web stats

Thursday 13 November 2014

AKHLAK IBARAT BUNGA YANG HARUM MEWANGI.


Siapa tidak suka pada bunga,lebih- lebih lagi bunga Rose iaitu Ratu segala bunga.Bunga Orkid,bunga Kemboja,bunga Tanjung,bunga Kertas,bunga Melor,bunga Matahari,bunga Raya (bunga Kebangsaan), bahkan bunga Tahi Ayam pun yang agak busuk daripada ratusan atau jutaan jenis bunga-bungaan pun ramai yang tanam di halaman atau di perkarangan rumah masing-masing. 

Semua manusia suka bunga yang cantik, segar lagi wangi.Dijual di kedai-kedai bunga,dihias ,digubah untuk dijadikan hadiah atau cenderahati kepada seseorang, Begitu juga bunga plastik pun jadi idaman walaupun tidak wangi tetapi cantik dipandang.

Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai akhlak yang mulia, akhlak yang murni pasti lebih diminati, disanjung , disebut-sebut namanya.Wangi, harum nama baik dan maruah dirinya merata 
tempat,wilayah,negeri,negara bahkan seluruh dunia.

Begitulah manusia jika akhlak terpuji harum mewangi seperti bunga yang mekar setaman.Orang yang berakhlak mulia penuh dengan sifat-sifat mahmudah terpuji bagaikan setaman bunga dari pelbagai jenis bunga-bungaan dalam hatinya.Semua jenis bunga yang cantik,indah, menarik hati dan harum mewangi menghiasi dirinya.

Insan yang paling wangi akhlak dan hatinya ialah Baginda Rasulullah SAW.Allah utuskan Nabi akhir zaman,
Nabi Muhammad SAW dengan membawa akhlak yang agung lagi terpuji.

Akhlak Baginda menjadi ikutan ummah.Akhlak Baginda yang agung mewangi itu telah menawan hati sesiapa sahaja bahkan Yahudi, Nasrani pun ramai tersungkur di telapak kaki Baginda akhirnya mereka memeluk agama Islam.

Akhlak yang terpuji mampu mengubah hati manusia daripada engkar kepada Allah ,akhirnya tunduk dan patuh kepada Allah.Dengan akhlak terpuji, manusia boleh tukar agama datuk nenek moyang mereka kepada agama Islam.

Akhlak mulia dan terpuji mestilah dimiliki oleh semua umat Islam, lebih-lebih lagi para pejuang kebenaran akhir zaman, para daei dan para ulamak yang dikatakan sebagai pewaris Nabi.Yakni ulama Al-A'amilin bukan ulamak suk (jahat) yang menjual agama Allah demi kepentingan dunianya.

Akhlak sangat penting jika kita mahu menawan hati manusia ke jalan Allah dan Rasulullah SAW.Tanpa akhlak terpuji kita ibarat najis yang mencemarkan nama baik agama Allah di muka bumi ini.

Janganlah kita menjadi penghalang kepada manusia di dunia ini untuk menerima kebenaran kerana buruknya tingkah laku dan perangai kita.Akhlak yang terpuji boleh membeli hati manusia untuk menyerah diri kepada Allah dan Baginda Rasulullah SAW. 

Sikap yang acuh tak acuh dan tidak berakhlak mulia menyebabkan manusia menolak kebenaran yang kita perjuangkan, walaupun apa yang kita bawa itu adalah suatu kebenaran.Sikap lemah lembut,lunak, berbudi bahasa, hikmah,kasih sayang mesti kita tiru apa yang Baginda Rasulullah SAW perjuangkan dalam menyampaikan mesej dakwah ke tengah masyarakat.

Marilah kita memohon keampunan ke Hadrat Allah Taala di atas kesilapan kita selama ini.Mungkin selama ini kita agak kasar,tidak mesra,tidak memahami hati dan perasaan orang lain yang menyebabkan kebenaran yang kita bawa gagal.Ini adalah satu dosa yang mesti ditaubatkan. 

Allah akan persoalkan kegagalan ini, kerana kita, manusia lain jauh daripada Allah dan Rasulullah SAW.Renung-renungkanlah apa yang diutarakan ini sebagai bahan fikir dan muhasabah diri,semoga kita semua diampunkan Allah Taala.

Semoga Taubatan Nasuha kita diangkat oleh Allah Taala, justeru itu matilah kita nanti sebagai seorang mukminin,mukhlisin,muttaqin,muqarrabin,soolihin yang Allah rahmati dan redhai.

Lebih-lebih lagi kita sangat berdoa agar matinya kita sebagai hamba yang syahid di jalan Allah.

Amin Ya Allah.


No comments:

Post a Comment