web stats

Monday, 31 March 2014

Di Bawah Kubah Hijau Masjid Nabawi









Wahai Qubbatul khadra' yang ku rindui.
Setianya engkau memayungi maqam
dan jasad Nabi Yang berada di bawah payungan mu
dan pelukan manja mu Tertegak dengan megahnya diri mu

Wahai
Qubbatul khadra' Dari jauh ku lihat warna hijau mu sungguh berseri Penuh dengan cahaya" Nur Muhammad" mengelilingi mu

Wahai Qubbatul khadra' yang ku rindui gagah
dan wibawanya engkau menjaga keselamatan maqam
dan jasad Nabi dari hujan ,panas ,
kejahatan Wahabi ,Yahudi dan musuh2 Tuhan

Bahagia dan selesanya jasad Nabi di dalam belaian mesra mu
Engkau
Qubbatul khadra' lambang kebesaran
dan kemuliaan maqam nabi Melihat mu

Wahai Qubbatul khadra'
sudah terhubung hati ku pada nabi ku
Kesetiaan mu melindungi maqam dan jasad nabi amat terpuji
Engkau juga bagaikan hidup sepertinya faham bahasa hati Seolah2 engkau berkata

Wahai umat nabi ku Di bawah ku adanya maqam nabi dan jasad nabi ku dan nabi mu
Marilah membesarkan nabi ku dan nabi mu

Bersimpuhlah di depan ku Kubah hijau sambil berselawatlah pada nabi mu itu
Begitulah roh ku di beri tahu
Qubbatul khadra' adalah perantaraan antara nabi dengan umatnya

Hayatilah
Qubbatul khadra' sebagai syarat merindui nabi mu itu
Besarnya jasamu wahai Qubbatul khadra' yang ku rindui

Engkau menjadi perantaraan antara ku dengan nabi ku
Terima kasih pada mu wahai Qubbatul khadra' yang ku rindui

Muga di akhirat nanti Engkau wahai Qubbatul khadra' adalah kubah dalam syurga
Kerana jasa2mu telah menjadi payung pada maqam dan jasad nabi.

Ya Allah muga aku juga ada sahamnya menyayangi
Qubbatul khadra' yang sangat memberi perlindungan pada maqam dan jasad nabi ku

Moga dengan berkat Qubbatul khadra' aku juga dapat bersama nabi ku di dalam syurga nanti.

Ya Allah Ya Tuhan ku. dengan rahmatmu.
Perkenankanlah permohonan hamba Mu yang dhaif lagi berdosa ini
Amin Ya Rabbal A'lamin

Dalam kenangan Madinah al Munawwarah

No comments:

Post a Comment