Salam
Maal Hijrah .Sempena Muharram mari kita mengambil kesempatan berkongsi
ilmu yang ada kaitan dengan keberkatan bulan ini.Semoga bertambah berkat
hidup kita. Amin.
Dalam
bulan Muharram yakni bulan Allah (Syahrullah) ini, banyak peristiwa
besar yang berlaku.Ini menunjukkan kekuasaan Allah dan kasih sayang
Allah kepada makhluk ciptaanNya.
Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda berpuasa pada hari A'syura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".
Dari Abu Hurairah r.a berkata , Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa pada hari A'syura.
Maka Baginda menjawab "Ia akan menghapuskan dosa-dosa sepanjang tahun yang telah berlalu".
Riwayat Muslim.
Maka Baginda menjawab "Ia akan menghapuskan dosa-dosa sepanjang tahun yang telah berlalu".
Riwayat Muslim.
Huraian Hadis
Hari 'Asyura merupakan hari yang ke 10 daripada bulan Muharram. Rasulullah saw telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa sunat pada 9,10 dan 11 haribulan tersebut, kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram.
Hari 'Asyura merupakan hari yang ke 10 daripada bulan Muharram. Rasulullah saw telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa sunat pada 9,10 dan 11 haribulan tersebut, kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram.
10
Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk
renungan kita bersama, sepertimana yang dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali
dalam kitabnya (Mukasyafatul Qulub), dan juga menurut apa yang Baginda
Nabi sabdakan.
Antara kelebihan 10 Muharram (Hari A'syura) ialah :-
(1) Hari pertama Allah ciptakan alam dan menurunkan hujan ke muka bumi.
(2) Diterima taubat Nabi Adam A.S dan diampunkan dosa Nabi Daud A.S.
(3) Allah mencipta Nabi Adam A.S dan juga ibunda Siti Hawa.
(4) Dimasukkan Nabi Adam A.S ke dalam syurga dan Allah menjadikan syurga dan neraka.
(5) Diciptakan Arasy, Kursi, Luh Mahfuz,Qalam,Malaikat, matahari, bulan, bintang dan Cakrawala.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim A.S
(7) Selamatnya Nabi Ibrahim daripada pembakaran api Raja Namrud.
(8) Selamatnya Nabi Musa dan pengikutnya daripada ditelan laut Merah dan Allah menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa.
(9) Lemasnya Firaun dan bala tenteranya dalam laut Merah.
(10) Dilahirkan Nabi Isa A.S
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Nabi Nuh A.S diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun setelah 40 hari 40 malam berada di dalam perut ikan tersebut.
(16) Nabi Yaakob dapat melihat kembali selepas daripada buta.
(17)Nabi Yusuf A.S dibebaskan dari penjara.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakit kulit yang amat dahsyat.
(19) Sayyidina Hussain dan keluarganya (sebahagian Ahlul Bait), syahid dalam pertempuran di Karbala'.
20)Kiamat akan terjadi pada hari A'syura.
Inilah diantara peristiwa besar 10 Muharram yang telah berlaku.
Maka
pada hari 10 Muharram ini, Nabi Adam AS berpuasa kerana bersyukur
kepada Allah, kerana hari tersebut merupakan hari taubatnya diterima
Allah, setelah beratus-ratus tahun lamanya meminta keampunan.
Pada 10 Muharram juga adalah hari pembebasan pengikut-pengikut Nabi Musa yang beriman kepada Allah daripada kejahatan dan kezaliman Firaun dan kuncu-kuncunya.
Setelah
tenggelamnya Firaun,Qarun,Haman dan istana serta kerajaan mereka,maka
berakhirlah penderaan dan penyiksaan terhadap kaum Nabi Musa AS.
Justeru itulah mereka berpuasa pada Hari A'syura ini sebagai tanda kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT.
Justeru itulah mereka berpuasa pada Hari A'syura ini sebagai tanda kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT.
Pada
10 Muharram ini juga bahtera Nabi Nuh AS telah mendarat dengan
selamatnya di Bukit Juhdi, Banjir besar yang melanda seluruh alam hanya
40 keluarga sahaja termasuk manusia dan binatang yang terselamat.
Kita merupakan anak cucu cicit antara 40 keluarga tadi.Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Nuh AS dan para pengikutnya yang taat setia .
10
Muharram ini juga Allah telah mengangkat Nabi Isa ke langit dan telah
menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza .Ini merupakan satu penghormatan
kepada Nabi Isa Al-Masih daripada kekejaman kaum Bani Israel.
Semoga
sejarah gilang gemilang ini tetap kita kenangi dalam sanubari sebagai
tanda syukur kita ke Hadrat Allah Taala.Peristiwa penting dan besar ini
adalah kemenangan buat umat Islam.Ianya satu sejarah yang mesti
diwar-warkan oleh umat akhir zaman sebagai bukti kecintaan kita kepada
Allah, juga kepada para Nabi dan Rasul kekasih Allah itu.
Semoga
dengan kita menyayangi para Nabi dan para Rasul ini, kita digolongkan
ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan mendapat keberkatan
hidup dunia dan akhirat.
Amin Ya Allah.
No comments:
Post a Comment