web stats

Friday 10 April 2015

DIALAH ALLAH


MUTIARA HATIKU UNTUKMU


Inilah Dia ...Allah
Allah boleh tidurkan kita
Allah boleh jagakan kita dari tidur
Allah boleh cacatkan pancaindera kita
Allah boleh sempurnakannya juga

Allah boleh matikan kita
Allah boleh juga hidupkan kita
Allah boleh sakitkan kita
Allah boleh juga sembuhkan kita.

Allah boleh banjirkan dunia ciptaanNya
Allah boleh kemaraukan bumi di mana sahaja
Allah boleh turunkan hujan, ribut petir, angin taufan di merata dunia. Allah boleh huru harakan dunia bila-bila sahaja
Allah boleh juga amankan dunia sekelip mata jua.


 Allah boleh arahkan gunung-ganang bergegar dan bergongcang hancurkan segala yang ada.
Mana tempat yang Allah suka,
Allah boleh beri rahmat sepenuhnya.
Mana tempat yang Allah mahu musnahkannya,
Allah mampu sahaja lakukannya.
Semuanya dalam genggamanNya yang Jabbar lagi Qahhar.
  
Allah boleh dan cukup mampu lakukan apa sahaja dalam satu lahzah, mengikut Qudrat dan IradahNya.
Tiada siapa yang boleh menghalangnya.
Kun kata Allah maka Fayakunlah jadinya.

Allah boleh kayakan si miskin, Allah boleh miskinkan sikaya.
Allah boleh tuakan orang muda, Allah boleh mudakan orang tua, tidak mustahil bagi Allah walaupun mustahil bagi hamba ciptaanNya.



 
Allah boleh jayakan bisnes siapa sahaja. 

Allah boleh ranapkan perniagaan siapa yang Allah suka.
Tidak ada yang terlepas dari pandangan Allah.
Oleh itu takutilah Allah,
kerana Allah boleh lakukan apa sahaja ke atas kita selaku hambaNya.
Samada kita suka atau tidak suka
Semuanya dalam kuasa Allah.
Inilah Dia Allah namaNya.


KuasaNya tiada tandingan dan bandingan.
Semua yang ada Dia yang punya.
Maha Suci Allah dari segala yang lemah dan kurang.
Inilah Dia Allah, Zat yang Maha Perkasa lagi Maha Agung.
Tuhan yang Maha hebat lagi Maha Segala Maha.

Takutilah Allah, gerunlah kepadaNya.
Jangan main-main dengan Allah.
Surrenderlah dengan Allah,
melalui shalat mengangkat takbir dalam membesarkanNya,
jika benar kita adalah hamba Allah.

Nukilan Hamba
Ummu Sayyidah 2015

No comments:

Post a Comment