Sunday, 21 June 2015

Ramadhan satu rahmat untuk orang-orang bertaqwa



Ramadhan bulan yang membawa berkat dan rahmat kepada orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.Dalam Ramadhan adanya ibadah puasa yang sangat Allah suka dan redha.

Apa itu puasa?.
Puasa ( bahasa Arabnya As saum).
Secara bahasanya diertikan (menahan diri).

Dari segi istilah syarak maksudnya (menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat).


Hukum puasa bulan Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam yang sudah baligh.

Orang yang berpuasa juga mestilah menahan diri daripada menipu, mengumpat, mengeluarkan kata-kata jahat , berperangai buruk, bertindak dan bersikap tidak berfaedah atau sia-sia.
Juga tidak dibenarkan bergaduh, bertengkar, tuduh menuduh, fitnah  memfitnah, mengadu domba dan sebagainya.

Puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran,kejujuran , menyuburkan sifat-sifat mahmudah (terpuji) dalam diri setiap insan. Ianya sebagai suatu latihan untuk menyucikan diri dan hati sepanjang Ramadhan dan bulan-bulan seterusya.

Dalil wajib puasa Ramadhan,
Firman Allah SWT, "Wahai orang-orang yang beriman,telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa".
(Surah Al-Baqarah ayat 183)

Sabda Nabi SAW bermaksud "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa kepadanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka juga dibelenggu segala syaitan....".
(Riwayat Ahmad , An Nasa'i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah).


Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan.
Pahala berpuasa Ramadhan amatlah besar.
Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja bukan sahaja berdosa besar bahkan sangat rugi besar seumur hidupnya. Keberkatan Ramadhan tidak diperolehi , ganjaran Ramadhan yang lebih baik dari 1000 bulan pun tidak dimiliki.
Memang rugi sebesar-besar kerugian .Rugi dunia akhirat.

Abu Umamah RA berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW,Ya Rasulullah . Tunjukkan daku satu amalan yang membolehkan daku masuk syurga dengan cara itu.
Lalu Rasulullah Saw bersabda "kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tiada satu cara pun yang mampu menandinginya". (Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Hibban).


Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhan kerana keuzuran yang dibenarkan syariat.


Firman Allah Taala yang bermaksud "Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir(bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang dibuka itu pada hari-hari lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya), membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa). Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu maka itu adalah satu kebaikan baginya dan walaupun demikian berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada membayar fidyah) kalau kamu mengetahui". (Surah Al-Baqarah ayat 184).


Semoga kita diberi kekuatan lahir batin mengerjakan amalan puasa sepanjang bulan Ramadhan .
Juga diberi kekuatan untuk menggandakan amal ibadah sepanjang bulan yang penuh berkat ini.

Amin Ya Allah.

http://umusayyidah.blogspot.com/2015/06/biskut-raya-untuk-tempahan-0135107313.html

No comments:

Post a Comment