Al jannatul 'ajilah (syurga
yang disegerakan) adalah sangat mahal dalam hidup ini.
Jika rumah tidak
menjadi "rumahku syurgaku" bahkan menjadi "rumahku nerakaku" , maknanya
tidak ada ketenangan yang sementara di dunia ini,di akhirat lagilah
rugi.
Di dunia walaupun hidup hanya sementara waktu, akan tetapi
ketenangan hidup, keceriaan hidup, kedamaian hidup sangat perlu dan
mesti ditagih dan diusahakan.
Kebahagiaan hidup yang sementara ini sangat mahal kerana ianya akan membuahkan hasil yang mahal juga di akhirat sana.
Jika
di dunia hidup bagaikan dalam neraka sebelum neraka, jiwa resah
gelisah, hidup tidak menentu arah, hilang fokus, hilang bahagia, hilang
keamanan dan ketenangan jiwa, hilang keselesaan dan keceriaan maka
apalah ertinya hidup.
Sepatutnya bagi setiap insan "rumahku
syurgaku", barulah hidup yang berkat. Aljannatul 'ajilah Tuhan akan
anugerahkan kepada hamba-hambaNya yang hatinya penuh dengan iman dan
taqwa.
Iman dan taqwa sahajalah yang boleh membawa manusia kebahagiaan yang
sementara , sebelum menuju kebahagiaan yang kekal lagi abadi dalam
syurga Allah.
Marilah kita menagih dari Allah Taala supaya
keluarga kita adalah keluarga yang bahagia, aman damai dan mendapat
anugerah Aljannatul A'jilah yakni syurga yang disegerakan.
Amin Ya Allah.
http://umusayyidah.blogspot.com/p/rawatan-alternatif-nuril-anwar-berita.html?m=1
No comments:
Post a Comment