web stats

Wednesday 17 September 2014

SIRI 2- REZEKI DARI ALLAH

Kenapa Tuhan tidak izinkan hamba-hambaNya kaya raya semuanya?.

Tidak mustahil bagi Allah untuk mengkayakan semua hamba ciptaanNya yang bernama manusia.Jika Allah berkehendak hal ini terjadi maka Allah akan berkata "Kun Fayakun".Jadi... Maka akan jadilah.

Akan tetapi Allah Maha Bijak, tidak dijadikan semua manusia kaya raya bahkan ada yang miskin, ada yang fakir, ada yang hidup sederhana kaya, ada yang kaya raya.Ini semua mengandungi hikmah disebalik apa yang Allah lakukan.

Jika semua kaya raya siapakah yang mahu menangkap ikan dan sebagainya?.Siapa yang mahu menjadi nelayan pergi ke laut?
Jika semua kaya raya siapa yang mahu berkhidmat dengan bumi atau tanah, untuk bercucuk tanam?. Menanam sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain tanaman?.

Jika semua kaya raya siapa yang mahu menanam padi untuk menghasilkan beras?.

Siapa yang mahu menjadi penternak?, menternak kambing, biri-biri, lembu, kerbau, ayam itik dan seumpamanya?.

Siapa yang mahu ke kilang-kilang untuk memproses pelbagai produk dan keluaran ekonomi untuk masyarakat, negara dan dunia?.

Oleh itu jangan persoalkan apa yang Allah putuskan, ada kaya, ada miskin ,ada orang susah, ada orang senang dan sebagainya.Itu hak Allah.Allah Maha Mengetahui apa yang Allah lakukan.

Allah yang beri kita rezeki.Dari kita janin lagi dalam perut ibu, Allah bagi kita makan sampai kita besar dalam kandungan ibu 9 bulan 10 hari,bila lahir sahaja kita ke dunia ini, Allah bekalkan kita dengan susu ibu yang lemak manis, enak, lazat,berkhasiat tanpa perlu kita bayar 1 sen pun kepada Allah, hinggalah kita besar dan boleh berdikari dan mencari rezeki sendiri dengan izin Allah.Tidak cukup hebatkah Allah yang Maha Pemberi Rezeki itu?.

Akan tetapi kita selaku manusia selalu lupa diri dan angkuh.Bila sudah hidup senang, kaya raya,mulalah kita lupa Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki kepada kita selama ini. Lupa bersyukur dengan nikmat dari Allah.

Maha Baiknya Allah kepada kita selaku hamba-hambaNya.Kita dalam durhaka pun Allah tetap beri rezeki yang berterusan. Makan kenyang, tidor lena, mandi pun basah.Itu pun masih tidak mahu mengaku kalah dengan Allah.Masih hendak lawan Allah.Masih tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah.

Masih tidak mahu sembah Allah,Masih tidak mahu menutup aurat.Masih tidak mahu mengeluarkan zakat dan amal jariah.
Masih tidak mahu patuh pada suruhan Baginda Rasul sebagai utusan Allah.Masih melanggar syariat Allah dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhramnya.Masih minum arak,main judi,hisap dadah dan rokok yang merosakkan mental dan diri, masih berlalai-lalai dengan hiburan yang menjauhkan diri dari Allah .



Dalam soal rezeki kadang-kadang manusia terlupa siapakah pemberi rezeki kepadanya.Bila berjaya mengaut rezeki untuk diri sebanyak mungkin mula merasa diri sangat mampu dan hebat, pandai menghasilkan rezeki yang melimpah ruah. Mula merasakan dirinya sangat bijaksana sehinggakan sangat mampu mengaut keuntungan berlipat ganda dalam mencari rezeki.

Demikian juga ada orang yang berpeluang mengagih-agihkan rezeki kepada orang lain, mula perasan bahawa dialah punca rezeki dan mulalah merasakan hebatnya diri mampu memberi rezeki kepada orang lain.
Astaghfirullah.... 

Ini bagaikan perangai Qarun yang dicetak dalam dirinya.Lihatlah apa kata Qarun apabila dia menjadi insan yang kaya raya ,kata Qarun "aku diberikan harta kekayaanku ini disebabkan kepandaian yang ada padaku.....".
Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya yang hebat dan mengkagumkan semua orang yang melihatnya sambil mereka berkata "alangkah baiknya jika kita ada kekayaan seperti Qarun".

Kata mereka lagi "Sesungguhnya Qarun seorang yang bernasib baik".
Akan tetapi orang-orang yang diberi ilmu hati, mereka  difahamkan Allah akan maksud Tuhan jadikan Qarun seangkuh itu sambil  berkata"janganlah kamu berkata sedemikian...pahala dari Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan tidak akan dapat menerimanya melainkan mereka yang sabar.
Surah al-Qasas 78-80

Bukankah Tuhan sudah tentukan rezeki, jodoh, ajal maut kita sejak azali lagi?.

Firman Allah Taala yang membawa maksud,
"Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu, tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah.Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi .Tiada Tuhan melainkan Dia.Maka mengapa kamu rela dipalimgkan dari menyembahNya?".
Surah Al-Faatir ayat 3.

Allah boleh tarik rezeki bila-bila masa sahaja.Allah boleh miskinkan orang kaya.Allah boleh bakar rumah kita dalam sesaat jua.Allah boleh tarik rezeki ilmu yang ada dalam dada kita dengan hilangkan ingatan kita, samada terencat akal(gila)atau sebagainya.

Oleh itu takutlah Allah setiap masa .Sembahlah Allah selagi hayat dikandung badan.

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.
Semoga kita semua selamat dunia dan akhirat.

Amin Ya Allah.

No comments:

Post a Comment