Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya. Jika ada apa-apa kemusykilan atau sebarang usulan hubungi 013-5107 313
Friday, 28 March 2014
Berita gembira buat ahli keluarga mangsa MH 370
Malaysia dan seluruh dunia sedang dirundung kedukaan
dengan pengumuman tragedi yang menimpa pesawat MH370.
Seramai 239 penumpang dan anak kapal pada
adat manusiawinya berpindah ke alam seterusnya menemui PenciptaNya.
Selaku umat Islam kita dihiburkan Allah
dengan maksud ayat 155 surah Al Baqarah .
“Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh
sesuatu kesusahan, mereka berkata: اِنَّا ِللهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
"Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah
dan kepada Allah jualah Kami kembali."
Kepada ahli keluarga mangsa mintalah kebaikan di sisi Allah
di sebalik apa yang berlaku berdasarkan arahan
Nabimu di dalam Sahih Muslim iaitu: اللَّهمَّ أجِرني في مُصيبَتي واخلُفني خيرًا مِنها
"Ya Allah, berilah pahala padaku menerusi musibah ini
dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik”
Berita gembira kepada kaum keluarga mangsa yang beragama Islam,
kerana mereka telah terpilih menerima janji Rasulullah
sebagai salah seorang yang mendapat ganjaran mati syahid.
Ini berdasarkan hadis di dalam Shahih Ibnu Hibban.
الشهادة سبع سوى القتل في سبيل الله : والغريق شهيد ،…، وصاحب الحريق شهيد ….
“Ada tujuh lagi golongan yang syahid selain daripada terbunuh
di dalam perang sabilillah, antaranya mereka yang mati lemas,..
dan mereka yang mati dalam kebakaran…”
Kematian mereka merupakan kematian terindah
walaupun tragis yang menimbulkan trauma
jika dibayangkan saat kematian tersebut,
namun rahmat Allah lebih besar dari itu.
Pemergian mereka juga diiringi dengan jutaan doa
dan pengharapan yang terbaik buat mereka.
Pelbagai bacaan Al-Quran mengiringi mereka,
juga shalat jenazah ghaib. semuanya ini memberikan
satu gambaran awal kemuliaan mereka.
Tragedi yang menimpa mereka menyebabkan
Umat Islam di Malaysia khususnya bersatu
dan berkerjasama dengan padunya.ini
satu petanda yang sehat untuk bumi Malaysia.
Yang tinggal ialah kita yang masih tidak tahu destinasi
manakah berakhirnya denyutan nyawa kita,
bagaimanakah tercabutnya nyawa kita?
Adakah dengan rentapan malaikat maut..
di saat sedang terkinja-kinja dengan kelalaian
yang diaktifkan lagi dengan dadah?,
dengan kelalaian memburu cinta dunia,
dengan 1001 cinta selain dari cinta pada
yang berhak di cintai iaitu Allah SWT. .
Yang tinggal ialah kita yang perlu mengikut segala
acuan Allah dan RasulNya bagi memastikan
kematian kita juga kematian terindah..kematian terpilih….
kematian Bighairil Hisab atau kematian sebagai seorang Islam
yang beriman dan bertaqwa kepada Tuhan Pencipta sekalian alam.
Muga kita semua dianugerahkan mati dalam Husnul Khaatimah
bukan sebaliknya mati dalam Su'ul Khaatimah.
Amin Ya Allah....
Nukilan hati Ummu Sayyidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment