web stats

Thursday 13 November 2014

BUTA HATI LAGI PARAH DARI BUTA MATA



Buta hati akan terjun ke neraka.Buta hati tidak nampak jalan ke akhirat.Buta hati akan seronok dengan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.Buta hati dosa besar dirasakan kecil sahaja.Apatah lagi dosa kecil tidak terasa apa-apa pada hati.

Buta mata belum tentu ke neraka.Buta mata  hanya tidak nampak jalan di dunia akan tetapi sangat mampu mendapatkan cinta Allah dan Rasulullah SAW, jika matahatinya celek dan berperanan.

Hati yang buta tidak akan membesarkan Allah,tidak akan takut seksaan Allah.Tidak akan gerun dengan azab kubur,tidak akan memikirkan nasibnya di alam barzakh,tidak akan rasa cinta dan rindu kepada Baginda Rasulullah SAW.Bahkan tidak menjadikan Nabi sebagai idola hidupnya dan tidak menjadikan Tuhan sebagai Rafiqul A'ala.


Tidak akan rasa takut untuk melakukan dosa.Tidak takut melanggar hukum-hukum Allah,bahkan lebih dahsyat lagi kalau boleh hukum haram hendak dihalalkan.Astaghfirullahal A'zimmm....

Buta mata masih boleh meraih cinta Allah ,rindu Nabi sebab hatinya tidak buta.Buta mata masih boleh mencari redha Allah,
Jika matahatinya tidak buta.

Buta mata masih mampu khatam Al-Quran 30 juz.Masih mampu membuat kebaikan walaupun sedikit dan terhad,yang penting ikhlas dan kerana Allah.

Akan tetapi buta matahati tidak nampak lagi kebenaran di dunia ini.Buta matahati seronok dengan dosa dan kejahatan, maksiat dan tidak rasa bersalah dengan Allah pun, jika melanggar titah perintah Allah boleh selamba dan tenang dalam gelumang dosa dan noda.Parahnya jika matahati buta.


Ya Allah!.......Ya Tuhan kami!....... janganlah mata hati kami buta dari melihat kebesaranMu dan keagunganMu.

Ya Allah!......Ya Tuhan kami!....

Anugerahkanlah taufiq dan hidayahMu yang berkekalan kepada kami yang lemah dan kerdil ini......Tubnailallah..(Taubatkan kami Ya Allah).

Wahai Dzat yang Maha Agung...
Janganlah matahati kami mati sebelum kami mati.

Janganlah matahati kami buta daripada melihat kebenaranMu dan keEsaanMu.

Ya Allah!......Ya Tuhan kami!.....
Janganlah mata hati kami bebal dan beku dalam menegakkan titah perintahMu di dunia yang fana' ini.

Marilah kita merayu dan merintih, memohon kepada Allah supaya janganlah Allah butakan matahati kita daripada melihat keAgungan dan KebesaranNya yang Maha segala Maha.

Amin Ya Allah


Wal'iyazubillahhi min zaalik.

No comments:

Post a Comment