Salam ceria kepada seluruh pembaca setia blog Ummu Sayyidah yang dirahmati Allah hendaknya.Amin.
Siapa yang tidak mahu menduduki syurga Allah?. Semua mahu bukan?.Bahkan berdoa sangat-sangat agar Allah limpahkan rahmatNya dan maghfirahNya agar kita semua layak dan dilayak-layakkan menjadi penghuni syurga, walaupun kita rasa tidak layak sebenarnya.Banyaknya kelemahan dan kekurangan kita di sisi Allah dan baginda Rasulullah.Namun kita sangat mengharap agar kita dilayak-layakkan dengan berkat Nabi kita memberi syafaatnya kepada kita umatnya ini. Amin.
Dalam syurga ada semua yang tidak terfikir oleh akal dan tidak terbayang oleh matahati kita.Semuanya menggembirakan,
menghiburkan,semuanya hebat-hebat,indah-indah,nikmat-nikmat belaka bahkan tidak ada satu perkara pun yang tidak disukai oleh hati , semuanya menggembirakan bagi ahli syurga.

Nikmat yang paling lazat dan indah di dunia ini ialah mati syahid.
Berkali-kali rasa hendak mati syahid,kalau boleh mati dan berjuta kali mati, begitulah indah dan seronoknya mati syahid.Akan tetapi apakan daya mati hanya sekali bagi setiap insan di dunia ini dan hidup buat selama-lamanya sekali lagi setelah mati di alam sana yang kekal lagi abadi.
Di akhirat nikmat yang paling istemewa ialah dapat melihat wajah Allah yang paling hebat.Ibarat melihat bulan yang terang benderang, tiada hijab walaupun sedikit.Dalam syurga juga dapat berdua-duaan dengan kekasih Allah Nabi Junjungan Besar Rasulullah SAW.
Allah kata orang yang duduk dalam syurga sangat sibuk.Sibuk dengan nikmat syurga. Sibuk dengan pasangan masing-masing.
Sibuk yang tidak meletihkan bahkan sibuk yang berjuta-juta nikmat yang berganda-ganda.nikmatnya syurga adalah kenikmatan luar biasa yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terbayang dan terdetik di dalam hati manusia.
Allah bagi pasangan dalam syurga walaupun bujang di dunia.
Bagi kaum bapa akan memperolehi bidadari di syurga.Seramai-ramai bidadari yang cantik molek belaka.
Muda belia dan anggun semuanya.Tidak ada yang tua dan berumur.
Bagi kaum wanita pula akan memperolehi Wildan yakni pria atau pemuda yang segak, kacak, hemsem dan serba sempurna indah mata memandang,sejuk hati menatap wajah-wajah yang ada dalam syurga.Tidak ada sifat buruk dalam syurga.Sibuk dengan nikmat yang setiap saat indah dan nikmatnya berganda-ganda dan lebih menakjubkan.MasyaAllah.......hebatnya anugerah ciptaan Allah yang menciptakan hebatnya nikmat di syurga.

Nikmat di dunia hanya sementara, sedangkan nikmat di akhirat yakni dalam syurga ianya kekal lagi abadi dan tiada penghujungnya.
Dalam syurga minumannya sangat lazat.Susunya lagi putih dari susu segar di dunia.Air sungai yang mengalir di dalam syurga sungguh nyaman, menyegarkan dan tiada bandingannya. Air sungai dalam syurga sejuknya tidak menggilukan tulang dan tidak rasa beku isi kulit.
Panasnya pula sangat nikmat dan lazat, nikmatnya tidak membakar tubuh badan dan tidak menyakitkan.Bagaimana keadaaannya dan suasananya?.Tidak mampu dijangkau oleh hati dan perasaan kita.Allah sahaja yang Maha Tahu.MasyaAllah........Hebatnya Allah......lakukan ini semua.

Nikmat apa sahaja di dunia lepas makan terasa hendak buang air kecil atau air besar,sedangkan di dalam syurga makan sebanyak mana sekali pun tidak akan buang air besar atau kecil.Tidak ada najis dalam syurga.Tidak ada yang kotor dan menjijikkan di dalam syurga.Semuanya wangi harum semerbak bagaikan haruman kasturi dan lain-lain haruman yang tiada bandingan dan tandingan.Hanya Allah sahaja yang Maha mengetahuinya.
Buah di dalam syurga itu pun kulitnya Allah sudah kupas siap-siap, Allah bagi isi saja.MasyaAllah cuba bayangkanlah betapa nikmatnya.Selagi makan selagi manis dan nikmat.Minum seteguk rasa menakjubkan,minum lagi seteguk allah tambah lagi rasa yang sangat puas dan enak, begitulah seterusnya, MasyaAllah tidak dapat dibayangkan oleh mata dan hati lagi.
Dalam syurga makan satu suap lagi sedap. Satu suap lagi semakin lazat.Arak dalam syurga tidak memabukkan. Makin teguk semakin lazat dan puas. Teguk lagi rasanya semakin hebat dan mengkagumkan.
Dalam syurga itu pi zilaalin (tempat berteduh) duduk dalam syurga naik kuda 100 tahun belum habis pusing sebatang pokok , pokok-pokok ada buaian, buaian bergerak sendiri tidak payah dihayunkan.
MasyaAllah hebatnya balasan Allah kepada hamba-hambaNya yang taat kepadaNya di dunia.
Tidakkah tercicir air liur kita mengenangkan nikmat dalam syurga yang Allah sediakan itu?.
Tidak teringinkah kita menjadi penghuni syurga yang nikmatnya melimpah ruah dan berganda-ganda itu?.
Tidak rindukah kita kepada syurga yang sebegitu rupa nikmatnya?.
Apakah kita layak mendudukinya?.
Apakah kita orangnya yang layak menjadi penghuni di syurga Allah nanti?.

MasyaAllah tidak terbayang di matahati kita macamana ya nikmat Syurga tersebut.
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya.
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya.
Salamun qaulan min rrabbirrahim.
Salam sejahtera kepada kamu daripada Tuhanmu yang Maha Penyayang.
Dalam surah Al-Mukminun ayat 1 yang membawa maksudnya "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman".
Antara ayat-ayat dalam surah Al-Mukminun lagi :-
Ayat 3 "dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia".
Ayat 8-11 "Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah yang dipikulnya dan janjinya.
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, yakni akan mewarisi syurga Firdaus dan mereka kekal di dalamnya".
Firman Allah Taala lagi yang bermaksud "Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah beruntung".
Surah Ali-Imran :185
Surah Ali-Imran :185
Dalam Surah At-Taubah ayat 72 bermaksud "Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan akan mendapatkan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,kekal mereka di dalamnya dan mendapat tempat yang bagus-bagus di dalam syurga.Dan keredhaan Allah adalah lebih besar, itu adalah keberuntungan yang besar".
Tentulah setiap muslim amat merindukan syurga yang berbagai kenikmatan di dalamnya.
Semoga dengan paparan ini kita semakin bersemangat untuk beribadah kepada Allah juga berdoa sungguh-sungguh agar segala amal ibadah kita Allah terima.
Amin Ya Rabbal A'lamin.
No comments:
Post a Comment