web stats

Tuesday, 12 August 2014

Gaza oh Gaza



Sayu hatiku melihat penderitaanMu.
Wahai penghuni Gaza!.


Allah akan menganugerahkan
ganjaran yang setimpal kepada kalian semuanya.


Bergembiralah dengan janji Allah ini.



Tuhan amat sayang kepada hamba-hambaNya,
Walaupun di dunia dizalimi oleh musuh-musuhNya,


Namun di alam sana akan dihiburkan dengan pelbagai nikmat yang memuncak.



Di alam sana lagi indah dari alam dunia ini. Berganda-ganda indahnya dan tiada penghujungnya.




Semoga rumah-rumah yang runtuh di dunia ini akan dibina di akhirat sana sebagai gantiannya.


Bangunan mahligai yang lebih menarik, indah dan canggih akan dibina untukmu wahai seluruh yang terkorban di Gaza.



Gaza oh Gaza
Yakinlah bahawa.... Sesungguhnya Allah itu Maha Baik lagi Maha Adil.


Kebaikan Allah mengatasi segala-galanya.
Keadilan Allah tidak dapat ditanding oleh apa jua ciptaan Allah di dunia ini.



Gaza oh Gaza
Ku saksikan dengan pilu sekali,Negaramu kucar kacir dan ranap bagaikan dedaun dimakan ulat.




Bangunan di bumimu hancur lebur dibom dan dibakar.

Anak-anak kecil, ibu-ibu yang mengandung dan wanita-wanita yang tidak berdosa, orang-orang tua yang lemah juga turut menjadi mangsa kekejaman musuh Tuhan yang tidak berhati perut sama sekali.


Gaza  oh Gaza
Mayat bergelimpangan disana sini memenuhi bumimu.Bumimu dimandi darah.




Ada yang terbakar,
ada yang hancur lebur,
ada yang tertimbus oleh bangunan dan batu bata, ada yang terburai isi perut terkena bedil tembakan dan peluru-peluru berpandu dan juga bom.



Ada yang patah anggota dan segala pancaindera terkulai, berdarah luka merata. 



Aduh!... sakitnya.


Aduh!.. azabnya melihatkan penderitaan umat Islam di Gaza.



Tuhan sahajalah yang mampu membela hamba-hambaNya.

Tiada daya dan upaya manusia menolak taqdir Tuhan yang amat tersirat apa hikmah disebalik ujian yang amat getir dan pahit ini.

Apa pun wahai penghuni Gaza!...

Doa dan shalat hajat terus kami hulurkan kepada bumi Gaza , agar Tuhan segerakan tamatnya peperangan ini.


Semoga diberi kekuatan yang luar biasa berhadapan dengan  rejim zionis Israel.



Semoga segeralah pembalasan Tuhan terhadap mereka yang sangat tidak berperikemanusiaan itu.

Balasan Allah sedang menanti untuk mereka.
Yakinlah Allah tidak pernah memungkiri janji-janjiNya terhadap hamba-hambaNya.



Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba ciptaanNya.

Didoakan semuga semuanya mendapat syahid di sisi Allah dan mendapat sebesar-besar rahmat dan syurga yang sangat istemewa di alam sana.


Itulah berita busyra buat penghuni-penghuni Gaza.


Ya Allah segerakanlah turunnya bantuanMu.
Terhadap hamba-hambaMu yang sedang dalam penderitaan dan kesakitan itu.



Al Fatehah buat semua yang telah terkorban dalam kezaliman yang memuncak ini.
Semoga semuanya mendapat syahid.
Amin Ya Allah.



http://umusayyidah.blogspot.com/p/rawatan-alternatif-islam-nuril-anwar.html?m=1

No comments:

Post a Comment