web stats

Friday 28 March 2014

Lautan Hindi – Penuh Misteri -Allah Maha Mengetahui.

Lautan Hindi.. lautan yg paling sunyi sepi dari penghuni.
Kedalamannya hampir mencecah 8,000 meter di dasar lautan .
Tiada kapal mahupun manusia yang mampu merentasinya
kerana gelora ombak setinggi gunung
boleh memusnahkan apa sahaja yang berhadapan dengannya.

Persoalannya….
Kenapa dan mengapakah MH370 boleh sampai ke sana?
Kenapa dan mengapa MH370 boleh berpatah balik?
Sedangkan lautan Hindi sangat lah jauh dari Beijing.
Kenapa dan mengapa pilot memandu MH370 sampai ke sana?
Sedangkan bukanlah laluan ke Beijing..

Hanya Allah yang mengetahui di sebalik perancanganNya ini..
hanya Allah yang mampu memberi jawapan disebalik semuanya ini…
Sulitnya perancangan Mu Ya Allah bagi kami namun bagi Mu
tidak sedikit pun menyulitkan.
Maha Hebatnya Engkau Ya Allah.
Ya Allah… Terlalu banyak rahsia Mu
terkandung di dalam tragedi misteri ini.
Ya Allah.. Terlalu baiknya perancangan Mu ini
namun anugerahkanlah kami kefahaman hati,
apakah maksud Mu berlakunya tragedi sedih dan misteri ini?

Kami tak berdaya membongkar rahsia dalam rahsia
tragedi misteri MH 370 ini tanpa bantuan dan pertolongan dari Mu .
Sesungguhnya Engkaulah Zat yang Maha mengetahui
segala apa yang terjadi pada barang ciptaan Mu ini.
Ya Allah.. hanya Engkau Maha mengetahui segala cerita
dan muslihat disebalik semuanya ini…..
 Tidak terjangkau oleh akal kami yang terhad
dan cetek ini mencari jawapannya..

Ya Allah hanya Engkau yang Maha tahu segala2nya.
Ya Allah.. kami bersangka baik pada Mu
tentu banyak hikmah di sebalik semuanya ini Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan kami…
Engkau tabahkanlah hati ahli keluarga mangsa…

Ya Allah.. sesungguhnya Engkau yang melaksanakan semuanya ini…
andainya ini semua benar- benar terjadi,
Engkau permudahkanlah pencarian sisa- sisa serpihan pesawat
dan mangsa2 korban ini Ya Allah..
Andainya ini hanyalah salah faham,
Engkau kembalikanlah mereka pada kami Ya Allah….

Sesungguhnya Engkau yang mampu memberikan
keajaiban ini pada kami ..
Tiada sesiapa yang Maha Berkuasa
di dunia ini melainkan Mu Ya ALLAH..
Hanya Engkau yàng mampu menunjukkan kebesaran Mu Ya Allah..

Sesuatu peristiwa yang cukup luar biasa
bagi sejarah penerbangan dan ianya dirasai oleh seluruh dunia.
26 buah negara terlibat dalam pencarian kehilangan Misteri MH 370 ini.
Tentu ada maksud besar dari Mu Ya Allah
atas berlakunya peristiwa ajaib dan pelik ini.
Apa pun semuanya dalam Kekuasaan dan Pengetahuan Mu Ya Allah.
Segala2nya kami bertawakkal pada Mu yang Maha Agung.
Pertemukanlah bukti2 yang sedang di cari .
Amin Ya Rabbal a’lamin.

No comments:

Post a Comment