Ramai manusia hari ini terlalu resah gelisah dan risau dengan rezeki.
Kadang-kadang sanggup merangcang keluarga semata-mata takut tidak cukup makan jika ramai anak.
Ada juga yang sanggup gugurkan kandungan semata-mata bimbang anak yang bakal lahir akan membebankan mereka.
Ada
juga yang berpendapat kalau anak-anak mereka tidak belajar
sungguh-sungguh akan gagal masuk universiti, gagal untuk memperolehi
sijil yang berjela-jela , justeru itu susah untuk dapat kerja makan
gaji, kerana sangkaan mereka dengan makan gaji itu ada jaminan untuk
masa hadapan kehidupan mereka sekeluarga.
Apakah
benar dan tepat sangkaan sebegini?. Apakah dengan adanya sijil, adanya
kepandaian, adanya kemahiran, adanya ilmu dan kerjaya yang mantap,
adanya kerja makan gaji dan berjawatan tinggi, segala-gala yang
diidam-idamkan tercapai?.
Untuk
mendapat jawapannya!.... Mari kita pergi lebih jauh lagi ke hadapan
dalam bab rezeki .Apakah yang dimaksudkan dengan rezeki menurut Allah dan
Rasul?.
Rezeki dalam bahasa Arab di sebut Al-Rizq. Dalam bahasa Melayu rezeki ialah pemberian ataupun kurniaan dari Tuhan samada bersifat duniawi atau ukhrawi.
Rezeki dalam bahasa Arab di sebut Al-Rizq. Dalam bahasa Melayu rezeki ialah pemberian ataupun kurniaan dari Tuhan samada bersifat duniawi atau ukhrawi.
Dalam Asma-ul-Husna, Allah memberi nama gelarannya "Al-Razzaq", bermaksud "Maha Pemberi Rezeki".
Allah memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia pilih.Allah juga yang menetapkan kadar pemberian rezeki menurut yang Dia kehendaki.Kuasa Allah merentasi segala-galanya.
Allah memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia pilih.Allah juga yang menetapkan kadar pemberian rezeki menurut yang Dia kehendaki.Kuasa Allah merentasi segala-galanya.
Firman Allah maksudnya,
"Sesungguhnya kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi ini sumber penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur".
Al-A'raf- ayat 10
"Sesungguhnya kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi ini sumber penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur".
Al-A'raf- ayat 10
Pembahagian rezeki berbeza-beza.
Ada orang diberi rezeki harta tidak diberi rezeki zuriat.
Ada orang diberi rezeki harta tidak diberi rezeki zuriat.
Ada orang diberi kedua-duanya sekali tetapi tidak diberi rezeki kasih sayang dan kebahagiaan.
Ada orang yang diberi harta tetapi tidak diberi ketenangan hidup.
Ada orang yang diberi ilmu tanpa harta.
Ada orang yang diberi rezeki harta yang banyak tetapi tidak diberi penghurmatan dan kemuliaan.
Begitulah sebaliknya.
Maha adilnya Allah.
Maha adilnya Allah.
Jangan
terkejut jika mendapat khabar si miskin tidor lena dalam pondok
buruknya dan si kaya resah gelisah dalam rumah banglonya.Takut dibunuh,
dirompak, disamun atau macam-macam ketakutan lagi.
Jangan
hairan jika si miskin makanan ala kadar, tetapi selera makannya amat
menakjubkan, sedangkan si kaya makanan lazat dan sedap-sedap akan tetapi
tiada selera makan.
Nikmat rezeki selera makan di tarik Allah.
Nikmat rezeki selera makan di tarik Allah.
Firman Allah maksudnya,
"Dan tiadalah suatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya".
Surah Hud: ayat 6
"Dan tiadalah suatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya".
Surah Hud: ayat 6
Dalam Islam kita dituntut berusaha dan berikhtiar keluar mencari rezeki,bukan bertawwakal tanpa usaha.
Sabda Nabi SAW,
"Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal, nescaya Allah merezekikan kamu seperti Dia (Allah)merezekikan burung.Burung keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang.
Riwayat : Ahmad Al-Tirmidzi.

Apa sahaja yang memberi manfaat dikatakan rezeki.
Rezeki bukan sahaja makanan, minuman, harta,kenderaan akan tetapi rezeki juga bentuk ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri suami, ibu, ayah, kaum keluarga, sahabat handai dan seumpamanya.

Rasulullah SAW pernah menyebut dalam hadisnya tengtang Siti Khadijah "aku telah direzekikan cintanya".
Riwayat Muslim
Allah yang memberi rezeki.Kita mencari rezeki yang Allah sudah atur.Jika Allah izinkan adalah rezeki kita.Orang yang beriman yakin rezeki dari Allah.Allah pemberi rezeki dunia akhirat.
Riwayat Muslim
Allah yang memberi rezeki.Kita mencari rezeki yang Allah sudah atur.Jika Allah izinkan adalah rezeki kita.Orang yang beriman yakin rezeki dari Allah.Allah pemberi rezeki dunia akhirat.
Ulat dalam batu pun ada rezeki. Tidak berat sedikit pun pada Allah dalam memberi rezeki kepada sekalian hamba-hambaNya.
Allah
boleh beri apa sahaja yang kita mahu.Kita kena yakin kepada Allah dalam
bab rezeki.Atas dasar itu fahamlah kita bahawa tidak perlu kita
gusarkan soal rezeki,Jadi!.... tidak perlu kita merangcang keluarga ,
tidak perlu kita gugurkan anak dalam kandungan, tidak perlu kita takut
miskin dan susah jika zuriat ramai dan keluarga besar.
Lagi ramai anak lagi rezeki mencurah-curah.Rezeki setiap orang anak tidak sama.Kadang-kadang setiap seorang anak , mereka ada "TUAH" masing-masing.
Lagi ramai anak lagi rezeki mencurah-curah.Rezeki setiap orang anak tidak sama.Kadang-kadang setiap seorang anak , mereka ada "TUAH" masing-masing.
Selama
ini kita dihantui oleh ideologi Barat yang bimbang dengan ramainya
zuriat takut susah hidup.Ini semua tidak betul sama sekali.
Selaku orang Islam yang beriman kepada Allah Taala, kita tidak perlu risau dalam hal rezeki.
Jangan takut miskin, jangan takut susah jika bersedekah , kerana dengan bersedekah dan membantu fakir miskin rezeki kita "BERKAT".Bila rezeki diberkati ada sedikit pun cukup.Ada banyak lebih-lebih lagi cukup.

Bersambung.....siri kedua
No comments:
Post a Comment