Ibu.....
Engkau adalah anugerah Allah kepada seorang anak.Engkau adalah
manusia yang paling berkorban bagi insan yang bergelar "ANAK".
Engkau adalah anugerah Allah kepada seorang anak.Engkau adalah
manusia yang paling berkorban bagi insan yang bergelar "ANAK".
Ibu....
Engkau adalah seorang manusia yang sanggup susah, sanggup menderita dan sanggup berkorban apa sahaja demi kebaikan dan kebahagiaan anak-anakmu.
Ibu....
Keistemewaanmu sangat terserlah dan telah diakui oleh Allah dan Rasulullah SAW.
Ibu....
Engkau adalah seorang insan yang sanggup menggadaikan nyawamu demi keselamatan anak-anakmu di dunia dan di akhirat.
Ibu....
Engkau adalah seorang insan yang sanggup menggadaikan nyawamu demi keselamatan anak-anakmu di dunia dan di akhirat.
Kalau begitulah hati seorang Ibu,ertinya sungguh mulia insan yang bergelar "IBU".Suci murninya hatimu wahai si ibu terhadap anak-anakmu.
Namun.... insan yang bergelar "ANAK" kurang menhargai pengorbanan seorang ibu terhadapnya, jika ada yang menghargainya amat sedikit sekali jumlah bilangannya, boleh dibilang dengan jari........
Ramai si anak hari ini menganggap Ibu mereka menyusahkan, membebankan, memalukan bahkan meresahkan.Ibu yang sudah tua
dijadikan orang gaji untuk mengemas rumah, memasak, menjaga cucu, menjadi tukang kebun dan pelbagai kerja yang melukai hati si ibu juga mengganggu kesihatan si ibu.
Benarlah salah satu antara petanda kiamat sudah hampir si ibu akan melahirkan "TUAN"nya.
Berapa ramai hari ini si anak menyeksa perasaan ibunya dengan menghantar ibunya ke rumah kebajikan atau ke rumah orang tua, sedangkan mereka sangat mampu menanggung keperluan dan kebajikan ibunya kerana gajinya besar, jawatannya tinggi, rumah pun besar dan segalanya ada.
Yang tidak ada pada si anak yang begini ialah ihsan dan kasih sayang yang mendalam, pada seorang insan yang bergelar "IBU".
Ibu dirasakan beban pada si anak yang tidak takut Allah.
Ibu menjadi punca penghalang kebahagiaan si anak, jika hati tidak gerunkan neraka Allah.Ibu dirasakan membawa malu kepada si anak, kerana ibu orang kampung,si anak kononnya orang bandar yang moden, sedangkan asal usulnya si anak dari kampung juga.
Berlagak dan sombong apabila sudah kaya, sudah mewah, sudah berjawatan tinggi dan bergaji besar.Bukankah apa yang si anak perolehi itu berkat DOA dari seorang IBU?.
Hati dan perasaan seorang IBU tidak dipedulikan.Celupar saja mulut si anak,tanpa disedari hati si Ibu terhiris luka dan menitis air mata duka, namun si ibu tetap redha atas ujian dari Tuhan yang Maha Esa.Ibu tetaplah menyayangi si anak tanpa berbelah bagi.
Lebih parah lagi di hari ini,masalah gejala sosial remaja dan anak-anak muda belia, si ibu dipaksa bekerja keras mencari duit untuk si anak durhaka.Tidak diberi duit atau harta, si ibu akan diseksa,didera,dipukul, disepak terajang, diugut,malah ada yang sanggup membunuh ibu kandungnya sendiri semata-mata kerana dunia yang menipu, terutama si anak yang terlibat dengan dadah, perempuan,arak, judi dan seumpamanya.
Beginilah dunia akhir zaman, kasih ibu yang membawa ke syurga sudah hampir pupus nilainya,bahkan si anak lebih rela menempah neraka daripada syurga.Kasih ibu seolah-olah tiada harga lagi di hari ini, sedangkan syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Keberkatan yang ada pada seorang ibu sudah dicemari oleh si anak yang durhaka.Allah sangat memandang doa dari seorang ibu.Namun sedihnya di hari ini,doa seorang ibu yang maqbul sudah tidak diambil kira lagi, bahkan seolah-olah sudah tiada harga lagi.
Rosaknya akhlak dan moral insan yang bergelar "ANAK" di hari ini.Inilah yang dikatakan antara fitnah di akhir zaman.
Rosaknya akhlak dan moral insan yang bergelar "ANAK" di hari ini.Inilah yang dikatakan antara fitnah di akhir zaman.
Jika si anak idam-idamkan syurga Allah, insafilah diri, hurmatilah ibumu,muliakanlah ibumu, jagalah hati dan perasaan ibumu, jangan sesekali lukai hati ibumu....
Wahai si anak!....
Carilah, buruilah redha ibumu, semoga Allah dan Rasulullah turut meredhaimu.Hidup mu akan berkat sekiranya ibumu diutamakan dan dijaga dengan baik.Tiada nilai yang lebih besar daripada nilai kasih sayang seorang "IBU".
Ingatlah......Wahai si anak!....
Setitis air mata si ibu gugur jatuh ke bumi, Allah dan sekalian jamadat di muka bumi ini akan melaknatimu dan mengutukmu.
Setitis air mata si ibu gugur jatuh ke bumi, Allah dan sekalian jamadat di muka bumi ini akan melaknatimu dan mengutukmu.
Bersegeralah bertaubat kepada Allah serta mohon keampunan dan redha dari ibu mu, sekiranya ingin selamat dunia dan akhirat.Jangan tangguh-tangguh sebelum ibu mu kembali kepangkuan Ilahi, menghembuskan nafasnya yang terakhir..........
Waktu itu.....wahai si anak!.....
Menangis air mata darah sekalipun, tiada erti lagi.Nasi sudah menjadi bubur.Tanpa keampunan dan keredhaan seorang ibu,
si anak tidak akan mencium bau syurga apatah lagi untuk menduduki syurga.Tidak layak masuk syurga ertinya ahli neraka jahanamlah tempat yang selayaknya.
No comments:
Post a Comment