Tuhan....
Apa yang Engkau lakukan kepada hamba-hambaMu walaupun nampak seperti tidak logik dan tidak patut, akan tetapi ianya sangat logik dan patut sebenarnya.
Tanpa rotan dariMu Wahai Tuhan...kami lalai daripada mengingatiMu.Kami semakin jauh dariMu.Semakin lupa padaMu.
Kadang-kadang
Engkau merotan kami dengan kematian.Engkau matikan orang yang paling
kami kasih dan paling akrab (rapat) dengan kami.Engkau ambil nyawa
mereka secara tiba-tiba dengan apa cara yang Engkau kehendaki.
Dengan kematian orang tersayang membuatkan kami insaf dan berkata " Innalillahiwainnaailaihiraajiuun...
Sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepada Allah jua kami dikembalikan".
Sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepada Allah jua kami dikembalikan".
Bijak sungguh, hebat sungguh rotan dariMu Wahai Tuhan Kami.
Rotan dariMu boleh memberi iman dan menebalkan tauhid terhadap hamba-hambaMu secara automatik kepadaMu yang Maha Agung.
Rotan
dariMu akan membawa jutaan kemanfaatan dan kebaikan kepada
hamba-hambaMu yang faham akan hikmah disebalik mehnah yang Engkau
ciptakan itu.
Rotan
dariMu yang berupa mehnah atau ujian adalah penawar bagi hati yang
berpenyakit seperti penyakit hubbuddunia (cinta dunia) atau penyakit
tercela seperti kedekut, sombong, bangga diri, rasa mampu, rasa hebat
diri, mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain,
pemarah, jahat sangka, malas beribadah, ujub,riak,takabbur dan
seumpamanya.
Benarlah rotan dariMu boleh menghidupkan hati yang hampir mati atau sudah mati.
Rotan dariMu boleh menajamkan hati yang telah tumpul dan berkarat.
Rotan dariMu boleh mencelikkan hati yang sudah buta.
Rotan dariMu boleh meriahkan hati yang telah lama jumud, kaku dan beku.
Rotan dariMu menyinarkan hati yang telah gelap gelita dari cahaya iman dan taqwa.
Rotan dariMu membuatkan hati kami dicahayakan oleh cahaya Nur Muhammad yang sungguh bercahaya itu.
Oleh
itu ketahuilah wahai umat manusia seluruhnya, sesungguhnya rotan dari
Allah sangat perlu dan semestinya kita perolehi, kerana itulah tanda
Allah beri perhatian dan kasih kepada kita selaku hambaNya
Tanpa
rotan dari Allah kita akan rasa Tuan dari Tuan alam ini yakni Allah
Taala.Tanpa rotan dari Allah kita rasa hidup ini bagaikan menongkat
langit yang tiada hujungnya.
Sedangkan
kita semua akan mati, akan kembali kepangkuan Ilahi apabila sudah
sampai ajal menjelma.Tidak dilewatkan sesaat dan tidak diawalkan sesaat
jua.
Rotan
dari Allah akan mengembalikan fitrah semula jadi seorang hamba.Hamba
tetaplah hamba walau apa keadaan sekali pun.Hikmah rotan dari Allah si
hamba akan kenal dirinya sebagai hamba kepada Tuhan yang Maha Pencipta.
http://umusayyidah.blogspot.com/2015/06/biskut-raya-untuk-tempahan-0135107313.html
http://umusayyidah.blogspot.com/2015/06/biskut-raya-untuk-tempahan-0135107313.html
No comments:
Post a Comment