yang boleh lakukan apa sahaja walaupun luar dari logik akal manusia. Tidak ada yang mustahil bagi Allah. Kun kataNya maka fayakunlah hasilnya . Jadilah maka terjadilah (kun fayakun).

Dengan Qudrat dan IradahNya, Allah boleh lakukan lebih dari itu. Bagi Allah mudah sahaja. Sekelip mata pun boleh Allah bertindak mengikut kehendakNya dan kemahuanNya walaupun hamba ciptaNya tidak bersedia menerimanya.

Bencana alam terjadi ianya sebagai teguran halus dari Allah kepada hamba-hambaNya.bagi hamba Allah yang celik matahati nampak hikmah disebalik ujian ini , akan tetapi bagi hamba yang buta matahatinya mereka akan berkata sudah kebetulan dan pelbagai analisa yang akan diutarakan.


Peristiwa ini selain dari terbuktinya kehebatan Allah yang Maha Hebat ianya juga sebagai peringatan untuk umat Islam sedunia agar mengambil iktibar, pengajaran bahawa ada maksud Allah yang tersurat mahupun yang tersirat.

Semoga dengan berita tanzir ini, umat Islam sedunia mengambil langkah bertaubat, berkasih sayang, meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan titah perintah Allah dan suruhan Baginda Nabi SAW.

Betapa Maha Agungnya Allah atas kejadian luar biasa ini, Maha Besarnya Engkau Ya Allah, besarnya kekuasaanMu Ya Allah, Maha Sucinya Engkau Ya Allah, sangat mampu melakukan semuanya ini. 

Sudah tentu ianya tidak sia-sia. Mustahil Allah lakukan peristiwa sepenting, seajaib dan sebesar ini sia-sia. 

Menurut perkhabaran berita dari pelbagai sumber mengatakan berpuluh-puluh kenderaan dan banyak kediaman serta premis perniagaan di Kota Mekah dilapurkan rosak teruk selepas bandar suci Umat Islam ini dilanda hujan lebat selama 2 jam pada lewat malamnya dan ianya hampir melumpuhkan sistem pengangkutan di Barat Arab Saudi.


Beberapa buah kenderaan dihanyutkan air deras dan berlanggaran antara satu sama lain.Bahkan ada yang cuba menyelamatkan kenderaan masing-masing pun hampir-hampir dihanyutkan arus deras dari bencana alam ini. 

Setiap kejadian pasti ada sebab musababnya dan petanda kepada sesuatu yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya. Apa pun ianya sangat ada kaitan dengan sudah hampir munculnya pemimpin Ummah yang akan menyelamatkan dunia ini dari kebatilan, kegelapan iman, kemungkaran dan kekotoran lahir dan batin umat manusia yang berada di atas dada bumi Tuhan ini.

Yakinlah bahawa ini semua petanda busyra dari Allah kepada umat Islam, yang mana kezahiran Imamul Ummah Imam Mahdi Al-Muntazar (yang ditunggu-tunggu) akan Allah zahirkan ke muka bumi ini tidak lama lagi. 


Semuga banjir yang berlaku ini menjadi Asbabun- Nuzul meningkatnya iman semua umat Islam di Kota Mekah khususnya dan amnya seluruh umat Islam sedunia.

Semoga peristiwa yang mencemaskan ini boleh membantu roh (hati) umat Islam cemas akan nasib dirinya yang masih berlalai-lalai dan berpoya-poya sehinggakan Allah tidak diutamakan.

Nampaknya macam-macam peringatan Allah lakukan pada umat manusia di akhir zaman ini supaya semuanya jadikan Tuhan (Allah) sebagai IDOLA dan jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh umat yang wajib diikuti.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! Sungguh sayu dan tersentuh hati kecil ini bila melihat Masjidil Haram penuh dengan air banjir lagi-lagilah terharu apabila melihat hujan yang amat lebat dari langit mencurahkan air mencurah-curah tiada hentinya di atas bumbung Kaabah yang mulia itu, hinggakan bercucuran mencurah-curah air mengalir deras dari atas Kaabah menyiram kawasan sekitarnya.

Hukum Allah sentiasa berjalan dengan adil dan saksama,samada manusia mahu atau pun menolaknya. Segala yang ada di langit dan di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah, bagi mereka sangat merasakan Allah adalah kuasa pemerintah, kuasa pentadbir yang Maha Perkasa. Al- Jabbar Al- Qahharnya Allah Maha segala Maha, sangat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Dialah yang mengatur, mencatur, merancang dan mengizinkan setiap kejadian terjadi dan berlaku. Banjir merupakan fenomena alam di mana-mana sahaja ianya boleh berlaku termasuklah Masjidil Haram tempat ibadah umat Islam.

Meskipun Mekah merupakan kawasan panas terik dan tandus namun jika Allah mengkehendakinya banjir maka banjirlah Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam seluruh dunia.

Marilah kita bermunajat dan panjatkan doa ke Hadrat Allah SWT agar apa yang terjadi ini semuanya untuk menggoncangkan hati-hati umat manusia supaya semuanya surrender dan mengaku kalah dengan kekuasaan Allah.

Allah boleh sahaja tenggelamkan bumi ini sekelip mata bahkan sesaat jua bahkan satu lahzah jika Allah mahu. Sepertimana Allah tenggelamkan Qarun dan kuncu-kuncunya beserta hartanya sebelum ini. 

Allah boleh saja tenggelamkan mana-mana negara atau tempat yang Allah kehendaki seperti Allah lakukan terhadap kaum Nabi Lut dan umat manusia terdahulu sebelum ini.

Ya Allah atas kemurkaanMu ini ampunkanlah kami yang amat berdosa dan lemah ini. Taubatkanlah kami di atas segala peringatan demi peringatan yang Engkau lakukan di bumiMu ini. Mohon ampun Ya Allah. Terimalah taubat kami Ya Allah .
Amin Ya Allah.

No comments:

Post a Comment