web stats

Monday 31 March 2014

Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq







Wahai Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq
Mulianya hati dan diri mu 
Sewaktu hidup mu bersama Nabi kekasih Allah 

Baginda Rasul ditemani olehmu walau dimana2 dan bila2 masa sahaja 
Walau dalam apa keadaan sekali pun Nyawamu menjadi tebusan 
dan cagaran musuh-musuh Allah Putih bersihnya kejujuran dan keikhlasan hati mu terhadap baginda Rasul Hinggakan engkau diikhtiraf dengan gelaran AS SIDDIQ 

Dengan gelaran itu telah menaikkan martabat mu di sisi Allah , 
Rasulullah dan Islam sejagat Juga di sisi seluruh makhluk di alam ini
Tergeliatlah otak Abu Jahal dan kuncu2nya dengan gelaran ASSIDDIQ pada mu Wahai Saiyyidina Abu Bakar , 
sangkaan mereka engkau terpengaruh dengan hasutan mereka yang mengatakan Muhammad sudah gila

Wahai S. Abu Bakar .... Apakah logik Muhammad mengatakan dia ke Sidratul Muntaha, ke Baitul Maqdis, ke Masjidil Aqsa , Israk mikraj dengan Burak , perginya maghrib pulangnya sebelum fajar subuh 

Wahai Abu Bakar apa pendapat mu? Ujar Abu Jahal
Sahut S. Abu Bakar dengan penuh yakin , takutkan Allah dan cinta Rasulullah.. Wahai Abu Jahal... Sekalipun Muhammad berkata lebih dahsyat lagi dari itu Aku sangat percayai akan sabdanya 

MasyaAllah... Hebatnya keyakinan dan ketaatanmu Wahai S. Abu Bakar... Hatimu utuh dan tidak goyang walaupun satu alif Menyakini kebenaran yang di bawa oleh Nabi Allah itu Layaklah jasadmu dimaqamkan bersebelahan dengan maqam Nabi Muhammad SAW Di bawah Kubah Hijau di sisi Raudhah dalam Masjid Nabawi Tuhan telah kembarkan Roh mu bersama Roh Baginda Rasul SAW Dari hidupmu hinggalah wafatmu Istemewanya Oh dirimu wahai S. Abu Bakar

Engkau bukan sahaja sahabat Nabi yang paling akrab dan sejati Bahkan engkau adalah juga Ahlil Bait Kerana puteri kesayanganmu Siti Aisyah R.A adalah isteri kesayangan baginda Rasul 

Wahai S.Abu Bakar... Dari hidup hingga wafat mu engkau tetap menjadi peneman Nabi yang setia Bertuahnya engkau wahai S.Abu Bakar Tidak sia-sia pengorbanan dan kecintaan mu pada seorang 

Nabi Muga kami juga mendapat anugerah hati sepertimu wahai S.Abu Bakar Dalam mencintai, merindui dan membenarkan Nabi

Wahai S.Abu Bakar... Ketulusan hatimu Menjadi kebanggaan sejarah Islam dan kebanggaan kami juga 
Agar roh kami juga dapat menjadi kembar kepada Roh Nabi Muhammad SAW 

Al Fatihah buat mu wahai S.Abu Bakar yang kami kagumi dan rindui
(Dalam kenangan) 
Madinah al Munawwarah

No comments:

Post a Comment