web stats

Saturday, 30 May 2015

CEMASLAH WAHAI HATI



CEMASLAH WAHAI HATI...

Seandainya kembalimu kepada Tuhan yang Maha Segala Maha
Tanpa membawa persiapan apa-apa.

Cemaslah wahai hati
Seandainya hatimu masih belum takutkan Allah dengan setakut-takutnya, masih belum rindu Nabi serindu-rindunya.



Cemaslah wahai hati
Seandainya hatimu masih kaya dengan mazmumah yang bagaikan ulat dalam hatimu

Cemaslah wahai hati
Andainya hatimu masih hubbuddunia yang menipu daya itu.

Cemaslah wahai hati
Andainya ibadahmu masih cuai dan lalai dari mengagungkan Allah seagung-agungnya.



Cemaslah wahai hati
Andainya hatimu masih nampak aib dan keburukan orang lain, sedangkan dirimu amatlah banyak salah silap dan kekurangan diri.

Cemaslah wahai hati
Andainya nafsumu masih di tahap nafsu Ammarah yang layak dirimu dihumbankan ke dalam neraka jahanam.

Cemaslah wahai hati
Andainya hidupmu, ibadahmu, shalatmu dan matimu bukan untuk Allah dan Rasulullah SAW.



Cemaslah wahai hati
Andainya hatimu masih tidak redha dengan qada dan qadar dari Allah .

Cemaslah wahai hati
Andainya hatimu masih merasakan dirimu bagaikan ahli syurga, sedangkan sikapmu bagaikan ahli neraka.

Cemaslah wahai hati
Oh betapa ghururnya dirimu dengan rasa-rasa yang menipu ini.Rasa dirimu sudah bersih dan suci, sedangkan Allah murka kepadamu kerana masih bertuhankan nafsu dalam diri, bukan berTuhankan Allah yang hakiki.



Cemaslah wahai hati
Aduh... malangnya dirimu wahai hati...masih rasa selamat sedangkan hatimu belum selamat dari sifat-sifat hati yang nifaq, fasiq kepada Tuhanmu yang Maha Pencipta.

Cemaslah wahai hati
Allah boleh lakukan apa saja ke atas dirimu dalam satu lahzah atau sekelip mata.

Cemaslah wahai hati
Selagi engkau belum bertaubat dengan sebenar-benar taubat , dosamu masih belum terampun.
Jika kau mati sebelum taubatmu diterima, alangkah buruknya nasibmu di alam sana, kekal abadi di dalam neraka Jahim buat selama-lamanya.
Wal'iyazubillahiminzaalik.

Cemaslah wahai hati
Dengan berita tanzir ini, agar hati ini sentiasa bergetar takutkan Allah sepanjang umur hidupmu hingga ke akhir nafasmu kembali kepangkuan Ilahi Rabbi.

Celiklah wahai hati dalam menerima taufiq dan hidayah dari Allah Rabbul Jalil.

No comments:

Post a Comment