web stats

Sunday 30 March 2014

Benarkah MH 370 Di Pulau Diego Garcia??






MH 370 terus menjadi misteri tanpa penghujungnya?
Biasanya apa al kisah sekali pun walaupun ianya amat misteri,
amat sulit namun penghujungnya mesti ada jawapannya.
Bagaikan suatu kes yang amat sukar di selesaikan ,
biasanya di hujung2 kes tersebut mesti ada jawapan ,
kesimpulan dan keputusannya..

Begitulah juga kita sangat mengharapkan agar isu besar
yang menggoncangkan dunia tentang kehilangan MH 370
 yang penuh misteri ini ada penghujungnya
dan ada jawapannya bagi kepuasan hati seluruh manusia
di muka bumi ini terutamanya bagi seluruh kaum keluarga
para penumpang dan kru anak2 kapal MH 370.

Memang terlalu menyayat hati dengan apa yang telah terjadi
ini.Inilah yang dikatakan sudah suratan taqdir Ilahi.
Keputusan terakhir di katakan pesawat MH 370
berakhirnya di Selatan Lautan Hindi,
 namun setelah beberapa minggu berlalu
ianya tetap menjadi tanda tanya pada dunia,

mana buktinya? Mana kotak hitam(black box) nya
yang sangat di cari2 sebagai bukti yang kukuh
 akan benarlah terhempasnya pesawat MH 370.

Namun sejauh ini usaha dan ikhtiar yang dilakukan
 semaksimumnya dari seluruh negara membantu sedaya upaya
agar bukti2 di jumpai namun ianya masih tetap misteri
dan tiada bukti yang kukuh.

Aduh... Apa lagi yang mahu di lakukan?
Sudah sejauh ini usaha di lipat gandakan
namun ianya masih menjadi tanda tanya,
mana dia pesawat MH 370, mana kotak hitamnya,
mana pusaranya mangsa2 korban jika benar mereka sudah tiada.
Usaha dan ikhtiar sewajarnya di lakukan terus kerana

Tuhan memang memerintahkan hamba2Nya berusaha,
berikhtiar di samping itu disertai pasrah
dan bertawakkal kepada Zat yang Maha Agung .
Namun sudah hampir sebulan pencarian terus menerus
di laksanakan al- hasilnya masih belum memberi jawapan
yang memuaskan hati seluruh kaum keluarga yang terlibat.

Semuanya sudah menjadi buntu,
semuanya sudah tidak tahu hendak bermula dari mana lagi.
 Begitu sukarnya untuk mengesan bukti2
 dimanakah menghilangnya Pesawat yang penuh misteri ini?

Tentu semua kita masih mengharap agar ianya diiketemui
 walau dengan apa keadaan sekali pun.
Ingin mengetahui apakah penghujung kisah kehilangan
 yang misteri ini hingga boleh menjawab semua persoalan2
dan andaian2 dari semua pihak selama ini.

Berbagai spekulasi yang mentafsirkan tentang
kehilangan MH 370 ini. Apakah ianya benar2 terhempas?
Apakah ianya di sembunyikan oleh makhluk Tuhan
samada makhluk lahir atau batin?
 Apakah ianya ghaib begitu sahaja yang entah kemana beradanya
 hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahuinya?
 Entah2 berada di alam ghaib yang luar dari alam nyata?
 Macam2 andaian yang kita boleh perkatakan namun apakah kesudahannya?

Ya Allah tolonglah kami hamba2Mu ini yang sedang dalam kesusahan dan kesukaran yang memuncak ini. Kami ingin jawapan dari Mu Tuhan. Tolonglah bongkarkan , tolonglah berikan bukti2 petanda2 di mana sebenarnya MH 370?Hanya Engkau saja yang mampu menyelongkar akan rahsia dalam rahsia ini.Hanya Engkau yang Maha tahu Wahai Tuhan kami.


Tolonglah berikan kami berita busyra(gembira) dengan diketemukan dimanakah tersembunyinya Pesawat MH 370. Jika ia di darat Engkau temukanlah, jika ia di lautan Engkau timbulkanlah , Jika ianya di alam ghaib maka Engkau munculkanlah ke alam nyata ini Ya Allah.

 Sesungguhnya tragedi ini sangat membuktikan betapa Maha Besar nya Engkau dan betapa lemahnya kami hamba2Mu.
Kami surrender pada Mu Ya Allah. Kami amat2 memerlukan pertolongan Mu Ya Allah. Berilah kami petunjuk di manakah sebenarnya MH 370,

puas kami menjejakinya namun ianya tetap misteri , tiada ketemu walaupun berbagai peralatan2 teknologi canggih yang kami telah gunakan.
Hanya Teknologi roh dari Mu saja Ya Allah mampu menggeledahnya. Kami berserah diri pada Mu Ya Allah melakukannya dan mengizinkannya .

Akhirnya kami bertaubat pada Mu Ya Allah. Angkatlah taubat2 kami di atas taubat. Semuga misteri MH 370 terungkai dengan selamat dan sesegeranya.
Amin Ya Rabbal A'lamin
Nukilan Hamba
Ummu Sayyidah

No comments:

Post a Comment